NEW
Font size
WorksheetsRBTS3093 PEDAGOGI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH
Total questions: 20
Worksheet time: 30mins
Apakah hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diperkenalkan kepada murid bermula dari tahun 4 hingga Tahun 6 (Tahap 2)
Menghasilkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir
Menghasilkan murid yang bijak serta mempunyai sahsiah terbaik
Menghasikan murid yang berkemahiran dalam semua bidang
Menghasilkan murid yang mampu melaksanakan tugasan dengan baik
Pentaksiran dapat membantu meningkatkan keupayaan dan penguasaan murid, justeru itu guru haruslah melaksanakan pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
I. Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan murid
II. Mentaksir tahap penguasaan berdasarkan Standard Pembelajaran tertentu sahaja
III. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti ujian penulisan, pemerhatian dan lisan
IV. Dilakukan secara objektif dan adil tanpa ada diskriminasi atau peluang yang sama rata terhadap murid
I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
I, II, III dan IV
"Satu kaedah di mana murid dapat membina pengetahuan sendiri atau konsep baharu secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperoleh dalam pengajaran dan pembelajaran"
Berdasarkan pernyataan di atas, definisikan pendekatan pengajaran tersebut?
Pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Murid diarahkan untuk membuat satu laporan lengkap berkaitan dengan perniagaan penjaja kecil yang menjual makanan di pinggir jalan raya atau di pasar. Bagi menghasilkan laporan tersebut murid perlu mendapat maklumat lengkap dengan penjaja tersebut melalui kaedah temu bual
Berdasarkan petikan di atas, apakah nama pendekatan pengajaran tersebut?
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Berasaskan Ketrampilan
Pembelajaran Berasaskan Amali/Praktikal
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran ini dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan praktikal. Ia juga dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang kerjaya dan peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Aktif
Pendekatan Objektivisme
Pembelajaran Berasaskan Amali/Praktikal
Semasa permulaan pengajaran amali, cikgu Ahmad telah mengarahkan muridnya untuk diam dan fokus serta menumpukan perhatian terhadap demontrasi yang akan ditunjukkannya.
Demontrasi cikgu Ahmad ini merujuk kepada?
Teknik
Kaedah
Strategi
Pendekatan
Selain menyediakan perancangan tahunan dan harian, guru perlu:
I. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid
II. Menggunakan pelbagai sumber bahan pendidikan yang sesuai dengan tajuk yang dipelajari
III. Mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap topik atau tajuk pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai
IV. Merancang dan merekod hasil pentaksiran formatif atau sumatif untuk mengukur prestasi pencapaian murid dari semasa ke semasa
I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
I, II, III dan IV
‘Mengenal pasti jenis garisan dalam lakaran reka bentuk’ merupakan salah satu Standard Pembelajaran (SP).
Objektif yang paling tepat berdasarkan kepada SP tersebut adalah
Murid dapat membezakan 5 jenis garisan dalam lakaran reka bentuk
Murid dapat melabelkan 5 jenis garisan dalam lakaran reka bentuk
Murid dapat membandingkan 5 jenis garisan dalam lakaran reka bentuk
Murid dapat mengenali 5 jenis garisan dalam lakaran reka bentuk
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas seperti yang telah dinyatakan dalam DSKP.
Nyatakan unsur EMK tersebut.
I. Bahasa
II. Patriotisme
III. Keyakinan Diri
IV. Kelestarian Alam Sekitar
I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
I, II, dan IV
Bahan bantu mengajar (BBM) yang paling sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Produk Bertema untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Model
Grafik
Gambar
Buku Teks
Penggunaan alatan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran telah terbukti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (pdp) kerana
I. pencarian maklumat lebih mudah
II. penjelasan sesuatu topik lebih mudah
III. murid mudah memahami isi pengajaran
IV. masa mengajar lebih jimat dan silibus dapat dihabiskan mengikut tempoh yang ditetapkan
I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
I, II, dan IV
Semasa membuat penerangan berkaitan dengan proses mereka bentuk projek kepada murid, apakah jenis carta terbaik yang boleh guru gunakan dalam pengajaran.
Carta alir
Carta pai
Carta graf
Carta pusing
“Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mereka bentuk dan membina produk.”
Pernyataan di atas merujuk kepada Tahap Penguasaan (TP) yang murid perlu capai dalam KSSR RBT.
Berapakah TP yang berkaitan dengan pernyataan di atas.
1
2
3
4
Pilih pernyataan yang sesuai untuk menggambarkan konsep Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
I. Merupakan proses yang berterusan
II. Membantu pihak ibu bapa merancang tindakan susulan
III. Melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi
IV. Memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran
I, II
I, II, III
I, III, IV
I, II, IV
“Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk membuat perancangan strategik atau langkah yang perlu diambil sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran ke arah mengupayakan pembelajaran murid”
Pernyataan di atas menjelaskan mengenai satu pentaksiran. Apakah nama pentaksiran tersebut
Pentaksiran kendiri
Pentaksiran sumatif
Pentaksiran diagnostik
Pentaksiran rakan sebaya
Apakah jenis pentaksiran yang paling sesuai untuk mentaksir standard kandungan berikut :
“Menerangkan kepentingan reka bentuk pembungkusan produk"
Lisan
Penulisan
Pemerhatian
Amali
Pentaksiran dalam pendidikan adalah untuk:
I. menginterpretasi maklumat
II. memberi nilai kepada maklumat
III. integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran murid
IV. membuat inferens dan membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid
I, II
I, II, III
I, III, IV
I, II, III, IV
Fatimah adalah seorang murid yang boleh menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi dengan guru dan murid yang lain.
Kenyataan di atas menunjukkan bahawa
Fatimah tahu
Fatimah tahu dan faham
Fatimah tahu, faham dan boleh buat
Fatimah tahu tetapi agak kurang faham
Apakah tujuan utama semua guru wajib untuk membuat pelaporan dalam PBD.
Menilai prestasi guru
Mengikut arahan KPM
Menambah baik PdP guru
Sebagai bukti perlaksanaan PdP guru
Berikut merupakan pentaksiran secara formatif:
I. Ujian Diagnostik
II. Peperiksaan Bulanan
III. Peperiksaan akhir tahun
IV. Peperiksaan pertengahan tahun
I, II
I, II, III
I, III, IV
I, II, IV
