wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 KERAJAAN DARI ASPEK EKONOMI (BAB 2)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Peranan kerajaan dalam menangani pertumbuhan ekonomi mengikut peringkat?


I Peringkat daerah

II Peringkat negara

III Peringkat serantau

IV Peringkat tempatan

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I, II dan IV

2.

Di peringkat negara, kerajaan menggunakan kuasanya untuk meningkatkan ekonomi negara melalui beberapa dasar.

a)

Dasar fiskal dan dasar ekonomi

b)

Dasar fiskal dan dasar kewangan

c)

Dasar ekonomi dan dasar undang-undang

d)

Dasar undang-undang dan dasar kewangan

3.

Sesebuah negara dianggap mencapai guna tenaga penuh apabila (a)   (pengangguran geseran).

4.

Pengangguran merupakan satu daripada isu negara. Punca masalah pengangguran ini ialah:

a)

Kemelesetan ekonomi

b)

Penggantian buruh kepada mesin

c)

Perubahan dasar-dasar kerajaan memansuhkan kelayakan tertentu

d)

Buruh yang kurang berkelayakan dan berkemahiran

5.

Pengangguran terbahagi kepada empat jenis iaitu:

  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________


(a)  

6.

Pihak majikan hanya boleh menggunakan mesin-mesin moden ini untuk proses tertentu yang tidak boleh dilaksanakan oleh buruh.

a)

Pengangguran struktur

b)

Pengangguran kitaran

c)

Pengangguran bermusim

d)

Pengangguran teknologi

7.

Pihak kerajaan memberi galakan kepada majikan supaya membenarkan pekerja terus bekerja dengan insentif tertentu.

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran bermusim

d)

Pengangguran teknologi

8.

Inflasi merupakan (a)   untuk semua barang dan perkhidmatan secara menyeluruh dan serentak dari semasa ke semasa dalam ekonomi.

9.

Jenis-jenis inflasi terbahagi kepada _____________, _____________, _____________, ______________, _____________.

(a)  

10.

Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis inflasi.


Apabila harga tepung gandum naik, penjual kuih terpaksa menaik harga dan pembeli akan menanggung kenaikan kos pengeluaran tersebut.


Apakah jenis inflasi yang sesuai?

a)

Inflasi tolakan kos

b)

Inflasi tarikan permintaan

c)

Inflasi pentadbiran harga

d)

Inflasi bekalan wang

11.

Semasa musim hujan, pengeluaran ayam oleh penternak ayam adalah kurang disebabkan oleh faktor cuaca. Pada masa yang sama, permintaan terhadap ayam adalah tinggi dan ini menyebabkan harga ayam melambung.


Apakah jenis inflasi yang terlibat berdasarkan maklumat di atas?

a)

Inflasi pentadbiran negara

b)

Inflasi bekalan wang

c)

Inflasi yang diimport

d)

Inflasi tarikan permintaan

12.

Masyarakat terpaksa mengurangkan penggunaan pendingin hawa agar kos utiliti dapat dijimatkan

a)

Pendapatan negara menurun

b)

Kehilangan daya saing

c)

Mengurangkan taraf hidup

d)

Meningkatkan kos sara hidup

13.

Pada tahun 1996, nilai RM50 adalah besar dan dapat membeli barang dalam kuantiti yang banyak. Manakala pada tahun 2016, kuantiti barang yang boleh dibeli dengan RM50 semakin berkurangan.

a)

Meningkatkan kos sara hidup

b)

Kehilangan daya saing

c)

Mengurangkan kuasa beli

d)

Pengurangan pendapatan benar

14.

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menangani inflasi

a)

Mengawal bekalan

b)

Mengawal permintaan

c)

Melaksanakan dasar kewangan

d)

Menyediakan peluang perniagaan

15.

Deflasi ditakrifkan sebagai (a)   dibawah inflasi sifar.

16.

Deflasi merupakan satu daripada masalah yang ada dalam ekonomi sesebuah negara. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan deflasi?


I Kos sara hidup meningkat

II Tingkat harga umum meningkat

III Pemberhentian pekerja meningkat

IV Perkembangan dalam aktiviti ekonomi menjadi perlahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.
  • Sebahagian besar individu bertindak menyimpan wang di bank kerana pihak bank menawarkan kadar faedah yang tinggi.
  • Memberi pulangan keuntungan yang tinggi kepada para pendeposit.


Apakah punca berlakunya deflasi dalam sesebuah negara?

a)

Peningkatan jumlah barangan di pasaran

b)

Penurunan simpanan wang sendiri

c)

Permintaan terhadap barangan semakin berkurangan

d)

Polisi ekonomi makro

18.

Apabila berlaku banjir di sesebuah negeri, kerajaan telah bersiap sedia menyediakan bekalan makanan untuk mangsa banjir. Jadi, kenaikan harga barang yang mendadak dapat dikawal dan inflasi bekalan wang dapat dielakkan


Apakah langkah yang wajar perlu diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani inflasi?

a)

Mengawal bekalan

b)

Mengawal permintaan

c)

Menyediakan peluang perniagaan

d)

Mengurangkan pengimportan produk

19.

Pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan cara menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu supaya ia dapat mengawal bekalan dan harga sesuatu produk. Kaedah ini membolehkan keadaan ekonomi menjadi stabil.


Apakah peranan kerajaan yang sesuai berdasarkan maklumat di atas?

a)

Melaksanakan dasar fiskal

b)

Melaksanakan dasar kewangan

c)

Melaksanakan dasar kawalan langsung

d)

Melaksanakan dasar sebelah penawaran

20.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah:

a)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

b)

Mewujudkan pusat-pusat perniagaan

c)

Menyediakan kemudahan infrastruktur awam

d)

Menggubal undang-undang kecil perniagaan

e)

Membuat promosi untuk menarik pelabur tempatan dan pelabur asing