wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Andaian, Prinsip dan Batasan Perakaunan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Perniagaan perlu menyimpan rekod transaksinya berasingan daripada rekod transaksi peribadi pemiliknya.

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Tempoh perakaunan

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

2.

Prinsip ini memastikan wujudnya KONSISTENSI dalam prosedur perakaunan yang digunakan oleh perniagaan.

a)

Ketekalan

b)

Usaha berterusan

c)

Prinsip catatan bergu

d)

Entiti berasingan

3.

Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti dinyatakan dalam nilai mata wang diguna pakai di sesebuah negara.

a)

Ketekalan

b)

Tempoh perakaunan

c)

Catatan bergu

d)

Wang sebagai ukuran

4.

Andaian menyatakan bahawa semua aktiviti kewangan perniagaan diandaikan beroperasi dalam tempoh masa yang tidak terbatas.

a)

Usaha berterusan

b)

Ketekalan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Prinsip catatan bergu

5.

Semua aset perniagaan hendaklah dinilai dan direkod dalam Penyata Kewangan berdasarkan harga sebenar dan bukannya nilai pasaran semasa aset.

a)

Entiti berasingan

b)

Pengiktirafan hasil dan belanja

c)

Kos sejarah

d)

Materialiti

6.

Setiap urus niaga direkod dua kali dalam akaun berasingan iaitu satu didebitkan dan satu akaun lagi dikreditkan.

a)

Metarialiti

b)

Pemadanan

c)

Kos sejarah

d)

Sistem catatan bergu

7.

Seorang juru solek mengenakan bayaran RM200 bagi setiap pelanggan menggunakan perkhidmatannya.

a)

Metarialiti

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Entiti berasingan

d)

Prinsip catatan bergu

8.

Butik Kapas menetapkan bahawa tempoh perakaunan perniagaannya adalah bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.

a)

Tempoh perakaunan

b)

Wang sebagai ukuran

c)

Ketekalan

d)

Prinsip kos

9.

Berjaya Industries berhasrat membeli sebuah mesin yang lebih canggih dan dijangka dapat meningkatkan keuntungan untuk beberapa tahun akan datang.

a)

Metarialiti

b)

Pemadanan

c)

Usaha berterusan

d)

Kos sejarah

10.

Kedai Tan menerima bil elektrik pada 30 Disember 2019. Namun begitu, Tan menjelaskan bil berkenaan pada bulan Januari 2020.

a)

Pengiktirafan hasil dan belanja

b)

Ketekalan

c)

Kos sejarah

d)

Konsep catatan bergu

11.

Jessy mengambil stok perniagaan untuk kegunaan peribadi. Perkara ini direkod dalam Akaun Ambilan.

a)

Tempoh perakaunan

b)

Usaha berterusan

c)

Wang sebagai urusan

d)

Entiti berasingan

12.

Sebuah kenderaan perniagaan dibeli oleh Perniagaan ABC pada tahun 2017. Pada tahun 2019, kenderaan tersebut tetap direkod dengan nilai yang sama.

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Entiti berasingan

c)

Kos sejarah

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

13.

Perniagaan BB membeli stok secara tunai. Urusniaga tersebut telah di debitkan ke Akaun Belian dan dikreditkan ke Akaun Tunai.

a)

Wang sebagai ukuran

b)

Ketekalan

c)

Kos sejarah

d)

Prinsip catatan bergu

14.

Pak Abu merekodkan hasil jualan nasi dan belian stok dalam nilai mata wang Ringgit Malaysia.

a)

Metarialiti

b)

Tempoh perakaunan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Prinsip catatan bergu

15.

Perniagaan Ross menggunakan kaedah susut nilai yang sama dalam penyediaan Penyata Kewangan perniagaannya.

a)

Ketekalan

b)

Prinsip catatan bergu

c)

Usaha berterusan

d)

Metarialiti