wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah bab 8 tingkatan 2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan Kedah tua merupakan sebuah kerajaan yang tertua di Malaysia. Mengikut pengkaji sejarah, kerajaan Kedah diasaskan oleh seorang raja dari keturunan dari negara mana?

a)

India

b)

Turki

c)

Arab

d)

Parsi

2.

Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan yang masyhur dengan kemajuan pelabuhan dan perdagangannya yang menarik ramai pedagang asing. Apakah nama lain yang diberikan oleh pedagang dari India?

a)

Kalah

b)

Kadaram

c)

Kalah Bar

d)

Kota Raja

3.

Alat ini diwarisi sehingga kini sebagai salah satu alat kebesaran Kerajaan Kedah. Namakan alat yang digunakan semasa pertabalan Maharaja Derbar Raja sebagai Raja Kedah?

a)

Serunai

b)

Payung Ubur-ubur

c)

Nobat

d)

Tombok

4.

Namakan kota yang pernah menjadi benteng pertahanan bahagian Utara Kedah daripada ancaman Acheh dan Siam yang dibina oleh Tunku Ahmad pada 1282.

a)

Kota Sungai Mas

b)

Kota Sarang Semut

c)

Kota Sena

d)

Kota Siputih

5.

Mengapakah kerajaan Kedah dapat berkekalan sehingga kini?

a)

Menerusi penggantian pemerintah daripada jurai keturunan pengasasnya

b)

Hubungan Kesultanan Kedah dengan Siam

c)

Wujud masyarakat Islam yang berkekalan sehingga kini

d)

Sumber alam yang berkekalan sehingga hari ini

6.

Huraian di bawah menunjukkan sumbangan seorang pemimpin masyhur dalam pengasasan dan pentadbiran kerajaan Kelantan.


· Mengasaskan Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan

· Pembinaan Istana Besar sebagai tempat bersemayam

· Menguatkuasakan undang-undang syarak


Siapakah pemimpin tersebut?

a)

Long Yunus

b)

Sultan Muhammad II

c)

Che Siti Wan Kembang

d)

Puteri Saadong

7.

Putera pemnerintah dari kota manakah akhirnya berjaya menyatukan kedua-dua wilayah Kelantan Barat dan Kelantan Timur serta mengasaskan Kelantan pada tahun 1762?

a)

Kota Kubang Labu

b)

Kota Pengkalan Hulu

c)

Kota Galoh

d)

Kota Bharu

8.

Di manakah lokasi puasat pemerintahan Kesultanan Negeri Sembilan yang diwarisi sehingga kini?

a)

Rembau

b)

Jelebu

c)

Sungai Ujong

d)

Seri Menanti

9.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan namanya terkenal. Siapakah pemerintah tersebut di mana binatang kesayangannya telah dijadikan sebagai lambang negeri Kelantan.

a)

Fatimah Hasim

b)

Raden Adjeng Kartini

c)

Che Siti Wan Kembang

d)

Sultanah Nahrasiyah

10.

Apakah yang menandakan pengakhiran tradisi melantik pemerintah tempatan di Minangkabau?

a)

Pertabalan Yamtuan Radin

b)

Kemangkatan Yamtuan Lenggang

c)

Penggunaan Undang Yang Empat

d)

Pemindahan pusat pemerintahan