wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz tatabahasa Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pintu pagar rumah Encik Teoh telah dikunci dengan ________.

a)

mangga

b)

kunci

c)

tenggala

d)

kayu

2.

Pak Mat menangkap ikan dengan serawan ________.

a)

kertas

b)

kanvas

c)

jala

d)

kain

3.

Zamarul membeli sebuah komputer riba berjenama _________ untuk kegunaan peribadi.

a)

Acer

b)

Waja

c)

Olympus

d)

Nokia

4.

____________ itu membanting padi yang telah masak di tengah sawah.

a)

Kerani

b)

Nelayan

c)

Peniaga

d)

Petani

5.

Kakak saya telah mendapat segulung ijazah selepas tiga tahun menuntut di _____________.

a)

Tadika Cemerlang

b)

Universiti Malaya

c)

Sekolah Rendah Kebangsaan Abdullah

d)

Sekolah Menengah Tinggi Setapak

6.

"Cikgu, ________ ingin mendapatkan borang penyertaan pertandingan melukis," kata Rais dan Ann kepada Cikgu Lee.

a)

kami

b)

saya

c)

kita

d)

beta

7.

"Segala perintah tuanku akan _________ junjung," kata Bendahara Tun Perak.

a)

saya

b)

hamba

c)

patik

d)

kami

8.

Ibu melarang adik __________ televisyen hingga larut malam.

a)

menjenguk

b)

menuntun

c)

menonton

d)

menuntut

9.

Mak Timah _________ sate untuk menjamu tetamunya.

a)

menggoreng

b)

memanaskan

c)

membakar

d)

mengasap

10.

Telefon bimbit yang _________ itu mempunyai pelbagai fungsi.

a)

kukuh

b)

gigih

c)

kolot

d)

canggih

11.

Wajah kakak kelihatan ber________ setelah bersolek.

a)

bestari

b)

seri

c)

ceria

d)

bersih

12.

Semua murid Tahun Enam Bestari mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR ___________ Wei Seng.

a)

sekiranya

b)

kecuali

c)

atau

d)

walaupun

13.

________ menunggu ketibaan jurulatih, para pemain bersembang di bawah sebatang pokok yang rendang.

a)

Manakala

b)

Kalau

c)

Jika

d)

Sementara

14.

Kejayaan Jamal telah menjadi pendoorng ______________ semua murid di sekolah ini.

a)

daripada

b)

kepada

c)

dengan

d)

untuk

15.

Rumah Ali _________ dengan Sungai Perak.

a)

mendekati

b)

berdekatan

c)

mendekatkan

d)

pendekatan

16.

Harta benda mangsa-mangsa banjir telah _________ air bah.

a)

kehanyutan

b)

berhanyutan

c)

menghanyutkan

d)

dihanyutkan

17.

Suasana di pasar malam ini _____________.

a)

riuh-rendah

b)

kacau-bilau

c)

lintang-pukang

d)

gelap-gelita

18.

Bunyi yang mersik boleh menyebabkan kerosakan pada _________ telinga.

a)

gegendang

b)

lelangit

c)

jejari

d)

dedaun

19.

Pak Mat menebarkan se_______ ala ke dalam laut untuk menangkap ikan.

a)

rawan

b)

kawan

c)

helai

d)

keping

20.

Pekerja-pekerja sangat menghormati Encik Lim yang bersikap adil itu kerana beliau tidak pernah _____________ antara mereka.

a)

tahi minyak

b)

senyum kambing

c)

pilih kasih

d)

perang mulut