wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pengajian am set 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
  • Encik X dan isterinya, warganegara Malaysia telah melanjutkan pelajarannya di Jepun.
  • Mereka telah memperoleh dua orang anak semasa berada di luar negara.


Kewarganegaraan Kedua-dua orang anak Encik X diperoleh melalui cara

a)

naturalisasi

b)

pendaftaran

c)

penggabungan wilayah

d)

kuat kuasa undang-undang

2.

Cik Qistina, seorang warganegara Sweden telah berkahwin dengan Encik Noah Aidan seorang warganegara Malaysia.


Apakah Jenis kewarganegaraan yang diperoleh Cik Qistina?

a)

Pendaftaran selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia

b)

Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

c)

Naturalisasi sebaik sahaje permohonan kewarganegaraan dibuat

d)

Kuat kuasa undang-undang selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia.

3.

Penyataan yang manakah benar tentang Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap

b)

Saraan ditentukan Oleh Yang di-Pertuan Agong

c)

Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan ahli-ahli Majlis Parlimen

d)

Dilantik Oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

4.

Yang manakah keadaan yang menyebabkan seseorang tidak layak untuk mengundi di kawasannya?

a)

Mendapat taraf pemastautin tetap negara lain

b)

Tidak menganggotai mana-mana parti politik

c)

Belum berdaftar sebagai pemilih di kawasannya

d)

Pernah menjalani hukuman penjara selama enam bulan dan denda 2500

5.

Yang manakah menyebabkan seseorang warganegara hilang kelayakan mengundi?


I telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah

II. pada tarikh kelayakan ditahan kerana tidak siuman

III. telah didenda oleh mahkamah kerana kesalahan rasuah

IV. Sebelum tarikh kelayakan telah didapati bersalah dan dihukum mati.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

6.

Yang manakah perlantikan jawatan memerlukan perundingan dengan Majlis Raja-Raja?

a)

Perdana Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Ketua Setiausaha Negara

7.

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tanpa berunding dengan Majlis Raja-Raja Bagi jawatan

a)

Ahli Suruhanjaya

b)

Ketua Audit Negara

c)

Ketua Polis Negara

d)

Ketua Hakim Negara

8.

Yang manakah berikut merupakan Menteri pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

a)

Kabinet

b)

Parlimen

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Yang di-Pertuan Agong

9.

Yang manakah berikut merupakan tugas ketua Whip?

a)

Menentukan tarikh mengadakan mesyuarat

b)

Menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul

c)

Memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat

d)

Menghantar notis untuk memulakan persidangan kepada ahli Dewan Rakyat

10.

Ahli Parlimen telah diarah keluar oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Kes ini boleh dirujuk kepada

a)

Jawatankuasa Dewan

b)

Jawatankuasa Pemilih

c)

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat

d)

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

11.

Pemaju Y yang ingin membuat pertukaran status tanah pertanian kepada tanah perumahan perlu memajukan permohonannya kepada

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

12.

Seseorang menteri akan memberikan notis pemberitahuan dalam proses penggubalan Rang Undang-undang kepada X


X di atas merujuk kepada

a)

Ketua Whip

b)

Ketua Majlis

c)

Ketua Jabatan Parlimen

d)

Yang di-Pertua Dewan Rakyat

13.
  • Merancang, merumus dan menyelaras dasar-dasar kerajaan
  • Memastikan dasar-dasar Kerajaan dilaksanakan dengan berkesan


Tugas di atas dilaksanakan oleh

a)

Bank Negara

b)

Perbendaharaan

c)

Jabatan Perdana Menteri

d)

Majlis Tindakan Negara

14.

Undang-undang campuran yang dikemukakan sama ada oleh ahli kerajaan atau bukan kerajaan


Penyataan di atas merupakan jenis

a)

Rang Undang-Undang Awam

b)

Rang Undang-Undang Hibrid

c)

Rang Undang-Undang Persendirian

d)

Rang Undang-Undang Ahli Persendirian

15.

Yang manakah yang benar tentang tadbir urus baik?

a)

Penambahan sumber tenaga

b)

Ketelusan dalam prosedur kerja

c)

Penambahan masa perkhidmatan

d)

Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara