wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah tg.3 bab 8.1&8.2

Total questions: 30

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud reaksi

a)

Tindak balas

b)

Tolak ansur

c)

Saksi

2.

Apakah maksud strategi

a)

Perancangan

b)

Perlaksanaan

3.

Apakah nama tokoh di atas

a)

Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III (1881-1918), (37 tahun)

b)

Sultan Johor, Sultan Abu Bakar (1862-1895), (33 tahun)

4.

Apakah nama tokoh di atas

a)

Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III (1881-1918), (37 tahun)

b)

Sultan Johor, Sultan Abu Bakar (1862-1895), (33 tahun)

5.

Apakah kesan utama perjanjian Bangkok 1909 kepada perluasan kuasa British

a)

Hasil sumber ekonomi Negeri-negeri Melayu Utara sah milik British

b)

Pengaruh British dan Siam semakin teguh melalui perjanjian ini

c)

British berjaya meluaskan kuasa ke atas Negeri-negeri Melayu Utara

6.

Pilih tiga negeri yang kehilangan wilayahnya akibat dari kesan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Terengganu

7.

Sultan Muhammad IV amat murka apabila wilayah Tabal diserahkan oleh British kepada Siam.

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut

a)

Penduduk Tabal berhijrah kerana tidak mahu berada di bawah pemerintahan Siam.

b)

Sultan menolak untuk menandatangani Perjanjian Bangkok 1909

c)

Perjanjian Bangkok 1909 dimansuhkan kerana dikatakan menindas rakyat Kelantan

8.

Apakah kesan daripada Sistem Kangcu yang diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim

a)

Johor muncul sebagai pengeluar lada hitam dan gambir terbesar di Alam Melayu

b)

Membantu meningkatkan ekonomi British

c)

Tekanan daripada British semakin bertambah

9.

Majlis Raja-raja Melayu zaman pemerintahan British dikenali sebagai

a)

Mesyuarat Diraja

b)

Perjumpaan Raja-raja

c)

Durbar

10.

Pilih 3 peranan Raja-raja Melayu melalui Durbar

a)

Sebagai jurubicara kepada bangsa

b)

Melindungi kepentingan bangsa

c)

Menzahirkan suara membela bangsa

d)

Bertindak sebagai perancang perlembagaan

11.

Siapakah Penasihat British di Perlis

a)

J. L. Humphreys

b)

Meadow Frost

c)

J.S. Mason

d)

W.G. Maxwell

12.

Siapakah Penasihat British di kedah

a)

J. L. Humphreys

b)

Meadow Frost

c)

J.S. Mason

d)

W.G. Maxwell

13.

Siapakah Penasihat British di Kelantan

a)

J. L. Humphreys

b)

Meadow Frost

c)

J.S. Mason

d)

W.G. Maxwell

14.

Siapakah Penasihat British di Terengganu

a)

J. L. Humphreys

b)

Meadow Frost

c)

J.S. Mason

d)

W.G. Maxwell

15.

Apakah tuntutan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam majlis Durbar di Kuala Lumpur 1903

a)

Memansuhkan perlantikkan pegawai British dalam pentadbiran negeri

b)

Mendesak British agar memberi perhatian terhadap pendidikan anak watan

c)

Menuntut Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan

16.

Apakah tuntutan yang dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah dalam majlis Durbar di Kuala Lumpur 1903

a)

Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.

b)

Mendesak British agar memberi perhatian terhadap pendidikan anak watan

c)

Menuntut Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan

17.

Apakah tuntutan yang dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah dalam majlis Durbar di Seri Menanti, Negeri Sembilan 1939

a)

Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.

b)

Mencadangkan penubuhan Malay Girls College yang sama taraf dengan Malay College Kuala Kangsar untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita

c)

Menuntut Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan

18.

Kedah berjaya mengekalkan identiti sebagai sebuah negeri Melayu hasil kebijaksanaan pemerintah.

Pilih 3 identiti yang berjaya dipertahankan

a)

Penggunaan kalender Hijrah

b)

Pelantikkan pegawai Melayu dalam pentadbiran

c)

Penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran dan perundangan

d)

Cuti umum pada hari sabtu dan ahad

19.

Pilih 2 perkara yang berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

a)

Pemerintahan demokratik diamalkan

b)

Agama Islam menjadi agama rasmi negeri Johor.

c)

Pihak British dibenarkan dalam Jemaah Menteri

20.

Pilih 3 kadungan perjanjian kali kedua ditandatangani antara British dengan Sultan Kelantan selepas Sultan Muhammad IV menolak Perjanjian Bangkok

a)

Kelantan dikehendaki menerima Penasihat British

b)

Sultan Kelantan harus patuh akan nasihat Penasihat British

c)

Penasihat British tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu

d)

J. L. Humphreys dihantar ke Kelantan sebagai Penasihat British

21.

Agama Islam merupakan asas perundangan negeri,

- Menteri Besar mestilah beragama Islam dan anak jati negeri

- Ahli Mesyuarat Negeri boleh terdiri drpd orang bukan beragama Islam tetapi mestilah rakyat negeri tersebut.

Maklumat undang-undang tubuh di atas merujuk kepada negeri .......

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Johor

22.

Apakah dua tujuan utama penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

a)

memberikan panduan bertulis kepada negeri-negeri lain

b)

memperkukuhkan pentadbiran negeri Johor

c)

memperkenalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan

23.

Dalam Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909. apakah 2 perkara yang menjadi asas garis sempadan

a)

legeh (puncak bukit)

b)

lembah sungai

c)

kaki bukit

24.

Apakah 2 reaksi Sultan Abdul Hamid Halim Shah terhadap Perjanjian Bangkok 1909.

a)

Berasa tersinggung kerana tidak diajak berunding tentang hal ehwal negeri Kedah

b)

Baginda menegaskan bahawa sempadan baharu di antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut ciri-ciri sempadan yang sedia ada

c)

Baginda menegaskan bahawa wilayah Pujoh sepatutnya menjadi sebahagian daripada Perlis

25.

Hasil dari sebuah lawatan ke sebuah negeri Melayu. Sir Cecil Clementi Smith melaporkan kepada Setiausaha Negara dan Pejabat Tanah Jajahan di London bahawa negeri tersebut mempunyai organisasi pentadbiran yang baik. Tidak ada bukti salah tadbir untuk mewajarkan pelantikan Residen British. Apakah negeri tersebut

a)

Johor

b)

Kedah

c)

Terengganu

26.

Hasil dari usaha Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) menerajui pemodenan Negeri. Baginda terkenal sebagai..

a)

'Bapa Pemodenan Kedah"

b)

"Bapa Kedah Moden"

c)

"Bapa Kemajuan Kedah"

27.

Apakah (2) dua usaha penting pembaharuan dan pemodenan dalam pentadbiran yang dilakukan oleh Sultan Zainal Abidin III bersama-sama Yang Dipertua Muda Tengku Muhammad ?

a)

Menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan

b)

Menubuhkan Jemaah Menteri

c)

Menubuhkan Pasukan askar terlatih

28.

Apakah pengajaran utama dari tindakan Raja Melayu dalam Menangani Cabaran Barat

a)

Kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan kedaulatan tanah air

b)

Kepentingan kekuatan fizikak dalam mempertahankan kedaulatan tanah air

c)

Kepentingan bersikap secara individu dalam menangani cabaran peluasan kuasa Barat.

29.

Durbar di Klang, Selangor 1937 Baginda Mendesak British memberikan perhatian kepada masalah orang Melayu yang tidak mempunyai pekerjaa atau tanah. Baginda ialah

a)

Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah

b)

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman

c)

Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah

30.

Peranan yang dimainkan oleh pembesar seperti

Tuanku Abdul Aziz

Tunku Mahmud

Tunku Ibrahim dan

Wan Muhammad Saman

Bukti kepentingan kerjasama dan kesepakatan menangani cabaran peluasan kuasa Barat di negeri ............

a)

Johor

b)

Kedah

c)

Terengganu