NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA -BAHASA MELAYU-
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
"Penjenayah sudah melarikan diri, .......... mereka tahu rancangan kita,"kata Inspektor Azlan keada rakan-rakannya.
takut-takut
kalau-kalau
harap-harap
jangan-jangan
".......... keputusan yang dibuat hendaklah dipersetujui oleh ahli mesyuarat", kata pengerusi persatuan itu.
Apa-apa
Bila-bila
Siapa-siapa
Mana-mana
Hazim begitu leka memerhatikan beberapa ekor semut yang sedang ........... pada batang pokok di belakang rumahnya.
berjalan-jalan
merayap-rayap
berengsot-engsot
merangkak-rangkak
Pekerja binaan itu .......... peluh yang keluar dari dahinya kerana bekerja di tengah panas matahari.
mengesat-ngesat
mengelus-elus
mengais-ngais
menguis-nguis
Keadaan di dalam rumah itu .......... selepas berlakunya gempa bumi yang kuat.
hingar-bingar
gegak-gempita
lintang-pukang
tunggang-langgang
Seluruh kawasan Taman Mutiara telah menjadi .......... kerana pen cawang elektrik telah disambar petir malam tadi.
gelap-gelita
hingar-bingar
gegak-gempita
terang-benderang
Kawasan hutan rekreasi itu terpaksa ditutup kerana ada .......... mengatakan harimau berkeliaran di kawasan tersebut.
hiruk-pikuk
desas-desus
keluh-kesah
kumat kamit
Amir Fikri .......... di celah orang ramai yang memenuhi dewan itu untuk berada di barisan hadapan.
menolak-nolak
mengasak-ngasak
menyelit-nyelit
"Jangan kau pedulikan ceritanya yang .......... itu," kata Encik Amirul kepada pemuda itu.
kucar-kacir
karut-marut
kumat-kamit
porak-peronda
Nenek sedang menggoreng .......... ikan untuk cucunya.
bebuli
bebola
bebenang
bebawang
.......... yang berguguran menyebabkan kawasan rumahnya menjadi tidak terurus.
Dedaun
Pepohon
Dedahan
Reranting
Projek perumahan yang dilaksanakan di kampung itu menyebabkan jalan menjadi .......... .
hiruk-pikuk
lekak-lekuk
bolak-balik
licin-licau
Ayah terpaksa .......... dari rumah ke tempat kerja pada setiap hari.
ulang-alik
lalu-lalang
lintang-pukang
mundar-mandir
Pekerja kilang perabot itu terpaksa .......... menyiapkan perabot yang ditempah oleh pelanggan.
berbolak-balik
bersusup-sasap
bertungkus-lumus
berpontang-panting
Petinju itu .......... apabila kena tumbukan yang kuat daripada lawannya.
terkial-kial
terkapai-kapai
terhuyung-hayang
terlambung-lambung
Abang Zahin memasang .......... di dalam bilik untuk persiapan hari perkahwinan adiknya.
kekisi
tetupai
kekuda
lelangit
Walaupun sudah tua tetapi perangai Pak Usop masih .......... .
membudak
budak-budak
memperbudak
kebudak-budakan
Keadaan jalan di bandar raya Kuala Lumpur yang .......... menyebabkan ayah telah tersesat beberapa kali.
berselang-seli
berlalu-lalu
berbelok-belok
bersimpang-siur
Bunyi .......... yang nyaring dan bersahut-sahutan itu menggerunkan Ali semasa meredah hutan itu.
lelipan
tetikus
reriang
pepatung
