WorksheetsSejarah T1B8 Tamadun Islam & Sumbangannya
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Mengapakah zaman sebelum kedatangan Islam disebut Zaman Jahiliah?
A. Teknologi yang sangat terbatas
B. Kebijaksanaan manusia terhad
C. Tidak mempunyai kepercayaan khusus
D. Manusia hidup tanpa petunjuk nabi dan kitab suci
Rajah berikut berkaitan dengan kota penting di Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam.
X = Makkah / Madinah / Taif
Apakah X?
A. Najd
B. Hijaz
C. Yaman
D. Hadramaut
Antara yang berikut, manakah kelompok kumpulan kabilah masyarakat Arab Makkah sebelum kedatangan Islam?
I. Badwi
II. Hadhari
III. Yahudi
IV. Nasrani
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah.
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan amalan sistem tersebut?
A. Bermegah dengan kabilah
B. Diketuai oleh seorang sayid
C. Mempunyai identiti berbeza
D. Saling membantu apabila diserang
Antara yang berikut, yang manakah dapat menerangkan istilah kafilah?
A. Suku kaum atau bangsa
B. Pemimpin pengganti nabi
C. Semangat kesukuan yang tebal
D. Rombongan membawa dagangan
Senarai berikut berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah.
> Al Latta / Al Manat / Hubal <
Senarai tersebut berkaitan dengan
A. agama Wathani
B. unsur animisme
C. pengikut Nasrani
D. laluan perdagangan
Apakah maksud istilah berikut?
> Akidah <
A. Budi pekerti
B. Hukum Islam
C. Keimanan yang diyakini
D. Firman Allah SWT kepada nabi
Maklumat berikut berkaitan dengan penerimaan wahyu pertama, surah al Alaq (ayat 1 - 5) oleh Nabi Muhammad SAW.
6 Ogos 610 M / 17 Ramadhan
Gua Hira', Makkah
Apakah seruan terhadap umat Islam melalui surah tersebut?
A. Menimba ilmu
B. Menyebarkan agama
C. Hidup bersatu padu
D. Menjauhi amalan jahiliah
Apakah persamaan tokoh berikut?
Ali bin Abi Talib = Zaid bin Harithah
A. Penentangan ajaran Islam
B. Pemimpin Arab Quraisy
C. Wakil nabi ke negara luar
D. Individu terawal memeluk Islam
Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kerajaan Islam dalam proses penyebaran Islam.
> Memainkan peranan menyebabkan ilmu hingga ke Eropah
> Islam berkembang hingga ke Samaniyah di Transoxania
Nyatakan kerajaan yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.
A. Bani Umaiyah
B. Bani Abbasiyah
C. Turki Uthmaniyah
D. Madinah Al Munawarah
Apakah tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membangunkan ekonomi masyarakat Madinah?
A. Membangunkan tanah terbiar
B. Menamatkan monopoli kaum Yahudi
C. Menamatkan amalan riba dalam jual beli
D. Mengutamakan perdagangan dalam negara
Pasar Suq Al Ansar dibangunkan untuk memajukan ekonomi umat Islam.
Siapakah yang diamanahkan untuk mendirikan pasar tersebut?
A. Ali bin Abi Talib
B. Abu Bakar Al Siddiq
C. Abdul Rahman bin Auf
D. Al Arqam bin Abi Al Arqam
Peperangan hanya boleh dilakukan dengan izin Allah SWT.
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tujuan peperangan menurut ajaran Islam?
A. Meluaskan pengaruh
B. Menyebarkan agama Islam
C. Memperkukuhkan kedudukan pemerintah
D. Mempertahankan maruah agama dan negara
Rajah berikut merujuk kepada amalan dalam kehidupan bernegara kesan perkembangan Tamadun Islam.
X = Mesyuarat untuk mencapai keputusan secara muafakat
Apakah amalan X?
A. Toleransi
B. Demokrasi
C. Sistem syura
D. Konsep ummah
Mengapakah sistem berikut diwujudkan dalam amalan ekonomi Islam?
> Zakat / Wakaf <
A. Mengelakkan amalan boros
B. Membangunkan umat Islam
C. Mencegah penipuan peniaga
D. Mengaplikasikan konsep keadilan
Mengapakah Islam melarang keras amalan riba?
A. Merugikan golongan peniaga
B. Menjaga kebajikan masyarakat
C. Menghancurkan konsep keadilan
D. Menggalakkan amalan berjimat
Maklumat berikut merujuk kepada keistimewaan seorang ilmuwan Islam.
> Menghasilkan lebih 270 karya pelbagai bidang ilmu.
> Ideanya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Descartes
Tokoh yang dimaksudkan ialah
A. Ibn Sina
B. Al kindi
C. Al Biruni
D. Al Battani
Apakah sumbangan Al Khawarizmi terhadap perkembangan Tamadun Islam?
A. Falsafah
B. Perubatan
C. Astronomi
D. Matematik
Gambar berikut berkaitan dengan seni bina di dalam sesebuah masjid.
Apakah gambar?
A. Kubah
B. Mihrab
C. Menara
D. Mimbar
Nyatakan masjid yang mempunyai keunikan seperti berikut.
> Pintu gerbang yang besar
> Bumbung berbentuk bawang dan lengkung menirus
A. Masjid Moti, India
B. Masjid Cordoba, Sepanyol
C. Masjid Tengkera, Malaysia
D. Masjid Sultan Ahmad, Turki
