wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ HARI KEBANGSAAN 2020

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Di manakah perisytiharan kemerdekaan diadakan pada 31 Ogos 1957?

a)

Stadium Melawati

b)

Stadium Merdeka

c)

Stadium Bukit Jalil

d)

Bandar Hilir, Melaka

2.

Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Siapakah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama?

a)

Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

b)

Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

c)

Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

d)

Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

3.

Tanah Melayu jatuh ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris Belanda. Bagi memudahkan pentadbiran, British menggabungkan 3 negeri yang dimilikinya dan diberi nama Negeri-negeri Selat. Apakah negeri-negeri tersebut?

a)

Melaka, Selangor dan Pulau Pinang

b)

Melaka, Pahang dan Selangor

c)

Pulau Pinang, Selangor dan Singapura

d)

Melaka, Pulau Pinang dan Singapura

4.

Selain negeri selat, Tanah Melayu turut dibahagikan kepada Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Antara negeri-negeri berikut, yang manakah termasuk di dalam Negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Pahang

b)

Perak

c)

Kelantan

d)

Negeri Sembilan

5.

Gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963 telah membentuk Malaysia. Apakah suruhanjaya yang ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan dalam pembentukan gagasan ini?

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Malayan Union

d)

Suruhanjaya Swettenham

6.

Bendera Malaysia telah dikibarkan buat pertama kali pada 26 Mei 1950. Dimanakah upacara tersebut berlangsung?

a)

Istana Bukit Kayangan, Shah Alam

b)

Istana Negara

c)

Dataran Merdeka

d)

Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur

7.

Jalur Gemilang diumumkan sebagai nama baru bendera Malaysia pada malam 31 Ogos 1997. Apakah warna pada Jalur Gemilang yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia?

a)

Merah

b)

Biru

c)

Putih

d)

Kuning

8.

Bunga raya diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960. Apakah lambang yang ditunjukkan oleh lima kelopak bunga raya?

a)

5 semangat cintakan negara

b)

5 prinsip rukun negara

c)

5 rukun Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara

d)

5 teras nilai murni rakyat Malaysia

9.

Perdana Menteri ialah pemimpin utama kerajaan Malaysia yang mengetuai barisan Badan Eksekutif. Antara berikut, siapakah Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat tempoh pemerintahan?

a)

Dato' Seri Najib Tun Razak

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

10.

Ahli Parlimen adalah wakil yang dipilih oleh penduduk mengikut kawasan parlimen masing-masing. Berapakah parlimen yang terdapat di Malaysia?

a)

235

b)

222

c)

321

d)

195

11.

Bangunan parlimen Malaysia adalah tempat diadakan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Apakah jawatan seseorang Ahli Dewan Negara?

a)

Senator

b)

Jemaah menteri

c)

Gabenor

d)

Yang Berhormat

12.

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan. Berapakah wilayah persekutuan yang terdapat di negara kita?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

13.

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia dan telah diwartakan pada tahun 1952. Apakah lambang yang tiada dalam jata negara?

a)

Perisai

b)

Keris

c)

Pokok pinang

d)

Padi

14.

Antara prinsip Rukun Negara adalah kesetiaan kepada raja dan negara. Berapakah Raja-raja Melayu yang terdapat di negara kita?

a)

14

b)

13

c)

11

d)

10

15.

Banjaran Titiwangsa adalah deretan gunung dan bukit yang menganjur dari selatan Thailand hingga ke Tampin, Negeri sembilan. Apakah kemuncak tertinggi di banjaran ini?

a)

Gunung Tahan

b)

Gunung Ledang

c)

Gunung Ulu Titi Basah

d)

Gunung Korbu

16.

Hanya terdapat dua tasik semulajadi di Malaysia. Apakah tasik berikut?

a)

Tasik Chini dan Tasik Bera

b)

Tasik Bera dan Tasik Kenyir

c)

Tasik Kenyir dan TasikTemenggor

d)

Tasik Temenggor dan Tasik Banding

17.

Johor merupakan negeri terawal memperkenalkan perlembagaan moden di negara kita. Siapakah yang mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan turut dikenali sebagai 'Bapa Pemodenan Johor' ?

a)

Sultan Ibrahim

b)

Temenggung Daeng Ibrahim

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Sultan Abu Bakar

18.

Johor merupakan negeri ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia dengan populasi sekitar 3.75 juta. Daerah manakah yang mempunyai kepadatan penduduk kedua tertinggi di negeri Johor?

a)

Batu Pahat

b)

Muar

c)

Kluang

d)

Pontian

19.

Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam". Siapakah yang membuka Bandar Penggaram?

a)

Sultan Abu Bakar

b)

Dato' Muhamad Salleh bin Perang,

c)

Dato' Yahya bin Awaluddin

d)

Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid

20.

Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan 563 km. Di negeri manakah sungai ini terletak?

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Pahang

d)

Johor

21.

Malaysia dan Kepulauan Borneo dipisahkan oleh sebuah laut kecil yang merupakan sebahagian daripada Lautan Pasifik. Apakah nama laut ini?

a)

Laut China Selatan

b)

Laut Sulu

c)

Laut Andaman

d)

Laut Sulawesi

22.

Penjajahan Jepun di tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan yang penting dalam sejarah Malaysia. Berapa tahunkah penjajahan Jepun di Malaysia

a)

2 tahun

b)

3 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

23.

Harimau Malaya atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Institusi berikut menggunakan Harimau Malaya sebagai lambang KECUALI

a)

Malayan Banking (Maybank)

b)

Proton

c)

PDRM

d)

Perhilitan

24.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pada tahun berapakah Hari Malaysia diisytihar cuti am di semua negeri di Malaysia?

a)

1963

b)

1995

c)

2010

d)

2015

25.

Semenanjung Malaysia terdiri daripada 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan. Negeri apakah yang paling besar dalam Semenanjung Malaysia?

a)

Perak

b)

Kelantan

c)

Pahang

d)

Johor