wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKDHK: SEJADAH RINDU

Total questions: 16

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah nilai bagi sajak Sejadah Rindu kecuali?

a)

Kesyukuran

b)

Keinsafan

c)

Rasional

d)

Kasih sayang

2.

Pilih tema sajak ini.

a)

Kehidupan dunia yang penuh cabaran dan dugaan yang perlu dilalui oleh penyajak.

b)

Pesanan penyajak terhadap golongan manusia yang hidup dalam kesusahan.

c)

Penyajak berpesan supaya kita bijak menjaga anggota badan.

d)

Keinsafan pada saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon agar diberi kesempatan untuk bertaubat.

3.

Berikut adalah bentuk sajak yang tepat.

a)

Mengandungi 15 rangkap.

b)

Berbentuk terikat

c)

Rima akhir adalah sama

d)

Berbentuk bebas

4.

Pilih cara-cara yang tepat supaya dapat mengelakkan diri daripada melalukan perbuatan buruk.

a)

Sentiasa mengingati mati

b)

Sentiasa muhasabah diri

c)

Sentiasa mencuba untuk baiki kesilapan diri

d)

Sentiasa ego dan meninggi diri

5.

Pilih pengajaran yang tepat bagi sajak ini.

a)

Kita hendaklah sentiasa menjauhi segala perbuatan yang keji.

b)

Kita mestilah sentiasa membuat refleksi terhadap segala perbuatan yang telah dilakukan.

c)

Kita hendaklah sentias ikhlas memohon keampunan dan tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan.

d)

Kita hendaklah sentiasa menyayangi antara ahli keluarga.

6.

Pilih persoalan yang tepat bagi sajak ini.

a)

Persoalan tentang pentingnya menjaga pertuturan agar tidak bercakap perkara negatif.

b)

Persoalan kepentingan mendirikan solat dan sentiasa bertaubat.

c)

Persoalan keinsafan seseorang yang telah banyak melakukan dosa.

d)

Persoalan tentang amalan bertaubat dan pentingnya mengakui kesilapan diri.

7.

Apakah maksud lusuh dalam rangkap keempat sajak ini?

a)

Perbuatan atau sikap

b)

Sudah lama dipakai

c)

Sejenis makanan

d)

Percakapan

8.

Mengapakah kita perlu sentiasa berasa insaf dan memohon keampunan daripada Tuhan?

a)

Supaya dapat menjadi manusia yang baik akhlak dan tingkah laku.

b)

Kerana manusia sentiasa melakukan dosa secara sedar atau tanpa segaja.

c)

Supaya dapat mengumpul harta kemewahan.

d)

Manusia tidak sempurna. Oleh itu, wajar untuk sentiasa meningkatkan amalan dan akhlak yang baik.

9.

Pilih jawapan yang menunjukkan contoh manusia yang mempunyai akhlak dan tingkah laku yang terpuji.

a)

Rajin mendirikan solat

b)

Membantu orang tua melintas jalan

c)

Mendengar nasihat ibu dan bapa

d)

Mengikuti amalan hedonisme bersama rakan-rakan

10.

Pilih gaya bahasa yang tepat bagi sajak ini.

a)

Metafora (sejadah rindu)

b)

Metafora (air mata)

c)

Metafora (terkedu aku)

d)

Metafora (sebelum saat aku dinisankan)

11.

Pilih contoh unsur bunyi yang tepat:

a)

Aliterasi: pengulangan bunyi vokal a dalam mengungkap kalimah syahdu

b)

Asonansi: pengulangan bunyi konsonan k dalam kupohon kembali nafas kehidupan

c)

Asonansi: pengulangan bunyi vokal a dalam mengungkap kalimah syahdu.

d)

Aliterasi: pengulangan bunyi konsonan k dalam kupohon kembali nafas kehidupan.

12.

Pada pendapat anda, mengapakah penyajak memohon kepada tuhan untuk mengembalikan nafas kehidupan?

a)

Supaya diberi lebih masa untuk bertaubat

b)

Supaya Tuhan dapat memberinya peluang untuk berjaya dalam kehidupan

c)

Supaya penyajak dapat mengisi waktu bersama keluarga

d)

Supaya penyajak dapat membetulkan segala kesilapan yang pernah dilakukannya

13.

Apakah yang anda faham tentang merekah keinsafan di hati yang beku?

a)

Segala rasa bersalah telah terbit dari kekerasan hati terdahulu

b)

Perasaan memberontak atas kesilapan yang dilakukan

c)

Perasaan simpati pada hati yang keras.

d)

Rindu untuk bertaubat

14.

Moga terbuka ruang keampunan,

Sebelum saat aku dinisankan,

Dimasa yang Kautetapkan.. Bait sajak ini bermaksud?

a)

Segala taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.

b)

Penyajak merayu agar beliau diberi petunjuk ke arah jalan kebenaran.

c)

Penyajak memohon agar dosanya diampunkan.

d)

Semoga Tuhan merahmati dirinya.

15.

Di sejadah rindu,

Mengungkap kalimah syahdu... Bait sajak ini bermaksud?

a)

Penyajak mengadu kepada Tuhan sambil memuji kehebatan dan kebesaran yang Maha Agung.

b)

Penyajak menyeru agar diberi kesempatan waktu untuk dirinya bertaubat.

c)

Penyajak dengan rasa berdosa mendirikan solat dengan penuh keinsafan.

d)

Penyajak berasa sedih atas dosanya yang telah lalu.

16.

Pilih tema sajak ini.

a)

Kehidupan dunia yang penuh cabaran dan dugaan yang perlu dilalui oleh penyajak.

b)

Pesanan penyajak terhadap golongan manusia yang hidup dalam kesusahan.

c)

Penyajak berpesan supaya kita bijak menjaga anggota badan.

d)

Keinsafan pada saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon agar diberi kesempatan untuk bertaubat.