wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BESTDuA : LATIHAN ASPEK KOMSAS NOVEL TIRANI

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Novel Tirani memaparkan persoalan kegigihan seorang wanita mengharungi cabaran kehidupan. Manakah antara peristiwa berikut BUKAN merupakan peristiwa contoh bagi persoalan tersebut.

a)

Waheeda gigih membangunkan chalet Iwana-Iwani yang hampir muflis dengan bantuan sahabatnya Lais sehingga chalet yang ditukar nama Aya-Sajinah itu maju

b)

Waheeda gigih meminta ibu bapanya mengizinkannya menjalani pembedahan untuk mencantikkan wajahnya.

c)

Waheeda dan keluarganya gigih memajukan chalet Tajau Emas dan menolak penggabungan Tajau Emas dengan Seri Gading milik bapa mentuanya , Datuk Yasser.

d)

Waheeda gigih membina semula kehidupannya setelah menghadapi kemurungan akibat perceraiannya dengan Zahid. Zahid pernah menuduhnya berlaku curang, malah tidak mengakui bayi yang dilahirkan Waheeda sebagai anak kandungnya.

2.

Novel Tirani turut memaparkan persoalan kasih sayang. Nyatakan 3 peristiwa contoh yang BENAR bagi persoalan tersebut.

a)

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandung. Raidah sangggup pergi ke Singapura untuk menemani Waheeda yang akan menjalani pembedahan plastik di Silikon Medical Centre.

b)

Persoalan kasih sayang seorang abang kepada adik kandung. Ghazi sanggup meletakkan jawatan sebagai jurutera Petronas untuk mengambil alih pengurusan Tajau Emas setelah Waheeda ke Singapura. Malah Ghazi sanggup membawa Waheeda yang kemurungan ke Pusrawi di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan .

c)

Persoalan kasih sayang seorang sahabat. Bazilah menumpangkan Waheeda yang datang ke Singapura untuk menjalani pembedahan di rumahnya.

d)

Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Zahid pergi ke Cameron Highland untuk mencari Waheeda dan Izzati.

3.

Waheeda mengambil risiko dengan membuat pinjaman daripada Bank Rakyat untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang hampir muflis milik Encik Abdul Aziz.

Nilai yang tergambar dalam peristiwa ini ialah nilai ___________ .

a)

kasih sayang

b)

ketekunan

c)

kecekalan

d)

keberanian

4.

Raidah menyediakan ketupat lepas setelah mengetahui bahawa pembedahan yang akan dijalani Waheeda memakan masa 10 jam. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah memberi ketupat lepas itu kepada anaknya yang kononnya untuk menolak bala.

Berdasarkan peristiwa ini latar masyarakat yang dapat disimpulkan ialah _____________________________________

a)

masyarakat yang penyayang

b)

masyarakat yang prihatin

c)

masyarakat yang teguh berpegang kepada adat lama

d)

masyarakat yang saling bekerjasama

5.

Berdasarkan peristiwa ini, nyatakan perwatakan Raidah.

a)

Raidah seorang ibu yang penyayang, malah dia juga seorang yang berpegang kepada amalan tradisi masyarakat.

b)

Raidah seorang ibu yang sensitif dan tergesa-gesa.

c)

Raidah seorang ibu yang penyayang dan menyokong penuh tindakan anaknya.

d)

Raidah seorang ibu yang prihatin akan kesihatan anaknya.

6.

Semua peristiwa berikut menggunakan teknik imbas kembali kecuali

a)

Waheeda terkenang ejekan kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi sewaktu dia kecil kerana memiliki kulit yang gelap, berhidung pesek dan bermata kuyu.

b)

Apabila terpandang sampul berisi keputusan DNA Izzati di dalam lacinya, Waheeda teringat kata-kata kasar Zahid yang menuduh dia bermain kayu tiga dan enggan melihat keputusan DNA tersebut.

c)

Waheeda dikejarkan ke Hospital Besar Kuching kerana mengalami kecederaan setelah diserang dan dicakar oleh seekor monyet belanda.

d)

Zahid menyatakan perasaan kesalnya kepada kawannya , Aiman kerana menceraikan Waheeda 20 tahun yang lalu tanpa mahu melihat keputusan DNA yang ditunjukkan oleh bekas isterinya itu.

7.

Pilih dua konflik yang dihadapi Waheeda dan cara dia menyelesaikan konflik tersebut.

a)

Masalah salah faham Bazilah tentang hubungannya dengan Dr. Zahari. Waheeda mengambil keputusan menerima tawaran bekerja di Resort Flaminggo dan tinggal di sana dengan alasan tempat kerja itu jauh.

b)

Konflik kurang keyakinan kerana ejekan kawan-kawannya berkaitan wajahnya yang tidak cantik. Waheeda bertindak nekad untuk membuat pembedahan plastik di Singapura.

c)

Masalah gesaan bapa mentuanya , Dato Yaseer yang mahu menggabungkan Tajau Emas dengan Seri Gading. Waheeda bersetuju lalu bekerjasama dengan bapa mentuanya untuk memajukan kedua-duanya.

d)

Masalah kemurungan yang dihidapi Waheeda akibat keruntuhan rumahtangganya. Waheeda mendapatkan rawatan di PUSRAWI dan kemudian memulakan hidup baharu dengan membeli Iwana-Iwani di Cameron Highland

8.

Pilih dua unsur perkara negatif yang ingin ditegur oleh pengarang novel Tirani.

a)

Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab seperti Zahid yang suka berfoya-foya sewaktu berkahwin dengan Waheeda.

b)

Sikap masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain seperti peristiwa Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi yang mengejek Waheeda yang berhidung pesek.

c)

Sikap masyarakat yang terburu-buru dalam membuat keputusan, contohnya Zahid menceraikan Waheeda kerana melihat wajah bayi yang dilahirkan tidak sama dengan wajahnya mahupun Waheeda

d)

Sikap masyarakat yang cemburu dengan kejayaan orang lain, contohnya Datuk Yaseer sering menyindir Waheeda malah cuba menjatuhkan perniagaan Tajau Emas.

9.

Pilih latar tempat dan peristiwa yang betul daripada novel Tirani.

a)

Bukit Matang - Waheeda diserang oleh seekor monyet belanda sehingga menyebabkan kecederaan pada mukanya.

b)

Hospital Pakar Normah - Waheeda berjumpa Dr. Qamariah untuk mendapatkan rawatan akibat kemurungan dengan ditemani oleh Ghazi dan ibunya Raidah.

c)

Chalet Aya-Sajinah- Zahid yang bercuti dengan kawannya Aiman terpesona dengan tingkah laku Izzati yang mengingatkannya terhadap bekas isterinya Waheeda.

d)

Flaminggo Resort - Waheeda yang bekerja sebagai penyambut tetamu telah memenangi Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism International.

10.

Salah seorang watak sampingan yang penting dalam novel Tirani ialah Ghazi. Semua penyataan berikut adalah benar tentang perwatakan Ghazi KECUALI

a)

Ghazi seorang yang bertanggungjawab, dia sanggup meletak jawatan sebagai jurutera Peronas untuk mengambil alih pengurusan Tajau Emas apabila Waheeda terpaksa ke Singapura untuk menjalani pembedahan.

b)

Ghazi seorang yang bercita-cita tinggi, dia membuat pinjaman daripada Tabung Pembangunan Siswazah untuk membuka Chalet Tajau Emas.

c)

Ghazi seorang yang penyayang kerana sanggup menemani Waheeda mendapatkan rawatan kemurungan di PUSRAWI Kuala Lumpur.

d)

Ghazi seorang yang berpandangan jauh, buktinya dia menyokong keputusan Waheeda membeli chalet milik Pak Cik Abdul Aziz dan membantu Waheeda mendapatkan pinjaman daripada Bank Rakyat.