wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 : KERADIOAKTIFAN (SCT3)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bahan manakah yang digunakan untuk membuat bekas bagi menyimpan bahan radioaktif dengan selamat?

a)

Kaca

b)

Plumbum

c)

Kuprum

d)

Aluminium

2.

Separuh hayat iodin ialah 6 hari. Suatu sample mengandungi sejumlah iodin tertentu. Selepas 18 hari, hanya 9 g iodin yang tinggal. Berapakah jisim asal iodin tersebut?

a)

18 g

b)

36 g

c)

72 g

d)

144 g

3.

Rajah menunjukkan pemesongan tiga jenis zarah oleh medan elektrik. Antara X, Y dan Z, yang manakah zarah alfa, zarah beta dan sinar gamma?

a)

X: Alfa

Y: Beta

Z: Gama

b)

X: Alfa

Y: Gama

Z: Beta

c)

X: Gama

Y: Alfa

Z: Beta

d)

X: Beta

Y: Gama

Z: Alfa

4.

Antara berikut, yang manakah sinaran mengion?

a)

Inframerah

b)

Gelombang radio

c)

Sinaran kosmik

d)

Cahaya nampak

5.

Mengapakah atom dalam rajah di bawah dikatakan neutral?

a)

Mempunyai bilangan neutron dan proton yang sama

b)

Mempunyai bilangan elektron dan proton yang sama

c)

Mempunyai neutron di dalam nukleus yang bersifat neutral

d)

Mempunyai elektron yang terletak di luar nukleus

6.

Salah seorang daripada pengkaji awal bahan radioaktif iaitu Marie Sklodowska telah mati akibat kesan sampingan daripada kajian yang dilakukannya. Apakah penerangan yang tepat untuk sebab-sebab kematiannya?

a)

Telah termakan makanan yang tercemar dengan bahan radioaktif

b)

Menderita penyakit kanser darah kesan pendedahannya secara langsung dengan bahan radioaktif

c)

Mati akibat letupan bahan radioaktif di dalam reaktor

d)

Mati terhidu asap yang dibebaskan oleh bahan radioaktif

7.

Mengapakah sinaran ultra ungu berbahaya kepada manusia?

a)

Menyebabkan kanser kulit sekiranya terdedah secara berlebihan

b)

Merencat pertumbuhan sel-sel kulit

c)

Menyebabkan kecacatan embrio dalam kandungan

d)

Menyebabkan kerosakan retina mata

8.

Antara yang berikut, yang manakah bukan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa mengendalikan bahan radioaktif?

a)

Pekerja perlu mengikuti latihan pengendalian bahan radioaktif

b)

Pekerja perlu memakai dosimeter iaitu topi yang melindungi mereka dari sinar radioaktif

c)

Bahan radioaktif yang bertahap tinggi perlu dikendalikan oleh lengan robot

d)

Bahan radioaktif perlu disimpan di dalam bekas plumbum atau konkrit yang tebal

9.

Antara berikut, yang manakah membentuk ion positif?

a)

Bilangan proton-10, Bilangan elektron -12

b)

Bilangan proton-15, Bilangan elektron-15

c)

Bilangan proton-23, Bilangan elektron -21

d)

Bilangan proton-19, Bilangan elektron -21

10.

Antara berikut, yang manakah sumber sinaran mengion semula jadi?

a)

Supernova

b)

Terapi sinaran

c)

Mesin sinar - X

d)

Stesen jana kuasa nuklear

11.

Mengapakah plumbum sesuai digunakan sebagai bekas sisa radioaktif?

a)

Mudah didapati

b)

Takat lebur yang tinggi

c)

Dapat menahan sinaran radioaktif

d)

Mempunyai separuh hayat yang panjang

12.

Antara berikut, padanan manakah yang betul tentang bahan radioaktif dan kegunaannya?

a)

Kobalt-60 - mengawet makanan

b)

Karbon-14- memusnahkan sel kanser

c)

Iodin-131 - merawat kelenjar tiroid

d)

Fosforus -32- Mengawal ketebalan kepingan logam

13.

Apakah sinaran yang dipancarkan semasa proses pereputan radioaktif?

a)

Sinar -X

b)

Sinar beta

c)

Ultraungu

d)

Inframerah

14.

Antara berikut, yang manakah sumber sinaran latar belakang buatan manusia?

a)

Letupan supernova

b)

Uranium dalam tanah

c)

Ujian senjata nuklear

d)

Karbon-14 daripada sinar kosmik

15.

Apakah bahan radioaktif yang digunakan untuk menganggarkan usia fosil purba?

a)

Kobalt -60

b)

Karbon -14

c)

Natrium -24

d)

fosforus -32

16.

Rajah di atas menunjukkan struktur atom.


Apakah cas bagi elektron?

a)

Positif

b)

Negatif

c)

Neutral/ tiada cas

d)

Neutron

17.

Rajah menunjukkan 3 jenis sinaran radioaktif.


Sinar manakah yang bercas negatif?

a)

Alfa

b)

Beta

c)

Gama

18.

Antara radioisotop berikut, yang manakah digunakan untuk menganggar usia artifak?

a)

Fosforus-32

b)

Kobalt-60

c)

Iodin-131

d)

Karbon-14

19.

berapakah bilangan neutron dalam elemen ini?

a)

89

b)

138

c)

227

d)

316

20.

Siapakah ahli sains yang menemukan SINAR-X?

a)

Marie dan Pierre Curi

b)

Antoine Henri Becquerel

c)

Wilhelm Conrad Roentgen

d)

Ernest Rutherford

21.

Apakah sinaran radioaktif berdasarkan kuasa penembusannya?

a)

P: alfa

Q: beta

R: gama

b)

P: beta

Q: alfa

R: gama

c)

P: gama

Q: beta

R: alfa

d)

P: alfa

Q: gama

R: beta

22.

Apakah sumber sinaran mengion yang diterima oleh individu seperti dalam foto?

a)

sinaran kosmik

b)

sinaran radioaktif

c)

sinaran-X

d)

sinaran infra merah

23.

Mengapakah buah-buahan yang diawet menggunakan sinaran gama selamat untuk dimakan?

a)

dos sinaran yang digunakan berada pada aras yang selamat

b)

sinaran gama daripada bahan radioaktif yang selamat digunakan

c)

sinaran gama hanya dipancarkan selama 1 saat

d)

sinaran gama sebenarnya tidak membahayakan kesihatan

24.

Antara sinaran berikut, yang manakah mempunyai kuasa pengionan paling tinggi?

a)

alfa

b)

beta

c)

gama

d)

sinar-X

25.

Rajah menunjukkan rawatan yang diterima oleh pesakit kanser menggunakan sejenis mesin. Apakah jenis sinaran radioaktif yang digunakan mesin tersebut?

a)

sinar alfa

b)

sinar beta

c)

sinar gama

d)

sinar-X

26.

Imej berikut menunjukkan tulang-tulang pada tangan isteri Roentgen, Bertha bersama dengan cincin pada jarinya. Jenis imej ini dipanggil imej ....

a)

Ultrabunyi

b)

Mikroskop

c)

Imbasan CAT

d)

Sinar X

27.

Unsur radioaktif yang manakah disiasat oleh Becquerel apabila beliau menemui keradioaktifan?

a)

Kalium

b)

Radium

c)

Kalsium

d)

Uranium

28.

Apakah jenis sinaran yang dipancarkan oleh radium?

a)

Sinar gama

b)

Sinar X

c)

Sinaran ultraungu

d)

Sinaran cahaya nampak

29.

Antara berikut, yang manakah adalah unit bagi keradioaktifan?

a)

Curie (Ci)

b)

Newton (N)

c)

Joule (J)

d)

Watt (W)

30.

Antara berikut, yang manakah adalah unit S.I bagi keradioaktifan?

a)

Becquerel (Bq)

b)

Curie (Ci)

c)

Roentgen (R)

d)

Einstein (Ei)