wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MALAYSIA PRIHATIN 2021

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Bangunan ini telah mula dibina pada tahun 1995. Ia terletak bersebelahan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, dan mendapat gelaran sebagai “teater lirik abad ke 21”. Dengan mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater, ia diletakkan dalam senarai 10 panggung tercanggih di dunia dan setaraf dengan Royal Albert Hall di London. Kalau dahulu dikenali dengan nama Panggung Negara, kini ia mempunyai gelaran baru, sesuai dengan statusnya sebagai tunggak kesenian negara yang mengutamakan kecemerlangan seni.


Apakah nama baru bangunan tersebut?

a)

Panggung Negara

b)

Istana Budaya

c)

Menara Kuala Lumpur

2.

Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai permainan tradisional bagi mengisi masa lapang. Ada di antara permainan tradisional ini dimainkan dengan menggunakan alat dan ada juga yang dimainkan tanpa menggunakan sebarang alat.


Antara permainan-permainan tradisional berikut, yang manakah dimainkan tanpa menggunakan sebarang alat?

a)

Konda Kandi

b)

Congkak

c)

Galah Panjang

3.

Dalam perlembagaan Persekutuan perkara 10 memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.


Apakah yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan?

a)

Bahasa Kebangsaan

b)

Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

c)

Kesamarataan

4.

Sekolah menengah ini merupakan sekolah pertama di Malaysia yang mempunyai pusat pembakaran sampah bebas asap demi menjaga kebersihan alam sekitar. Lebih membanggakan lagi, ciptaan itu turut mendapat pengiktirafan dalam pertandingan reka cipta di Geneva pada bulan jun tahun 2000. Pusat pembakaran sampah bebas asap berkenaan mempunyai enam komponen utama iaitu kelubung penyerap asap tertutup, pam air, alat pancutan air dan air.


Sekolah manakah yang telah menghasilkan ciptaan tersebut?

a)

Sekolah Menengah Sains Cheras

b)

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar

c)

Sekolah Menengah Sains Gentam, Kuala Pilah

5.

Sukan Olimpik adalah temasya sukan yang terbesar dan paling berprestij di dunia. Ia diadakan empat tahun sekali. Sukan Olimpik yang terakhir bagi abad 20 telah berlansung di Atlanta, Amerika Syarikat. Sukan Olimpik 2000 pulak akan diadakan di Sydney, Australia dari 15 September hingga 3 Oktober 2000.


Untuk kali yang keberapakah Sukan Olimpik 2000 diadakan?

a)

90

b)

101

c)

150

6.

Kenderaan pacuan empat roda pertama buatan Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 ogos 1998. Pelancaran kenderaan berkenaan menandakan negara kita mampu menguasai industri berat dalam bidang automobil. Kenderaan yang dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) itu boleh didapati dalam tiga versi EX warna solid, GX Metalik dan EZ Metalik.


Apakah nama kenderaan pacuan empat roda berkenaan?

a)

Pacuan Empat Roda Kembara

b)

Kancil

c)

Kenari

7.

Malaysia telah dipilih sebagai Stesen Penyiaran Masa Antarabangsa yang akan menjadi Pusat Rujukan Masa kepada rantau ini hingga Selatan China dan juga Utara Australia. Dengan adanya Pusat Penyiaran Masa ini, jam tangan atau komputer yang mempunyai cip decoder khas dan berada dalam lingkungan 25,000 kilometer radius dari stesen itu, akan membetulkan sendiri masanya mengikut masa standard di stesen berkenaan. Tiga Stesen serupa ialah di United Kingdom, German dan Chile.


Negeri manakah di Malaysia ini Stesen Penyiaran Masa Antarabangsa berkenaan dibina pada tahun 1998?

a)

Kedah

b)

Selangor

c)

Sabah

8.

Sejarah telah terpahat buat Malaysia sekali lagi apabila berjaya mengukir pingat emas yang pertama dalam olahraga di temasya Sukan Komanwel ke-16. Sebelum itu Malaysia tidak pernah mengutip sebarang pingat dalam acara olahraga yang telah dipertandingkan.


Siapakah nama atlit tersebut ?

a)

Romzi

b)

Saravanan

c)

Kenny Ang

9.

Radio Malaysia Saluran 8 telah mula ke udara pada 25 September 1997. Ia bertujuan untuk mengukuhkan pelaksanaan komunikasi bersemuka Jabatan Penerangan Malaysia, Siarannya bermula dari jam 12.00 tenghari hingga jam 3.00 petang setiap hari. Tiga frekuensi telah digunakan untuk memancarkan siaran Radio Malaysia Saluran 8.


Apakah frekuensi tersebut?

a)

FM 91.1 Mhz, FM 102.5 Mhz, SW 6025 Khz

b)

FM 104.8 Mhz, FM 98.1 Mhz, FM 90.7 Mhz

c)

FM 91.1 Mhz, FM 104.8 Mhz, SW 6025 Khz

10.

Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab mengeluarkan matawang negara ini. Sejarah telah mencatatkan terdapat empat buah negeri di negara ini yang pernah mengeluarkan matawang sendiri sebelum abad ke-18.


Negeri manakah di Malaysia yang pernah mengeluarkan matawang sendiri?

a)

Kedah, Johor dan Terengganu

b)

Perlis, Kedah dan Terengganu

c)

Kedah, Selangor dan Johor

11.

Mulai 1 Januari 1999, semua negara European Union (EU) atau Kesatuan Eropah akan menggunakan satu matawang tunggal dalam semua urusan perniagaan dengan mana-mana negara seluruh dunia.


Apakah nama matawang tersebut?

a)

Euro

b)

USD

c)

Ringgit

12.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di Sepang telah mula dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengangkutan udara jangka panjang. KLIA dengan kapasiti awal mengendalikan sebanyak 25 juta penumpang setahun dan sejuta tan kargo setahun, dijangka bersedia memainkan peranan sebagai hub di rantau Asia Pasifik. Pembinaan fasa satu KLIA telah dimulakan pada tahun 1994.


Tahun berapakah lapangan terbang tersebut mula beroperasi?

a)

1999

b)

1998

c)

2000

13.

Puncak Everest, gunung yang paling tinggi di dunia, adalah 8,848 meter dari paras laut. Suhunya boleh mencecah 40 darjah selsius di bawah beku. Angin pula boleh bertiup selaju 180 kilometer sejam. Pada 23 Mei 1997, jam 2.15 petang waktu tempatan, dua pendaki negara iaitu N.Mohandas dan M.Magendran telah dapat memacakkan bendera Malaysia di Puncak Everest. Kejayaan ini cukup membanggakan semua rakyat Malaysia.


Apakah slogan yang digunakan?

a)

Malaysia Boleh

b)

Jom Malaysia

c)

Sayangi Malaysia

14.

Rundingan Baling telah diadakan pada 28-29 Disember 1955 antara Parti Komunis Tanah Melayu, diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin dengan kerajaan Tanah Melayu yang diketuai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj dan tiga orang wakil. Walau bagaimanapun rundingan ini gagal.


Siapakah wakil kerajaan dalam rundingan tersebut?

a)

Tun Tan Cheng Lock

b)

Tun Dr. Ismail

c)

Datuk Mustapa

15.

Sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah memohon untuk menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Nyatakan bilangan negara yang ke berapakah Persekutuan Tanah Melayu menjadi anggota PBB?

a)

92

b)

98

c)

78

16.

Apabila bendera Malaysia dipasangkan di deretan kedai maka ia mestilah dikibarkan pada tiang yang dicondongkan kearah jalan raya. Selain bendera yang dikibarkan pada hujung tiang, ada juga bendera kecil yang diletakkan di atas meja dan di sebelah hadapan kereta pembesar negara. Sebagai contoh, bendera yang dipasang pada kereta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah bendera peribadi Baginda.


Bendera apakah yang dipasang pada kereta duta asing di Malaysia?

a)

Bendera Malaysia

b)

Bendera peribadi

c)

Bendera negara masing-masing

17.

Bendera Terengganu berwarna hitam dan putih. Pada lambang negeri Terengganu bulan bintang menunjukkan negeri islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, keris panjang dan cokmar pula adalah alat kebesaran negeri. Sebelah kanannya ialah Quran yang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri.


Pada sebelah kiri pula terdapat sebuah buku. Buku apakah yang terdapat di sebelah kiri lambang negeri Terengganu ini?

a)

Buku Undang-Undang

b)

Buku Nasihat

c)

Buku Undang – Undang Islam

18.

Komponen utama dalam sistem Kerajaan Malaysia terdiri dari Badan Perundangan, Badan Pemerintahan dan Badan Kehakiman. Badan Perundangan atau Parlimen Malaysia mengandungi tiga unsur atau elemen utama.


Apakah tiga elemen tersebut

a)

Timbalan perdana menteri, Dewan Negara dan Dewan Rakyat

b)

Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat

c)

Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Perdana Menteri

19.

Perpaduan rakyat Malaysia adalah kunci kepada kemajuan negara. Dalam hubungan ini kerajaan telah melaksanakan beberapa program intergrasi nasional, antaranya menyamakan waktu bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Bilakah tarikh dan tahun bila Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mula mempunyai waktu yang sama?

a)

2 jun 1982

b)

17 Januari 1982

c)

1 Januari 1982

20.

Kita sering melihat dan mendengar “Prinsip-prinsip Rukun Negara” ditulis di dinding-dinding sekolah dan dikulit-kulit buku serta dilaungkan oleh para pelajar dan orang ramai semasa diadakan perhimpunan.


Pada tahun berapakah Rukun Negara ini diisytiharkan di negara kita?

a)

1971

b)

1977

c)

1998

21.

Perang Dunia Kedua jelas menampakkan penguasaan Jepun ke atas Tanah Melayu.


Dimanakah tempat dan negeri Jepun mula-mula sekali mendarat?

a)

Alor Setar, Kedah

b)

Kota Bharu, Kelantan

c)

Mersing, Johor

22.

Malaysia telah mencatat sejarah sebagai negara pertama menerima rakyat Bosnia-Herzegovina sebagai anak angkat. Kumpulan pertama seramai 63 orang telah tiba di Malaysia pada 27 Oktober 1992.


Dimanakah kumpulan ini ditempatkan di Malaysia?

a)

Kota Bharu, Kelantan

b)

Pusat Latihan ABIM Sungai Ramal, Kajang

c)

Pusat Koreksional, Puncak Alam

23.

Sukan Malaysia atau SUKMA adalah satu program kejohanan sukan dwi tahunan yang menghimpunkan atlet-atlet muda dan berpotensi dari setiap negeri. SUKMA ketujuh telah dianjurkan oleh Negeri Selangor pada tahun 1998.


Negeri manakah yang menjadi tuan rumah bagi SUKMA ke-19?

a)

Perak

b)

Johor

c)

Pulau Pinang

24.

Di Negara kita tarikh Hari Raya Aidilfitri ditentukan oleh Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Raja-raja Melayu iaitu dengan melihat terbitnya anak bulan (1 Syawal). Setelah itu ditetapkan tarikh Hari Raya tersebut melalui media massa dan alat sebaran am yang lain.


Siapakah yang mengisytiharkan Hari Raya tersebut?

a)

Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Penyimpan Mohor besar Raja-raja Melayu

25.

Seorang tokoh Bahasa Melayu yang mempunyai nama singkatan Za’ba telah mengarang sebuah buku yang popular diberi nama Pelita Bahasa Melayu.


Apakah nama penuh Za’ba?

a)

Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid

b)

Zainal Abidin bin Ahmad

c)

Y.B Datuk Seri Rafidah Aziz

26.

Kebiasaannya pada malam tersebut anak-anak gadis Cina keluar membuang buah-buah limau ke dalam laut atau sungai sambil memohon sesuatu yang dihajati oleh mereka.


Apakah nama perayaan tersebut?

a)

Chap Goh Meh

b)

Pesta Tanglung

c)

Tahun Baru Cina

27.

Pulau Spratly yang terletak di Laut Cina Selatan, kaya dengan sumber alam semulajadi, menjadi rebutan beberapa buah negara termasuk Malaysia.


Berdasarkan jawapan di bawah, Negara manakah yang pernah menuntut pulau tersebut?

a)

Amerika Syarikat

b)

Vietnam

c)

Indonesia

28.

Sehingga kini keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berjumlah 193 buah negara. Malaysia pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa keselamatan PBB semasa berlaku perang teluk. Wakil Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menangani isu tersebut.


Siapakah tokoh penting yang memainkan peranan tersebut?

a)

Tan Sri Razali b. Ismail

b)

Zainal Abidin bin Ahmad

c)

Y.B Dato’ Rais b. Yatim

29.

Tahun Baru Cina adalah disambut mengikut 12 jenis haiwan bagi setiap tahun.


Apakah nama haiwan bagi tahun ini

a)

Ayam

b)

Lembu

c)

Harimau

30.

Tarian-tarian Melayu yang terkenal termasuklah Mak Inang, Zapin, Menora, Kuda Kepang, Cinta Sayang dan lain-lain. Kuda Kepang terkenal di Johor, Cinta sayang terkenal di Kedah.


Di negeri manakah pula yang dikaitkan dengan Tarian Rodat?

a)

Perlis

b)

Selangor

c)

Terengganu

31.

Salah satu hasil utama Negeri Sarawak ialah minyak yang banyak terdapat di Bahagian Miri. Selaras dengan itu, Bandar Miri sering dikaitkan dengan kawasan pengeluar terbanyak petroleum. Operasi carigali minyak telah bermula sejak tahun 1900 dan pada 10 Ogos 1910, telaga minyak yang pertama telah dibina di Bukit Kanada, Miri, Sarawak.


Apakah nama telaga tersebut?

a)

Grand Old Man

b)

Grand Old Lady

c)

Grand Old Son

32.

Setiap tahun kita menyambut Perayaan Hari Kebangsaan sebagai mengingati dan menghargai perjuangan serta usaha-usaha pengisiannya. Satu tema ditetapkan setiap kali sambutan diadakan dan pada tahun ini temanya ialah “Malaysia Prihatin”. Keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.


Apakah tema Hari Kebangsaan tahun 2015?

a)

1 Malaysia Menjana Tranformasi

b)

Sehati Sejiwa

c)

Sayangi Malaysiaku

33.

Litar Lumba F-1 (Formula One) Sepang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 1999. Litar lumba yang dibina dengan menggunakan teknologi terkini merupakan satu-satunya litar lumba di dunia yang diberi keistimewaan menggunakan logo rasmi Formula-1 pada namanya.


Berapa panjangkah Litar Lumba Formula-1 Sepang, Selangor?

a)

3.541 km

b)

5.450 km

c)

5.542 km

34.

Atlit Malaysia G.Shanti telah mendapat gelaran “ Wanita Terpantas di Asia Tenggara” setelah Berjaya menjuarai acara 100 meter dan 200 meter Sukan S.E.A ke 19 di Jakarta pada tahun 1997. Dalam acara 200 meter beliau mencatatkan masa 23.49 saat.


Berapakah kepantasan masa yang dibuat oleh G. Shanti dalam acara 100 meter?

a)

11.46 saat

b)

11.35 saat

c)

10.35 saat

35.

Kerajaan telah meluluskan rentak baru lagu Negara Ku, iaitu gubahan semula dalam rentak “Fast March”. Gubahan semula itu hanya melibatkan rentak dan tidak mengubah senikata lagu Negara Ku. Rentak baru lagu Negara Ku ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan akta lagu Kebangsaan 1968. Lagu ini pertama kali diperdengarkan di Kuching, Sarawak.


Bilakah versi baru lagu Negara Ku diperdengarkan buat pertama kalinya?

a)

31 ogos 1998

b)

31 Ogos 1993

c)

31 Ogos 2009

36.

Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1935. Ia dianggap sebagai akhbar kebangsaan yang pertama. Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.


Apakah nama akhbar yang dimaksudkan?

a)

Akhbar Majlis

b)

Akhbar Berita

c)

Akhbar Harian

37.

Tanah Melayu dijajah oleh penjajah asing sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511 sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sepanjang penjajahan selama 446 tahun ini, proses permodenan dan pembangunan negara terhalang. Rakyat Tanah Melayu dinafikan haknya untuk mentadbir negara.


Bangsa manakah yang pernah menjajah Tanah Melayu.?

a)

Belanda, Indonesia, Jepun dan Portugis

b)

Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun

c)

Vietnam, Filipina, Belanda dan Jepun

38.

Takwim Islam seperti juga Takwim Masihi mengandungi 12 bulan dalam setahun.


Apakah nama bulan yang kesebelas mengikut takwim Islam?

a)

Zulkaedah

b)

Muharam

c)

Rabiul Awal

39.

Panji-panji Diraja digunakan dalam istiadat tertentu sahaja. Panji-panji Diraja berwarna kuning mempunyai Jata Malaysia di tengah-tengah yang dikelilingi oleh dua karangan padi. Warna kuning ialah warna Diraja.


Apakah maksud yang dilambangkan oleh karangan padi yang berwarna keemasan?

a)

Kemakmuran dan Kesihatan

b)

Kemewahan dan Kemakmuran

c)

Kemewahan dan Kekayaan

40.

Malaysia berbangga kerana mempunyai lapangan terbang bertaraf antarabangsa yang menyediakan pelbagai khidmat dan menggunakan sistem teknologi tinggi. Lapangan terbang tersebut dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International Airport (K.L.I.A). Pembukaan rasmi lapangan terbang tersebut telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong ke-10.


Bilakah tarikh rasmi pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur?

a)

10 Jun 1998

b)

30 Jun 1998

c)

27 Jun 1998

41.

Pakaian Baju Melayu ini selalu dipakai semasa menyambut perayaan atau semasa menghadiri majlis-majlis rasmi.


Namakan pakaian kebangsaan masyarakat Melayu Johor bagi orang lelaki?

a)

Baju Kebangsaan

b)

Baju Melayu Telok Belanga

c)

Baju Kurung Melayu

42.

Pakaian ini berwarna putih dan sering dipakai oleh lelaki India dalam majlis perayaan dan upacara keagamaan masyarakat India. Ia merupakan pakaian tradisional bagi lelaki India.


Namakan pakaian tersebut?

a)

Vesti atau Veti

b)

Sari

c)

Tavanai

43.

Sebuah tarian yang berasal dari negeri Perlis tetapi turut popular di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Tarian ini ditarikan oleh teruna dan dara pada masa musim menuai untuk menghiburkan petani-petani yang berkumpul untuk bertemasya. Pada masa ini, tarian tersebut sering dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.


Apakah nama tarian yang dimaksudkan itu?

a)

Tarian Joget

b)

Tarian Canggung

c)

Tarian Zapin

44.

Tenunan Pua Kumbu merupakan salah satu daripada kerja tangan yang terkenal di negeri Sarawak. Ia dipopularkan oleh satu kaum yang terdapat di negeri ini. Di samping itu, tenunan Pua Kumbu juga Berjaya menarik minat para pelancong yang berkunjung ke Negeri Sarawak.


Apakah nama kaum yang dikaitkan dengan Tenunan Pua Kumbu tersebut?

a)

Kaum Kadazan

b)

Kaum Bidayuh

c)

Kaum Iban

45.

Individu yang layak mengundi ialah warganegara yang termasuk dalam golongan yang dinyatakan oleh Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan. Antaranya ialah warganegara hendaklah berumur 21 tahun pada tarikh kelayakan dan bermaustatin dalam kawasan pilihan raya pada tarikh kelayakan atau jika tidak bermaustatin adalah dianggap sebagai seorang pengundi yang tidak hadir. Tetapi tidak sesiapa pun boleh mengundi lebih dari satu kawasan pilihan raya.


Antara berikut, golongan manakah yang diberi hak mengundi secara pos?

a)

Anggota tentera dan suami/isteri

b)

Anggota polis

c)

Semua di atas

46.

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Tertinggi Negara. Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan oleh Majlis Raja-raja. Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pula, Ketua Negeri ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.


Siapakah yang melantik Yang di-Pertua Negeri?

a)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

b)

Majlis Raja-raja

c)

Perdana Menteri

47.

Perlembagaan Persekutuan, dalam banyak hal, menentukan kuasa-kuasa bagi kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta kuasa bagi Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri dalam pengubalan undang-undang.


Jika undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagai Akta, apakah panggilan bagi undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri?

a)

Rang Undang-undang

b)

Ordinan

c)

Enakmen

48.

Allahyarham Sudirman Haji Arshad merupakan penghibur yang terkenal di Malaysia dan di rantau Asia.


Apakah gelaran yang beliau menangi di Royal Albert Hall, London pada tahun 1989?

a)

Penghibur Nombor Satu Dunia

b)

Penghibur Nombor Satu Malaysia

c)

Penghibur Nombor Satu Asia

49.

Tarian Kuda Kepang terkenal di kalangan penduduk negara ini yang berketurunan Jawa. Biasanya terdapat di negeri Johor dan Selangor. Kuda Kepang adalah kuda-kudaan yang asalnya diperbuat daripada anyaman buluh.


Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “kepang”

a)

Anyaman

b)

Jahitan

c)

Tenunan

50.

Bekalan elektrik wujud di negara ini dalam tahun 1894 apabila sebuah Janakuasa elektrik dipasang oleh tauke Loke Yew dan Thamboosamy Pillay untuk mengerjakan perlombongan mereka di Rawang Selangor. Bekalan elektrik awam pertama cuma dapat diperkenalkan di negara ini pada 14 Julai 1904. Pada masa itu hanya 15 buah rumah dan 41 tiang lampu awam diberikan bekalan elektrik.


Di negeri manakah bekalan elektrik pertama diperkenalkan di negara ini?

a)

Pulau Pinang

b)

Kedah

c)

Terengganu