Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKAP: Burung Terbang Dipipiskan Lada

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Raja Siam menitahkan Awi Cakri menyerang Melaka?

a)

Tentera Melaka mahu menyerang Siam.

b)

Sultan Melaka enggan datang ke Siam.

c)

Melaka lebih kaya daripada Siam.

d)

Sultan Melaka tidak mahu Melaka berada di bawah takluk Siam.

2.

Apakah yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Shah apabila mendapat berita Siam akan menyerang Melaka?

a)

Menitahkan semua penduduk Melaka bersembunyi

b)

Menitahkan membuat kubu di sepanjang pantai

c)

Menitahkan semua penduduk di bawah jajahannya berkumpul di Melaka

d)

Baginda pergi bersembunyi di salah satu tanah jajahannya

3.

Mengapakah Tun Perak membawa orang Kelang bersama-sama anak dan isteri mereka?

a)

Orang Kelang berperang dengan bersungguh-sungguh.

b)

Anak dan isteri dapat berperang bersama-sama.

c)

Anak dan isteri mereka tidak susah apabila di tinggalkan.

d)

Baginda pergi bersembunyi di salah satu tanah jajahannya.

4.

Apakah yang disampaikan Seri Amerta kepada Sultan Muzaffar Shah?

a)

Tun Perak hendak menjadi bendahara Melaka.

b)

Alasan Tun Perak membawa orang Kelang beserta anak dan isteri sekali.

c)

Tun Perak meminta Sultan Muzaffar Shah melindungi anak buahnya.

d)

Tun Perak dan orang Kelang berperang demi Sultan Muzaffar Shah.

5.

Apakah yang berlaku kepada Awi Cakri dan tentera Siam?

a)

Awi Cakri terkorban.

b)

Banyak yang mati dan yang selamat melarikan diri.

c)

Awi Cakri dan tentera Siam menyerah diri.

d)

Awi Cakri dan tentera Siam menjadi tawanan perang.

6.

Siapakah yang mahukan Tun Perak terus menetap di Melaka?

a)

Seri Amerta.

b)

Seri Nara Diraja.

c)

Sultan Muzaffar Shah.

d)

Orang-orang Kelang.

7.

Siapakah yang mengadu kepada sultan yang dia dianiaya oleh Tun Perak?

a)

Seri Amerta.

b)

Seri Nara Diraja.

c)

Salah seorang orang Melaka.

d)

Salah seorang orang Kelang.

8.

Apakah ciri-ciri Tun Perak yang dikagumi oleh sultan?

a)

Sikap dan pendirian.

b)

Rupa paras yang kacak.

c)

Keberanian menentang musuh.

d)

Kepandaian bermain senjata.

9.

Siapakah yang tidak menyenangi Tun Perak dilantik sebagai bendahara Melaka?

a)

Seri Amerta.

b)

Seri Nara Diraja.

c)

Orang-orang Melaka.

d)

Orang-orang Kelang.

10.

Apakah sikap Paduka Raja dan Seri Nara Diraja yang menyebabkan Sultan Muzaffar Shah bersedih?

a)

Sering berlawan senjata.

b)

Sering berbalah dan tidak bekerjasama.

c)

Tidak menghormati sultan Muzaffar Shah.

d)

Sering menunjuk-nunjuk kekayaan masing-masing.

11.

Bagaimankah Sultan menyelesaikan perbalahan antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja?

a)

Menawarkan hartakekayaan kepada kedua-duanya.

b)

Mengahwinkan Tun Perak dengan kakak Seri Nara Diraja.

c)

Mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan kakak Tun Perak.

d)

Melucutkan jawatan kedua-duanya dan menggantikan dengan bendahara yang lain.

12.

Berikut merupakan tindakan Sultan Muzaffar Shah terhadap Tun Kudu kecuali

a)

Menceraikan Tun Kudu.

b)

Menghadiah sebuah istana kepada Tun Kudu.

c)

Menghantar Tun Kudu ke rumah Tun Perak.

d)

Menanggung perbelanjaan perkahwinannya dengan Seri Nara Diraja.

13.

Berikut merupakan tindakan Seri Nara Diraja selepas berkahwin dengan Tun Kudu kecuali

a)

Menerima jawatan sebagai penghulu bendahari.

b)

Berbaik-baik semula dengan Tun Perak.

c)

Memberikan Tun Perak separuh daripada hartanya.

d)

Meminta sultan melantik Tun Perak menjadi bendahara.

14.

Bagaimanakah Cau Pandan mati?

a)

Menghantar pembunuh upahan dengan bayaran yang tinggi.

b)

Mengarahkan Tun Perak ke Benua Siam dan membunuh Cau Pandan.

c)

Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke arah Benua Siam sambil meminta Cau Pandan mati.

d)

Menghantar hulubalang sebagai penyamar dan meracun Cau Pandan sehingga mati.

15.

Mengapakah Paduka Bubunnya memarahi Awi Dicu?

a)

Melarikan diri dari medan perang.

b)

Tidak dapat mengalahkan Melaka.

c)

Tidak jadi menyerang Melaka.

d)

Terperdaya dengan muslihat Tun Perak.