NEW
Font size
WorksheetsSMKDHK: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 12mins
Berikan maksud peribahasa "sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain"...
membaca sebagai satu kaedah memperoleh ilmu
jangan cuba melakukan sesuatu yang susah jika tidak berani menanggungnya.
bijak menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah
melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar, lama-kelamaan akan berjaya jika tekun melakukannya
Tukar ayat susunan songsang tersebut kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya: Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.
Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun.
Kakitangan kerajaan persaraan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun.
60 tahun persaraan kakitangan kerjaan sudah ditetapkan.
Ditetapkan pada usia 60 tahun kakitangan kerajaan persaraan.
Dalam setiap ayat tersebut, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Pilih jawapan yang tepat:
Pada masa ini harga seunit rumah dibandar-bandar besar terlalu mahal hingga menyukarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliknya.
pada-di
mahal-murah
dibandar-bandar - di bandar-bandar
memiliknya - memilikinya
golongan-gulungan
menyukarkan-disukarkan
berpendapatan-berpendapat
sederhana-mewah
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS):
"Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru."
FN + FS
FN + FN
FN + FK
FN + FA
Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
"Sengaja mencari susah atau bahaya."
yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
belakang parang diasah lagikan tajam
tiada beban batu digalas
durian runtuh
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel.
Subjek: Atlet muda itu
Predikat: telah mengharumkan nama
Malaysia dalam Sukan Komanwel
Subjek: Atlet
Predikat: muda itu telah mengharumkan nama
Malaysia dalam Sukan Komanwel
Subjek: Atlet muda itu telah mengharumkan
Predikat: nama Malaysia dalam Sukan Komanwel
Subjek: Atlet muda itu
Predikat: mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Komanwel
Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Pilih jawapan yang tepat.
"Sungai Melaka yang menyusur di tengah-tengah Bandar Raya Melaka di suatu masa dahulu amat kotor tetapi kini telah diperindah hingga menjadi daya tarikan pelancong."
di tengah - pada tengah
kini - sekarang
menyusur - mengalir
di suatu - pada suatu
tetapi - namun
tarikan - penarik
menyusur - menyusut
di suatu - dari suatu
Berikan maksud peribahasa di bawah:
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar, lama-kelamaan akan berjaya jika tekun melakukannya
manusia mencapai kata sepakat dengan mesyuarat/perbincangan.
perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
jangan cuba melakukan sesuatu yang susah jika tidak berani menanggungnya.
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya:
"Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal."
Obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya masalah mereka ambil pencegahan awal.
Mereka mengambil langkah pencegahan awal ibu bapa boleh menyelesaikan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal ibu bapa boleh menyelesaikan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa boleh menyelesaikan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal.
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
"Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang."
tikus membaiki labu
sarang tebuan jangan dijolok
rambut sama hitam hati lain-lain
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Pilih jawapan yang tepat.
"Sebagai sebuah negara multi etnik, Malaysia memerlukan amalan pengongsian budaya dalam kalangan rakyat."
multi - malti
memerlukan - memperlukan
dalam kalangan - di kalangan
pengongsian - berkongsi
multi etnik - multietnik
pengongsian – perkongsian
multi etnik - multi-etnik
amalan - pengamalan
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS).
"Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan."
FN + FN
FN + FA
FN + FK
FN + FS
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut;
"Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua pihak."
Subjek: Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi
Predikat:menjadi tanggungjawab semua pihak
Subjek: Penjagaan
Predikat:pelbagai kemudahan yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua pihak
Subjek: Penjagaan pelbagai kemudahan yang terdapat
Predikat: di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua pihak
Subjek: Penjagaan kemudahan
Predikat: yang terdapat di taman rekreasi menjadi tanggungjawab semua pihak
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Pilih jawapan yang tepat.
"Majlis dailog antara guru dengan ibu bapa akan diadakan dalam masa berdekatan untuk membincangkan masalah disiplin murid."
ibu bapa - ibubapa
dalam - di
dailog - dialog
berdekatan - terdekat
masalah - masaalah
dengan - dan
dailog - dialog
membincangkan - perbincangan
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.
"Menurut sahaja kehendak orang lain."
seperti kerbau dicucuk hidung
pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
