wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Topik 1 : Negara Berdaulat

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Asas sesebuah negara ialah

a)

hubungan luar

b)

penduduk tetap

c)

kestabilan ekonomi

d)

pemerintahan demokrasi

2.

Yang manakah merupakan ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat ?


I Mempunyai sempadan

II Mempunyai identiti sendiri

III Mempunyai perlembagaan sendiri

IV Mempunyai penduduk yang tinggal tetap

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Yang manakah benar tentang konsep pengasingan kuasa di Malaysia?

a)

Mengasingkan semua bidang kuasa Negeri dengan Persekutuan

b)

Mengasingkan kuasa kerajaan tempatan dengan kerajaan negeri

c)

Memisahkan kuasa pemerintah Persekutuan dengan Tempatan

d)

Mengasingkan kuasa pentadbiran bagi penggubal dasar kerajaan, pengadil undang-undang dengan penggubal undang-undang

4.

Yang manakah benar tentang kepentingan Perlembagaan?


I Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

II Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin

kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.

III Perlembagaan menjamin hak sesuatu kaum untuk hidup

sebagai warganegara secara aman dan harmoni.

IV Perlembagaan merupakan undang-undang yang

mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas

kepada pembentukan kerajaan.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Yang manakah benar tentang negara?

a)

Negara merupakan suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal dan ditadbir oleh seorang Presiden.

b)

Negara merupakan suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir oleh seorang Raja.

c)

Negara merupakan suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir oleh sebuah Kerajaan.

d)

Negara merupakan suatu kelompok masyarakat yang menduduki sebuah wilayah dan ditadbir oleh sebuah parti politik yang memenangi pilihanraya.

6.

Semua pernyataan yang berikut adalah SALAH tentang sistem kerajaan kecuali....

a)

Kerajaan Kesatuan merupakan penyusunan politik yang membolehkan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pentadbiran.

b)

Kebanyakan kuasa pemerintahan dikekalkan oleh negeri-negeri dalam sistem Kerajaan Konfederasi.

c)

Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu dalam sistem Kerajaan Persekutuan.

d)

Kerajaan Kesatuan lebih kukuh dan stabil pertahanannya.

7.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri negara demokrasi seperti Malaysia?


I Segala kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan

Pusat

II Presiden ialah ketua negara

III Hak dan kebebasan rakyat terjamin

IV Pilihan raya yang bebas dijalankan untuk memilih

kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Yang benar tentang konsep Kerajaan Konfederasi?

a)

Kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah seimbang dalam semua aspek pemerintahan

b)

Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang lebih rendah

c)

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa autonomi masing-masing dalam bidang tertentu

d)

Kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat amat terhad dan kebanyakan kuasa terletak dalam tangan Kerajaan Negeri

9.

Yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?


I Badan yang sama menjalankan kuasa kerajaan.

II Sesuatu pihak tidak boleh terlibat dalam pengurusan

lebih daripada satu bidang kuasa pemerintahan.

III Pihak berkuasa yang lain tidak boleh mengganggu

tindakan yang diambil oleh sesuatu komponen

kerajaan.

IV Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa

yang dimiliki oleh pihak yang lain.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Apakah ciri-ciri utama birokrasi negara?


I Keputusan dibuat dengan cepat dan cekap

II Pembahagian dan pengkhususan kerja yang banyak

III Pentadbiran dan berhierarki panjang

IV Peraturan dan prosedur pentadbiran amat ringkas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

11.

Kerenah pentadbiran birokrasi ialah istilah yang merujuk kepada cara pentadbiran sebuah jabatan atau kementerian kerajaan. Yang manakah antara yang berikut menjelaskan istilah tersebut?

a)

Sistem pentadbiran sehala yang tidak boleh dipertikaikan arahannya

b)

Sistem pentadbiran tentera yang urusannya dirahsiakan daripada pengetahuan umum

c)

Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan yang bercorak demokrasi

d)

Sistem pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat dan proses pengurusan serta peraturan yang banyak

12.

Antara yang berikut, yang manakah salah tentang peranan dan tanggungjawab kerajaan?

a)

menentukan arah pentadbiran Negara

b)

mengeratkan perpaduan dan keharmonian

c)

menjaga kedaulatan Negara

d)

mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan sistem kerajaan di sesebuah negara?


I Kerajaan Persekutuan

II Kerajaan Monopoli

III Kerajaan Kapatalisme

IV Kerajaan Konfederasi

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

II dan IV

14.

Beliau merupakan tokoh penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada zaman penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perjanjian London telah ditandatangani. Bilakah Perjanjian London ini ditandatangani?

a)

31 Ogos 1957

b)

8 Februari 1956

c)

10 April 1957

d)

15 Mac 1956

15.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Antara berikut, yang manakah merupakan tugas utama suruhanjaya ini?


I Meninjau pandangan Sabah dan Sarawak mengenai

penubuhan Malaysia.

II Membuat syor-syor mengenai perlembagaan.

III Menyediakan memorandum mengenai cara

pembentukan Malaysia.

IV Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV