Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F4 AUG PERN P1

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

mewujudkan peluang pekerjaan

b)

membantu masyarakat setempat

c)

meningkatkan pendapatan negara

d)

menawarkan barang dan perkhidmatan

2.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Perkasa Sdn.Bhd.

  • ~Syarikat telah membina tiga buah pondok rehat di taman rekreasi berhampiran.

Syarikat Perkasa telah menggunakah keuntungannya untuk

a)

memajukan lagi perniagaan

b)

membantu masyarakat setempat

c)

membayar ganjaran kepada pekerjanya

d)

mendapat keyakinan daripada pelabur

3.

Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan yang mempunyai ciri berikut

  • ~mudah ditubuhkan
  • ~pemilik mempunyai kuasa penuh
  • ~kadar cukai rendah
a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat Sendirian Berhad

4.

Apakah tujuan kewujudan organisasi bukan bermotifkan untung?

i. mewujudkan kesedaran tentang sesuatu perkara

ii. mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat

iii. memperoleh keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan

iv. membantu golongan kurang bekemampuan mendapatkan keperluan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

5.
  • ~Tepung, beras dan minyak masak adalah antara barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi

Pernyataan di atas menunjukkan barang tersebut

a)

dijual pada harga kos

b)

dijual di atas harga kos

c)

dijual di bawah harga kos

d)

diberikan secara percuma

6.

Pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Jangka hayat adalah kekal

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hingga 50 orang

d)

Perniagaan boleh diteruskan jika terdapat rakan kongsi yang meninggal dunia

7.
  • ~Syer tidak boleh dipindahmilik tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah.

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri

a)

perkongsian

b)

syarikat awam berhad

c)

syarikat jaminan berhad

d)

syarikat sendirian berhad

8.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan perniagaan perkongsian.

  • ~Rakan kongsi yang menyumbangkan nama sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan

Rakan kongsi di atas merujuk kepada

a)

rakan kongsi aktif

b)

rakan kongsi lelap

c)

rakan kongsi berhad

d)

rakan kongsi norminal

9.

Mengapakah para peniaga lebih cenderung mendaftar perniagaan mereka sebagai syarikat sendirian berhad?

a)

tidak perlu membayar cukai yang banyak

b)

peniaga menghadapi liabiliti terhad

c)

perniagaan mudah diuruskan

d)

perniagaan mudah dibentuk

10.

Anatar yang berikut, pernyataan manakah benar tentang ciri-ciri umum perniagaan francais?

i. Francaisi perlu membuat bayaran dalam bentuk royalti

ii. Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor

iii. Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniagaan bersama-sama

iv. Francaisor mengalami kehilangan hak pemilik perniagaan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

11.

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil?

a)

masalah aliran tunai

b)

kos upah yang tinggi

c)

sukar untuk mengubah strategi perniagaan

d)

susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan