wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Abbasiyah

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah perkembangan pendidikan di zaman Abbasiyah lebih pesat berbanding kerajaan sebelumnya?

a)

Kekuatan barisan tentera kerajaan membantu perkembangan ilmu pengetahuan

b)

Lebih ramai cerdik pandai lahir pada zaman ini

c)

Undang-undang yang mewajibkan pembelajaran dalam kalangan rakyat

d)

Kedudukan kerajaan yang lebih kukuh dan stabil dari sudut politik dan ekonomi

2.

Berikut merupakan faktor utama perkembangan pendidikan di zaman Abbasiyah, kecuali

a)

Galakan daripada para khalifah

b)

Aktiviti penterjemahan yang giat berjalan

c)

Berlaku pemindahan ilmu secara besar-besaran dari tamadun Yunani

d)

Wujud banyak kemudahan pendidikan seperti universiti, masjid, istana khalifah dan perpustakaan

3.

X dalam imej di bawah merujuk kepada

a)

al-Amin

b)

Al-Ma'mun

c)

Al-Mu'tadid billah

d)

Abu al-Abbas al-Saffah

4.

Baghdad merupakan sebuah bandar yang strategik kerana terletak di antara dua sungai iaitu Tigris dan

a)

Nil

b)

Yantze

c)

Amazon

d)

Euphrates

5.

Perpustakaan ulung yang terletak di Mesir dikenali sebagai

a)

Baitul Hikmah

b)

Darul Hikmah

c)

al-Madrasah al-Nizamiah

d)

al-Madrasah al-Mustansiriyah

6.

Pusat pengajian yang didirikan oleh Perdana Menteri keturunan Seljuk

a)

Baitul Hikmah

b)

Darul Hikmah

c)

al-Madrasah al-Nizamiah

d)

al-Madrasah al-Mustansiriyah

7.

Al Tabari merupakan salah seorang sarjana hebat di zaman Abbasiyah kerana sumbangannya dalam bidang

a)

Tafsir

b)

Hadis

c)

Kimia

d)

Geografi

8.

Antara ilmu yang pesat berkembang di zaman keemasan ini adalah ilmu fiqh. Antara tokoh dalam bidang ini ialah

a)

Al-Nasaie

b)

Nu'man bin Tsabit

c)

Jabir bin al-Hayyan

d)

Abu Hassan al-Asyari

9.

Penemuan pelbagai teori baharu menunjukkan kreativiti para sarjana Islam. Antara penemuan dalam bidang FIZIK pada ketika itu ialah

a)

teori jangkitan virus

b)

asid sitrik dan sulfurik

c)

ukuran tepat keluasan bumi

d)

cara sukat kelajuan bunyi dan cahaya

10.

Berikut merupakan padanan yang tepat tentang tokoh dan bidang kemahiran mereka, KECUALI

a)

Ibnu Sina - perubatan

b)

Al-Khawarizmi - matematik

c)

Jabir bin Hayyan - fizik

d)

Yahya bin Ziyad al- Farra' - tafsir