wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Tatabahasa) Tingkatan 1 - 2

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan?

a)

atau

b)

lalu

c)

dan

d)

maka

2.

Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.

a)

agar

b)

ketika

c)

hingga

d)

dan

3.

Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.

a)

agar

b)

lalu

c)

maka

d)

kerana

4.

Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.

a)

dan

b)

tetapi

c)

walaupun

d)

manakala

5.
Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusanyang cemerlang dalam UPSR.
a)
agar
b)
tetapi
c)
dan
d)
manakala
6.

___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.

a)

Semoga

b)

Sewaktu

c)

Setelah

d)

Supaya

7.

Sekolah saya __________ menganjurkan perkhemahan pasukan beruniform pada bulan hadapan.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

8.

Encik Seng berasa gembira kerana ketiga-tiga orang anaknya __________ besar dan telah bekerja.

a)

akan

b)

mahu

c)

sudah

d)

sedang

9.

Ayah saya __________ mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor selama dua tahun.

a)

belum

b)

telah

c)

sudah

d)

pernah

10.

Kamu semua __________ berhati-hati semasa turun dari bukit ini kerana cerunnya sangat curam.

a)

akan

b)

pasti

c)

boleh

d)

mesti

11.

____________ diizinkan Tuhan, saya ingin mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Palestin.

a)

Jika

b)

Kecuali

c)

Manakala

d)

Sementara

12.

Ibu dan kakak tidak suka ____________ ulam-ulaman seperti petai dan jering.

a)

akan

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

13.

Beliau akan menyampaikan ceramah __________ pengurusan masa dan teknik belajar.

a)

daripada

b)

untuk

c)

bagi

d)

tentang

14.

Pelancong asing itu amat terpikat __________ keindahan pemandangan di Pulau Tioman.

a)

terhadap

b)

kepada

c)

akan

d)

dengan

15.

"Saya tidak berani berdepan dengan guru disiplin yang garang _________ singa itu," kata Sunita.

a)

dengan

b)

seperti

c)

pada

d)

tentang

16.

Saravanan dan abangnya selalu membantu ayah mereka di kandang lembu __________ hujung minggu.

a)

di

b)

hingga

c)

pada

d)

dari

17.

Kevin dibesarkan oleh ibu dan bapa angkatnya _________ umurnya dua tahun sehingga sekarang.

a)

hingga

b)

sejak

c)

apabila

d)

kecuali

18.

Kamu hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan ____________ bidang kedoktoran?

a)

dan

b)

serta

c)

atau

d)

sambil

19.

Nandini mahu meminjam buku, ___________ dia terlupa untuk membawa kad keahlian perpustakaan awam itu.

a)

maka

b)

melainkan

c)

sewaktu

d)

tetapi

20.

"Aku akan terus mengusahakan dusun itu ___________ terdaya," kata Wak Pairan kepada anaknya.

a)

kecuali

b)

jika

c)

selagi

d)

sampai