Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Objektif Tingkatan 1 (1)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"_____________ hendak pergi berburu di hutan selama tiga hari," titah Sultan Mahmud.

a)

Aku

b)

Kita

c)

Beta

d)

Hamba

2.

"Saya ingin menjemput ____ bertiga ke rumah saya pada hujung minggu ini kerana ada kenduri doa selamat," Zukifri kepada rakan-rakannya.

a)

kita

b)

kami

c)

awak

d)

kalian

3.

Beberapa batang pokok kelapa telah _______ dalam kejadian rebut kencang itu.

a)

jatuh

b)

rebah

c)

gugur

d)

tumbang

4.

Penerokaan hutan secara berleluasa boleh ____ hidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

a)

merugikan

b)

mengancam

c)

menakutkan

d)

menyusahkan

5.

Rumah-rumah itu akan diduduki _____ pihak pemaju memberikan kunci kepada pemilik-pemilik rumah.

a)

jika

b)

apabila

c)

setelah

d)

seaktu

6.

Kanak-kanak itu menangis ______ menghentak-hentakkan kakinya.

a)

dan

b)

lalu

c)

juga

d)

sambil

7.

"Pilihlah _____ baju ini ______ baju itu yang kamu mahu," kata Puan Mariam kepada Syafika.

a)

makin...makin

b)

baik... mahupun

c)

sama ada... atau

d)

baik... bukan sahaja

8.

________ apakah kuih itu diperbuat?

a)

Dari

b)

Pada

c)

Tentang

d)

Daripada

9.

Mereka masuk ke dalam bilik Tuan Pengerusi seorang _____ seorang.

a)

bagi

b)

demi

c)

untuk

d)

kepada

10.

Pak Cik Mihat hanya ______ ayam sahaja kerana dia menunggu anaknya yang akan pulang dari Kuala Lumpur.

a)

diam-diam

b)

tidur-tidur

c)

hidup-hidup

d)

baring-baring

11.

_______ orang pelajar itu berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat kebangsaan.

a)

Ketiga-tiga

b)

Berpuluh-puluh

c)

Beratus-ratus

d)

Beribu-ribu

12.

_______ hari Ainina membawa bekal ke sekolah bagi menjimatkan wang.

a)

Tiap

b)

Setiap

c)

Setiap-tiap

d)

setiap-setiap

13.

Encik Azhar meletakkan motosikalnya yang pancit di ______ jalan raya.

a)

tepi

b)

atas

c)

dalam

d)

belakang

14.

Perbuatan membuang sampah ke ______ sungai merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

a)

atas

b)

dalam

c)

belakang

d)

hadapan

15.

Para _____ dari luar negara amat kagum dengan keunikan-keunikan yang terdapt di Malaysia.

a)

penyokong

b)

pemerhati

c)

pendatang

d)

pelancong