wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MINGGU BAHASA KVTPi 2020 (KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa hikmat

c)

bersih amalan mulia

d)

kebersihan separuh daripada iman

2.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Datuk Salim menentang hebat sikap isterinya yang suka membezakan saudara-mara berdasarkan pangkat dan kedudukan.

a)

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

enggang sama enggang,pipit sama pipit

c)

ilmu pelita hati

d)

ada bau ada bangkainya

3.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Pengurus syarikat itu telah dipecat daripada jawatannya setelah Lembaga Pengarah mendapati pengurus tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.

a)

harapkan pagar,pagar makan padi

b)

lain padang ,lain belalang

c)

bagai bumi dengan langit

d)

bagai cendawan tumbuh selepas hujang

4.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Anggota keselamatan di negara ini diseru supaya menjauhi amalan rasuah kerana sikap segelintir antara mereka boleh menjejaskan imej keselamatan tersebut.

a)

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

bagai telur dihujung tanduk

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai gergaji bermata dua

5.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.

a)

carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

b)

seperti kucing dengan anjing

c)

bagai hempedu lekat di hati

d)

bagai inai dengan kuku

6.

Pilih ayat yang betul (jawapan boleh lebih daripada satu)

a)

Pemandangan di Kampung Gurun Jerai begitu menarik kerana dihiasi sawah padi yang luas terbentang.

b)

Permandangan diKampung Gurun Jerai begitu indah dan permai.

c)

Hari Raya Aidilfitri disambut meriah setiap tahun.

7.

Pilih ayat tunggal yang betul

a)

Saya suka membaca buku sambil mendengar radio

b)

Emak menanak nasi di dapur.

c)

Ayah seorang pegawai bank yang gemar memancing.

8.

Nyatakan maksud rangkai kata berikut:


gulung tikar

a)

gagal

b)

kerugian besar

9.

Nyatakan maksud rangkai kata berikut:


jalan keluar

a)

penyelesaian

b)

usaha

10.

Nyatakan maksud rangkai kata berikut:


mercu tanda

a)

simbol

b)

lokasi

11.

Nyatakan maksud rangkai kata berikut:


tulang belakang

a)

bahagian badan

b)

kekuatan

12.

Nyatakanperibahasa yang sesuai


mendapatkan sesuatu yang dihajati

a)

bagai anjing mendapat tulang

b)

orang mengantuk disorongkan bantal

13.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Ibu berasa bosan dan kecewa dengan sikap anak-anaknya yang membuat kerja rumah hanya apabila disuruh dan dipaksa.

a)

seperti pahat dengan penukul

b)

bagai itik pulang petang

c)

banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya

d)

bapa borek anak rintik

14.
1. Pilih kata nama Am
a)
kucing 
b)
Si Comel
c)
Kuala Lumpur
d)
Bahasa Melayu
15.
2. Pilih kata nama Khas
a)
Padang 
b)
kantin
c)
bilik darjah
d)
Sekolah Kebangsaan Selekoh
16.
Wak Lamin meminta se____________ daun sirih sebagai pengeras untuk mengubati penyakit Pak Dol.
a)
Helai
b)
Rumpun
c)
Cekak
d)
Batang
17.
 “____________mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang kepada dayang – dayangnya.  
a)
A. Beta
b)
B. Patik
c)
C. Saya
d)
D. Hamba
18.

Pilih ejaan yang betul.

a)

kelender

b)

kelindar

c)

kelendar

d)

kalendar

19.

Pilih jawapan yang betul

a)

pensil

b)

pensel

c)

pensol

d)

pencel

20.

Kempen ______________ akan dijalankan di seluruh negara secara berterusan.

a)

anti-denggi

b)

antidenggi