wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM2019

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.
  1. Antara yang berikut yang manakah akibat buruk munafik?
a)

A Menyekat kebebasan berfikir.

b)

B Terpengaruh dengan kebendaan.

c)

C Membazir harta, tenaga dan masa.

d)

D Menghilangkan sikap percaya-mempercayai.

2.
  • Membatalkan iman
  • Menyekat akal berfikir secara logik
  • Membazir masa, tenaga dan harta

Perkara di atas merujuk kepada akibat perbuatan

a)

A syirik

b)

B kufur

c)

C khurafat

d)

D sihir

3.

Antara yang berikut yang manakah bukan pengertian kemanisan iman?

a)

A Mengasihi sesama manusia kerana Allah

b)

B Berasa gembira apabila melakukan ibadah

c)

C Mengutamakan Allah dan RasulNya lebih daripada harta benda

d)

D Sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan RasulNya

4.
  • Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan
  • Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah - belah
  • Dihukum bunuh

Pernyataan di atas merujuk kepada golongan

a)

A murtad

b)

B musyrik

c)

C munafik

d)

D mulhid

5.

Kelebihan mengerjakan Haji Ifrad ialah

a)

A tempoh masa mengerjakannya lebih panjang

b)

B memberi kesenangan semasa dikerjakan

c)

C haji dan umrah dilakukan berasingan

d)

D tidak dikenakan dam

6.

Berikut ialah maksud berkemampuan dalam ibadah haji kecuali

a)

A mampu menyediakan tambang perjalanan.

b)

B mempunyai kenderaan pergi dan balik.

c)

C menyelesaikan semua hutang.

d)

D mempunyai kesempatan masa.

7.

Haji Hamid dikenakan membayar Dam Tertib Takdir.

Antara yang berikut yang manakah kesalahan yang beliau lakukan?

a)

A Menunaikan Haji Qiran

b)

B Memburu binatang buruan

c)

C Memakai minyak pada rambut

d)

D Mencabut pokok di tanah haram.

8.

Perkara yang membatalkan syarikat

  • Kematian rakan kongsi
  • X
  • Gila berterusan

Antara yang berikut yang manakah pernyataan paling tepat bagi X?

a)

A Tidak menepati syarat syarikat.

b)

B Rakan kongsi syarikat murtad.

c)

C Rakan kongsi mungkir janji.

d)

D Syarikat mengalami kerugian.

9.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai korban.

a)

A Satu pertiga daripada daging dibuat jamuan untuk orang ramai

b)

B Dagingya sunat dimasak manis sebelum dibahagikan.

c)

C Dilakukan pada Hari Raya Haji dan Hari Tasyrik

d)

D Menyembelih binatang ternakan tertentu

10.

Kesan berpoligami terhadap individu sekiranya dilakukan tidak mengikut peraturan Islam ialah

a)

A mendapat kemurkaan Allah swt

b)

B anak-anak tidak mendapat perhatian

c)

C merenggangkan hubungan kekeluargaan

d)

D wujud perasaan tidak puas hati antara isteri-isteri

11.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai anak angkat.

a)

A Batas-batas pergaulan tertentu dengan keluarga angkat

b)

B Haram membinkan atau membintikan kepada bapa angkat

c)

C Anak angkat boleh mendapat harta keluarga angkat melalui hibah

d)

Anak angkat boleh menerima wasiat melebihi 1/3 harta keluarga

12.
  • Mengurus sumber pendapatan negara
  • Mengawal perbelanjaan negara

Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi _____________ pada zaman kerajaan bani Abbasiah.

a)

A Baitulmal

b)

B Baitulhikmah

c)

C Dewan al- Nafakah

d)

D Dewan al-Kharaj

13.

Khalifah al-Makmun telah menjadikan ____________________ sebagai Pusat Penterjemahan Negara.

a)

A al-Kuttab

b)

B Baitulmal

c)

C Baitulhikmah

d)

D Madrasah Nizamiah

14.

Jabatan manakah yang menguruskan sistem pengairan dan saliran pada zaman kerajaan bani Abbasiah?

a)

A al-Bahriah

b)

B al-Massahun

c)

C Dewan al-Ard

d)

D Dewan al-Ma'

15.

Semua yang berikut ialah sumbangan Ibnu sina dalam bidang perubatan kecuali

a)

A terciptanya benang khusus untuk menjahit luka pembedahan

b)

B menemukan penyakit Rubella dan alahan

c)

C penciptaan X-Ray dan Ultrasound

d)

D menghasilkan ubat bius

16.
  • Menimbulkan kesedaran untuk berjuang membebaskan tanah air
  • Umat Islam bersatu melalui gagasan "al-jamiah al-Islamiah"
a)

A Haji Abdul Malik bin Abdul Karim

b)

B Sayid Jamaludin al-Afghani

c)

C Sheikh Muhammad Abduh

d)

D Sheikh Tahir Jalaludin

17.

Struktur organisasi ketenteraan kerajaan bani Abbasiah

Al-Khalifah > Y > Dewan al-Jund (Kementerian Pertahanan)

Y dalam rajah di atas ialah

a)

A Al-Qadhi

b)

B Al-Wazir

c)

C Dewan al-'Ard

d)

D Dewan al-Tasnif

18.

Antara adab berzikir adalah menggunakan suara yang

a)

A nyaring

b)

B perlahan

c)

C berlagu

d)

D merdu

19.

Antara yang berikut yang manakah faedah kemudahan awam kepada individu?

a)

A Menjalin semangat perpaduan

b)

B Menarik minat pelancong

c)

C Memupuk sifat toleransi

d)

D Menjimatkan perbelanjaan

20.

Z :

  • Mentaatinya
  • Memberi sokongan yang padu
  • Menasihatinya dengan cara yang baik

Z dalam rajah di atas ialah adab

a)

A pemimpin terhadap negara

b)

B pemimpin terhadap rakyat

c)

C rakyat terhadap pemimpin

d)

D rakyat terhadap negara

21.

Tidak percaya kepada Allah SWT serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW ialah pengertian

(a)  

22.

Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya berfikir.

Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian

(a)  

23.

Menurut syarak istilah (a)   ialah hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan

24.

Prinsip akidah Ahli Sunah Waljamaah ialah berpegang teguh kepada (a)   dan al-Sunah

25.

Pengertian (a)   merujuk kepada orang yang tidak taat kepada Allah SWT dan rasul, melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil

26.

Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah SWT Mengisytiharkan Qadyan sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri kesesatan ajaran (a)  

27.

(a)   ialah perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah daripada sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang ditentukan

28.

Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu ialah pengertian bagi

(a)  

29.

Sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman ialah pengertian

(a)  

30.

M =

Memberi nafkah zahir dan batin Memberi layanan yang baik Memberi didikan

M dalam rajah di atas ialah tanggungjawab

(a)  

31.

Struktur organisasi Mahkamah Syariah Malaysia

Mahkamah Rendah Syariah > Mahkamah Tinggi Syariah > N

N dalam rajah di atas ialah

(a)  

32.

Sheikh Muhammad Abduh merupakan tokoh (a)   yang penting dalam sejarah umat Islam khususnya dalam bidang pendidikan

33.

Kitab (a)   merupakan karya Imam al-Syafii yang paling masyhur

34.

"Maksud: Kamu tidak sekali-kali akan mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu berikan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi -Surah ali-Imran:92"

Memberi barang yang disyangi yang disarankan dalam maksud ayat di atas merupakan adab memberi (a)  

35.

Khulafa al-Rasyidin telah menubuhkan Dewan al-Jund dan (a)   bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan agar lebih teratur.

36.

Bertanggungjawab menguruskan pengambilan dan latihan kepada tentera-tentera baharu ialah fungsi bagi

(a)  

37.

Bertanggungjawab menguruskan kenaikan pangkat dan penyusunan tentera mengikut pasukan ialah fungsi bagi

(a)  

38.

Hukum memakai emas dan sutera bagi perempuan adalah

(a)  

39.

Tuntutan menziarahi kaum keluarga atau jiran yang sakit hukumnya

(a)  

40.

Perbuatan membunuh diri adalah (a)   kerana ia merupakan satu pencabulan hak Allah SWT