WorksheetsNovel Di Sebalik Dinara
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Siapakah watak utama dalam Novel Disebalik Dinara?
Marylin
Karl
Farisya
Aqram
Siapa nama abang Farisya?
Aqram
Azrai
Rosman
Karl
Dimana kali pertama Farisya bertemu Aqram?
KLIA
Soft Lab
Hotel Renaissance
Rumah Aqram
Apakah tema dalam Novel Di sebalik Dinara?
Tema Keluarga yang berpecah belah
Tema Persaingan Dalam Dunia Sains
Tema Kasih Sayang Anak dan Ibu Bapa
Tema Kebahagian Keluarga
Antara yang berikut yang manakah bukan persoalan dalam Novel Di Sebalik Dinara?
Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
Kasih sayang sesama ahli keluarga
Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Keakraban hubungan persahabatan
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dimanakah latar tempat perjumpaan tersebut?
Pejabat Soft Lab
Rumah Agam Karl
KLIA
Rumah Farisya
Berikut adalah benar mengenai Medina@Marilyn kecuali
Wanita keturunan Portugal
Bekas Isteri Karl
Ibu Kandung Farisya
Pekerja Senior di Soft Lab
Pilih latar tempat di dalam Novel Di Sebalik Dinara
Rumah Azraai
Soft Lab
Kampung Aman
KLIA
Yang mana bukan persoalan dalam Novel Di sebalik Dinara?
Masyarakat yang tidak memerlukan kasih sayang dalam keluarga.
Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Masyarakat yang celik ICT
Masyarakat yang saing menghormati antara satu sama lain
Setiap novel mesti ada binaan plot. senarai berikut adalah perjalanan binaan plot kecuali
Permulaan
Imbas Muka
Klimaks
Peleraian
Farisya tidak menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat. Dimanakah peristiwa ini berlaku?
Rumah Farisya
Rumah Azrai
Rumah Karl
Pejabat Soft Lab
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Apakah nilai yang diperoleh dari mereka?
Kegigihan
Kesabaran
Semangat waja
kepatuhan kepada ketua
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan?
Kesyukuran
Kegigihan
Kasih Sayang
Berniat Baik
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai. Apakah nilai pengajaran dalam petikan?
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Berikut adalah benar mengenai Alia, kecuali
Seorang pekerja senior di Soft Lab
Cyborg pertama ciptaan Karl
bekas isteri Karl bernama Rusmina
ibu kandung Farisya
Yang manakah benar tidak benar mengenai Karl?
Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi
Bapa kandung Farisha
Pemilik Soft Lab
Bapa tiri Farisya
Yang manakah benar mengenai Farisya?
Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl
Anak Kandung Alia
Adik tiri Azrai
Anak angkat Medina @ Marilyn dan Karl
Siapakah Rosman
Teman serumah Farisya
Abang Farisya
Rakan kongsi Farisha
Pekerja di Soft Lab
Mana yang benar mengenai Shida
Kawan serumah dengan Farisha
Rakan kongsi Shida
Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Pekerja Soft Lab
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl. Apakah Nilai yang sesuai?
Kegigihan
Kesyukuran
Ketabahan
Kesabaran
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Apakah nilai yang sesuai?
Kesabaran
Ketabahan
Kegigihan
Berbaik sangka
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’. Dimanakah latar tempat kejadian?
Rumah Azrai
Pejabat Soft Lab
Rumah Karl
Hotel KLIA
Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains. Apakah persoalan yang sesuai?
Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Kasih sayang sesama ahli keluarga
Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom. Apakah persoalan yang sesuai?
Kasih sayang sesama ahli keluarga
Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat
Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Siapakah dia?
Farisya
Shida
Alia
Medina
Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama. Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis. Apakah nama Rusmina yang baru?
Alia
Medina
Marilyn
Farisya
Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Apakah Persoalan yang sesuai dalam petikan?
Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Ketaksuban dalam teknologi
Kasih sayang dalam keluarga
Kecanggihan teknologi
Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya. Apakah persoalan yang sesuai
Kasih sayang dalam keluarga
Kepincangan keluarga
ketaksuban teknologi
Kesetian pada sahabat
Siapakah watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara?
Farisya
Karl
Medina
Alia
Kawan serumah dengan Farisha
Rajin membaca
Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Siapakah watak ini?
Medina
Alia
Shidah
Rosman
Abang angkat Farisha
Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha
Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan
Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
Menghidapi penyakit jantung
Siapakah watak ini?
Dr Max
Aqram
Azrai
Rosman
Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai Pekerja di Soft Lab.
Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl bernama Akeem seorang lelaki OKU.
Siapakah watak ini?
Azrai
Shidah
Aqram
Dr Max
Seorang saintis hebat
bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
Bapa kandung Farisha
Menghidapi kanser usus tahap 4
Siapakah watak ini?
Aqram
Rosman
Karl
Dr Max
Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri. Pilih contoh yang sesuai
Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan sains
Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat
Azraai dan Farisha saling menyayangi.
Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.
Farisha berada di lapangan terbang selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya. . Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab. Apakah binaan plot yang untuk senario ini?
Permulaan
Perkembangan
Konfliks
Perleraian
