wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Taklimat MP Kimia STPM 2020

Total questions: 30

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.
Apakah kod mata pelajaran bagi kimia STPM?
a)
900
b)
954
c)
962
d)
960
e)
964
2.
Berapakah masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan kertas 1/ 2/ 3?
a)
1 jam 15 minit
b)
1 jam 30 minit
c)
1 jam 45 minit
d)
1 jam 40 minit
3.
Berapakah jumlah eksperimen yang perlu dilaksanakan oleh pelajar jurusan sains semasa berada di tingkatan 6?
a)
11
b)
12
c)
13
d)
14
4.
Berapakah jumlah topik kimia yang akan dipelari dalam temph berada di tingkatan 6 bagi jurusan sains?
a)
6
b)
12
c)
18
d)
21
5.
Kimia ialah kajian tentang
a)
gempa bumi
b)
benda hidup
c)
objek cakerawala
d)
interaksi antara jirim
6.
Pernyataan yang manakah benar tentang bahan kimia?
a)
semua bahan kimia adalah beracun
b)
bahan kimia hanya dijumpai di dalam makmal sahaja
c)
bahan kimia dapat bertindak balas antara satu sama lain
d)
hanya pepejal dan cecair sahaja ialah bahan kimia
7.
Aktiviti yang manakah memerlukan pengetahuan kimia?
a)
penyaduran logam
b)
mereka bentuk mesin
c)
mencipta perisian baru komputer
d)
mengawal serangga perosak dengan kaedah semula jadi
8.
Pernyataan yang manakah menghuraikan kegunaan bahan kimia dalam kehidupan harian kita?
a)
gas hidrogen diguna dalam belon kaji cuaca
b)
natrium klorida diguna untuk menulenkan logam
c)
kalsium karbonat diguna dalam pembuatan jubin lantai
d)
asid metanoik ialah cuka yang digunakan semasa memasak
9.
Yang berikut kerjaya yang manakah berkaitan dengan kimia?
a)
akauntan
b)
penganalisis teknologi maklumat
c)
ahli biokimia
d)
pengurus sumber manusia
10.
Antara pernyataan tentang ahli kimia yang berikut, yang manakah benar?
a)
mereka mengkaji fenomena fizik
b)
mereka mengkaji komposisi jirim dan sifat-sifatnya
c)
mereka mengkaji jirim pepejal dan cecair yang membentuk bumi
d)
mereka mengkaji organisma dan hubungannya dengan alam sekitar
11.
Yang berikut yang manakah bukan hasil daripada industri berasaskan kimia?
a)
marjerin
b)
baja
c)
peti sejuk
d)
pelembut kain
12.
Siapakah ahli sains yang menemui proton?
a)
neils bohr
b)
j.j. thomson
c)
james chadwick
d)
ernest rutherford
13.
Siapakah ahli sains yang menemui elektron?
a)
neils bohr
b)
j.j. thomson
c)
james chadwick
d)
ernest rutherford
14.
Siapakah ahli sains yang mengemukakan elektron dalam suatu atom beredar dalam petala yang mengelilingi nukleus?
a)
neils bohr
b)
j.j. thomson
c)
james chadwick
d)
ernest rutherford
15.
“Suhu larutan mempengaruhi kadar tindak balas.” Yang berikut manakah pemboleh ubah dimalarkan berdasarkan pernyataan di atas?
a)
kadar tindak balas
b)
masa tindak balas
c)
isi padu larutan
d)
suhu larutan
16.
Apakah yang dimaksudkan dengan “membuat pemerhatian” dalam kaedah saintifik?
a)
mengumpul maklumat tentang fenomena dengan menggunakan lima deria
b)
membuat penerangan sementara tentang fenomena
c)
bertanya soalan berdasarkan inferens
d)
sengaja mengubah faktor
17.
Apakah hipotesis?
a)
suatu tekaan awal
b)
senarai bahan dan radas
c)
maklumat tentang fenomena
d)
hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas
18.
Langkah yang manakah perlu dijalankan sebelum mengumpulkan data?
a)
mentafsirkan data
b)
menulis laporan
c)
merancang eksperimen
d)
membuat kesimpulan
19.
Sikap yang manakah tidak sepatutnya dalam penyiasatan saintifik?
a)
mentafsir data secara tenang
b)
merancang eksperimen dengan sistematik
c)
membuat kesimpulan dengan pemikiran analitikal
d)
jika pemerhatian tidak sama dengan hipotesis kita boleh mengubah datanya sedikit
20.
Perubahan keadaan jirim yang manakah melibatkan penyerapan tenaga?
a)
pembekuan
b)
kondensasi
c)
pemejalwapan (gas kepada pepejal)
d)
peleburan
e)
pengendapan
21.
Proses yang manakah melibatkan pembebasan tenaga haba?
a)
kondensasi
b)
peleburan
c)
penyejatan
d)
pemejalwapan (pepejal kepada gas)
22.
Proses yang manakah melibatkan penyerapan tenaga haba?
a)
pendidihan
b)
pembekuan
c)
kondensasi
d)
pengendapan
23.
Manakah tidak berlaku semasa pemanasan sesuatu bahan?
a)
tenaga kinetik zarah-zarah bertambah
b)
jarak antara zarah-zarah bertambah
c)
daya tarikan antara zarah-zarah menjadi lemah
d)
Saiz zarah-zarah bertambah
24.
Yang berikut manakah berlaku semasa penyejukan sesuatu bahan?
a)
tenaga kinetik zarah-zarah bertambah
b)
jarak antara zarah-zarah berkurang
c)
daya tarikan antara zarah-zarah menjadi kuat
d)
saiz zarah-zarah bertambah
25.
Yang berikut bahan manakah mengalami pemejalwapan apabila dipanaskan?
a)
pepejal karbon dioksida
b)
kuprum (II) sulfat
c)
cecair iodin
d)
natrium klorida
26.
Graf menunjukkan penyejukan bagi naftalena. Pada garis manakah pada graf, cecair naftalena akan mula memejal?
a)
garis menurun pada suhu lebih tinggi
b)
garis mendatar
c)
garis menurun pada suhu lebih rendah
27.
Graf menunjukkan pemanasan bagi naftalena. Pada garis manakah pada graf, naftalena kekal sebagai campuran cecair dan pepejal?
a)
garis menaik pada suhu lebih tinggi
b)
garis mendatar
c)
garis menaik pada suhu lebih rendah
28.
Graf menunjukkan penyejukan bagi naftalena. Mengapakah suhu tetap tidak berubah di garis mendatar pada graf penyejukan?
a)
saiz zarah-zarah menjadi kecil semasa penyejukan dan tenaga haba dibebaskan
b)
tenaga haba diserap semasa zarah-zarah menarik antara satu sama lain untuk menjadi pepejal
c)
tenaga haba diserap semula dari persekitaran oleh zarah-zarah untuk mengimbangkan tenaga haba yang hilang ke persekitaran
d)
tenaga haba yang hilang ke persekitaran diseimbangkan oleh tenaga haba yang dibebaskan zarah-zarah semasa membentuk pepejal
29.
Graf menunjukkan graf penyejukan cecair x. Berdasarkan graf, dapat dibuat kesimpulan bahawa
a)
bahan x wujud sebagai cecair pada garis menurun pada suhu yang lebih rendah
b)
bahan x wujud sebagai pepejal pada garis mendatar
c)
takat lebur bahan x ialah selari dengan garis mendatar
d)
haba diserap oleh zarah-zarah x dalam tempoh pada garis mendatar
30.
Rajah menunjukkan graf penyejukan cecair naftalena. Pernyataan yang manakah benar tentang susunan dan pergerakan zarah-zarah naftalena pada graf garis mendatar?
a)
semua zarah-zarah berjauhan dan bergerak bebas dengan kelajuan tinggi
b)
sebahagian zarah-zarah diikat dalam kedudukan tetap manakala sebahagian zarah-zarah lain masih bebas bergerak
c)
semua zarah-zarah tersusun sangat rapat pada kedudukan tetap
d)
semua zarah-zarah tersusun rapat tetapi masih bebas bergerak