wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyelenggaraan Pencegahan Mesin Canai

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang perlu dilakukan apabila sesuatu peralatan / mesin itu mengalami kerosakan?

a)

Membeli peralatan baru

b)

Simpan di stor

c)

Menjalankan penyelenggaraan terhadap peralatan

d)

Menjual peralatan yang telah rosak

2.

Bilakah penyelenggaraan pencegahan dilakukan?

a)

Dilakukan apabila tiba masa yang sesuai

b)

Dilakukan selepas peralatan rosak

c)

Dilakukan sebelum peralatan rosak

d)

Dilakukan semasa peralatan rosak

3.

Apakah keperluan / tujuan menjalankan penyelenggaraan pencegahan?

a)

Mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap mesin

b)

Menambah kos penyelenggaraan

c)

Menjimatkan ruang kerja

d)

Menghasilkan produk yang banyak

4.

Apakah kelebihan melakukan penyelenggaraan pencegahan?

a)

Meningkatkan kos buruh

b)

Mengganggu proses pengeluaran produk

c)

Memendekkan hayat mesin

d)

Kurang berlaku kerosakan dan mudah diperbaiki

5.

Apakah kekurangan melakukan penyelenggaraan pencegahan?

a)

Proses pengeluaran terganggu ketika penyelenggaraan dilakukan

b)

Mutu pengeluaran produk baik

c)

Kurang berlaku kerosakan

d)

Menjimatkan masa menyelenggara peralatan

6.

Tentukan penyelenggaraan pencegahan yang betul bagi roda pencanai.

a)

Perlu ditala semula

b)

Perlu diperiksa dan ratakan semula jika tidak rata

c)

Periksa suis penghidup dan wayar

d)

Periksa keadaan motor

7.

Antara berikut, yang manakan penyelenggaraan pencegahan yang sesuai dengan landasan mesin canai?

a)

Menggantikan dengan landasan yang baru

b)

Menggantikan wayar yang baru

c)

Menyapu gris bagi melancarkan pergerakan

d)

Menukar mentol lampu

8.

Apakah akibat jika tidak menjalankan penyelenggaraan terhadap ragum magnet?

a)

Berlaku masalah pada motor mesin

b)

Tidak dapat melihat bahan kerja semasa mencanai

c)

Menghasilkan produk yang baik

d)

Bahan kerja akan tercampak dan menyebabkan kemalangan

9.

Apakah perkara yang perlu ada dalam senarai semak penyelenggaraan pencegahan?

a)

Jenama / model mesin

b)

Bilangan mesin

c)

Tahun mesin dibuat

d)

Masa penyelenggaraan dibuat

10.

Mengapakah senarai semak penyelenggaraan pencegahan perlu ada semasa melakukan penyelenggaraan?

a)

Sebagai pemarkahan bagi mesin yang diperiksa

b)

Sebagai panduan kepada pemeriksa untuk menyelenggara

c)

Sebagai semakan jenis roda pencanai

d)

Sebagai memastikan kewujudan alat lekapan mesin