wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah bunga kebangsaan Malaysia ?

a)

Bunga Melur

b)

Bunga Matahari

c)

Bunga Raya

d)

Bunga Orkid

2.

Siapakah bapa kemerdekaan?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Tun Abdul Razak Bin Hussein

c)

Tun Hussein Bin Onn

d)

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

3.

Gambar di atas merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu, Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Apakah gelaran yang telah diberikan kepada beliau?

a)

Bapa Pembangunan Modal Insan

b)

Bapa Pemodenan

c)

Bapa Tranformasi

d)

Bapa Perpaduan

4.

Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke...

(pilih dua jawapan)

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

5.

Maklumat yang benar tentang Perdana Menteri di atas ialah ... (pilih dua jawapan)

a)

Bernama Tun Hussein Bin Onn

b)

Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga

c)

Bernama Tun Abdul Razak Bin Hussein

d)

Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua

6.

Berikan nama perdana menteri Malaysia yang ketiga

a)

Tun Hussein Bin Onn

b)

Tun Abdul Razak Bin Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

d)

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

7.

Siapakah yang melaungkan pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Tun Abdul Razak Bin Hussein

c)

Tun Hussein Bin Onn

d)

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

8.

Apakah Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

a)

Malaysia Prihatin

b)

Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

c)

Keluarga Malaysia Teguh Bersama

d)

Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

9.

 

Siapakah pencipta bendera Malaysia?

a)

Encik Mohamed bin Hamzah

b)

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh

c)

Encik Abdul Samad Muhammad Said

d)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

10.

Bilakah tarikh pembentukan Malaysia?

a)

31 Oktober 1963

b)

16 September 1957

c)

31 Ogos 1957

d)

16 September 1963

11.

Bilakah kereta nasional negara dilancarkan?

a)

1984

b)

1985

c)

1986

d)

1987

12.

Rukunegara mempunyai 5 prinsip. Nyatakan prinsip kedua

a)

Kepercayaan Kepada Tuhan

b)

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

c)

Keluhuran Perlembagaan

d)

Kedaulatan Undang-undang

13.

Lengkapkan lirik lagu ini. (Lagu Jalur Gemilang)    

Merah mu bara semangat waja,  

Putihmu bersih budi pekerti,  

Kuning berdaulat payung Negara,

 ……………………

a)

Biru perpaduan kami semua

b)

Biru lambang perpaduan kami semua

c)

Biru lambang semangat waja kami warganya

d)

Biru semangat waja kami warganya

14.

Gambar pada wang kertas RM1 adalah......

a)

Burung Enggang Badak

b)

Wau Bulan

c)

Bunga Rafflesia

d)

Jalur Gemilang

15.

Tahun 2022 merupakan tahun kemerdekaan negara Malaysia kali yang ke-.......

a)

64

b)

55

c)

65

d)

66

16.

Setelah Tunku Abdul Rahman pulang daripada menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London, Tunku telah membuat pengumuman rasmi tarikh kemerdekaan pada 20 Februari 1956.


Dimanakah Tunku membuat pengumuman tarikh Kemerdekaan tersebut?

a)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Stadium Nasional Bukit Jalil

c)

Banda Hilir, Melaka

d)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

17.

Berapa kalikah Tunku Abdul Rahman melaungkan ungkapan keramat "Merdeka" pada 31 Ogos 1957?

a)

1

b)

3

c)

5

d)

7

18.

Sebelum merdeka, ramai pejuang yang lahir menuntut kemerdekaan demi membebaskan tanahair. Antara pejuang yang terkenal di negeri Pahang ialah...

a)

Dato' Sagor

b)

Mat Kilau

c)

Mat Salleh

d)

Dol Said

19.

Apakah Maksud Di Sebalik Logo 2022 Yang Berkonsepkan Jalur Liputan Internet?

a)

keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama

b)

jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan

c)

pembangunanan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

d)

cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni

20.

Apakah maksud 5 bilah keris pada Jata Negara?

a)

Melambangkan negeri-negeri Melayu bersekutu

b)

Melambangkan wilayah persekutuan

c)

Melambangkan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu

d)

Melambangkan negeri-negeri Selat