wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING. 1 BAB 4 & 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan "civitas" bermaksud

a)

bandar

b)

tatasusila

c)

kesejahteraan

d)

kemajuan rohani

2.

Berikut ialah ciri-ciri tamadun awal kecuali

a)

pertanian dan perdagangan

b)

kesenian dan kesusasteraan

c)

agama dan kepercayaan

d)

pembangunan dan modenisasi

3.

Dalam masyarakat Mesir Purba, pemerintah tertinggi ialah

a)

pendeta

b)

raja

c)

firaun

d)

maharaja

4.

Mudun, madain dan madana bermaksud

a)

teknologi

b)

tinggi budi bahasa

c)

pembukaan kawasan kampung

d)

tanah dan rumah

5.

Binaan piramid dan sfinks begitu sinonim dengan tamadun

a)

Mesopotamia

b)

Mesir Purba

c)

Indus

d)

Huang He

6.

Sistem tulisan membolehkan manusia

a)

membuat lakaran di dinding gua

b)

bertukang dan mengimpal besi

c)

menyimpan rekod dan perkara penting

d)

berdagang dan bertukar-tukar barang

7.

Lokasi Tamadun Mesopotamia ialah terletak di antara dua sungai iaitu Sungai Euphrates dan

a)

Sungai Nil

b)

Sungai Ganges

c)

Sungai Indus

d)

Sungai Tigris

8.

Tamadun Mesopotamia berkembang dari petempatan awal Zaman

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

9.

Kerajaan terawal bagi Tamadun Mesopotamia ialah kerajaan ________________ yang bermula pada tahun 3500SM

a)

Sumeria

b)

Babylon

c)

Akkad

d)

Chaldea

10.

Terdapat kawasan subur yang luas dalam oasis di tengah-tengah gurun dan gunung yang dinamakan sebagai

a)

Bulan Sabit Merah

b)

Bulan Sabit Subur

c)

Bulan Sabit Separa

d)

Bulan Sabit Separuh

11.

Terdapat tiga tahap dalam pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Kerajaan _____________ , Kerajaan Pertengahan dan Kerajaan Baru

a)

Awal

b)

Terdahulu

c)

Purba

d)

Lama

12.

Menurut Herodotus, Mesir dikatakan Hadiah Sungai Nil kerana

a)

kaya dengan sumber protein

b)

bebas daripada sebarang kuasa pemerintahan

c)

mempunyai air yang jernih

d)

membawa lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian

13.

Kehidupan nomad bermaksud

a)

hidup menetap

b)

hidup berpindah randah

c)

hidup berpuak-puak

d)

mempunyai suku-suku tertentu

14.

Lembah Sungai Indus mempunyai dua musim yang sangat ekstrem iaitu musim hujan yang membawa _______________ dan musim kering yang membawa ________________.

a)

kemarau , banjir

b)

salji , ribut

c)

banjir , kemarau

d)

ribut , panas

15.

Terdapat dua buah bandar terancang dalam Tamadun Indus iaitu Mohenjo-Daro dan

a)

Rajasthan

b)

Punjab

c)

Gujerat

d)

Harappa

16.

Sungai Huang He dikenali sebagai

a)

Sungai Hijau

b)

Sungai Kuning

c)

Sungai Merah

d)

Sungai Putih

17.

Berikut ialah tiga kerajaan awal bagi Tamadun Huang He kecuali

a)

Hao

b)

Shang

c)

Xia

d)

Zhou

18.

Tempat ibadat bagi Tamadun Mesopotamia dikenali sebagai

a)

piramid

b)

sfinks

c)

zigurat

d)

firaun

19.

Piramid yang dibina dalam Tamadun Mesir berperanan sebagai kawasan

a)

ibadat dan upacara keagamaan

b)

perkuburan raja Mesir

c)

penyimpanan alat kebesaran diraja

d)

tempat tinggal raja

20.

Tulisan awal bagi Tamadun Mesopotamia dikenali sebagai

a)

piktograf

b)

hieroglif

c)

hologram

d)

kuneiform