wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.


Amalan membaca merupakan amalan yang mulia. Malangnya, kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kurang minat membaca. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan mengamalkan sikap suka membaca di rumah. Amalan ini perlu dipupuk sejak kecil supaya menjadi kebiasaan.

a)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

Melentur buluh biarlah dari rebung.

d)

bagai enau dalam belukar

2.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.


Rosnah akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan. Rosnah berasa cemas apabila jurusoleknya tidak dapat hadir kerana terlibat dalam kemalangan. Di saat- saat akhir, mak ciknya telah menawarkan diri untuk menjadi jurusoleknya.

a)

lipas kudung

b)

buaya darat

c)

Mati kutu.

d)

Bidan terjun.

3.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.


Sarina tidak sedih walaupun dia hidup serba kekurangan. Sarina berazam untuk mengubah nasib keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya, Sarina bergelar jutawan berjaya. Walau bagaimanapun, Sarina tidak sombong dan bongkak. Sarina sering menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan.

a)

ayam tambatan

b)

Berakit-rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersusah- susah dahulu, bersenang- senang kemudian.

c)

Murah hati.

d)

anak emas

4.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.


Perhubungan antara Liya dengan adik-beradiknya keruh sementara akibat salah faham. Mereka berbaik semula setelah mengetahui perkara sebenar.

a)

Air dicencang tidak akan putus

b)

Di mana ada gula, di situ ada semut.

c)

Marahkan nyamuk kelambu dibakar

d)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

5.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut


Banyak peluang pekerjaan dibuka kepada orang ramai di kawasan perindustrian yang baharu dibuka itu.

a)

Di mana ada gula, disitu ada semut

b)

anak angkat

c)

kaki langit

d)

bagai murai tercabut ekor

6.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut


Penduduk kampung bergotong-royong membina semula jambatan yang roboh akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

c)

bagai isi dengan kuku

d)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

7.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut


Lim Zhen hanya menurut setiap arahan yang diberikan oleh ketuanya tanpa sebarang bantahan.

a)

Bagai katak di bawah tempurung

b)

Seperti lembu dicucuk hidung.

c)

Bagai murai tercabut ekor

d)

bagai bulan dipagar bintang

8.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut


Hana merungut kerana kemudahan yang ditawarkan di tempat pelancongan itu tidak seperti yang ditawarkan dalam iklan yang dibacanya.

a)

seperti ayam berak kapur

b)

Indah khabar daripada rupa

c)

seperti kera kena belacan

d)

seperti kacang lupakan kulit

9.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut


Haikal mengupah Fuad memelihara ikan keli di kolam ikannya, tetapi Fuad menangkap ikan- ikan itu lalu menjualnya di pasar.

a)

seperti mencurahkan air ke daun keladi

b)

seperti katak di bawah tempurung

c)

Harapkan pegar, pegar makan padi.

d)

seperti embun di hujung rumput

10.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan tersebut


Pasangan suami isteri yang telah lama tidak mempunyai anak itu telah menjadikan Amelina sebagai ____________ .

a)

anak ikan

b)

anak derhaka

c)

anak tunggal

d)

anak angkat