NEW
Font size
WorksheetsQuizizz Nilai Universal
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Kita mestilah mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing.
A. Nilai kepercayaan kepada tuhan
B. Nilai kebebasan
C. Nilai harga diri
Seorang pelajar yang mempunyai ________ akan menghormati guru.
A. Nilai berdikari
B. Nilai Hormat
C. Nilai tanggungjawab
Seorang pekerja melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Pekerja tersebut tidak pernah menyerahkan tugasnya kepada orang lain. Pekerja tersebut mengamalkan _______.
A. Nilai Bertanggungjawab
B. Nilai Kesederhanaan
C. Nilai Kasih Sayang
Maisarah berlatih bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dengan penuh kecekalan untuk berjaya dalam sukan bowling. Nilai yang diamalkan oleh Maisarah ialah ______.
A. Nilai Kerajinan
B. Nilai Toleransi
C. Nilai Rasional
Antara kesan mengamalkan nilai X ialah memberi kesejahteraan hidup bersama, saling memahami antara satu dengan yang lain, perasaan perikemanusiaan, dan prihatin. Nilai X ialah
A. Nilai Toleransi
B. Hemah Tinggi
C. Kasih Sayang
Perlakuan yang tidak menunjukkan nilai kasih sayang ialah
A. Persafahaman
B. Peperangan
C. Persahabatan
Encik Adnan telah mengambil seorang pekerja baharu yang merupakan anak seorang sahabat baiknya. Beliau mengabaikan calon-calon lain yang lebih layak. Encik Adnan tidak mengamalkan nilai
A. Nilai Kebebasan
B. Nilai Toleransi
C. Nilai Kerajinan
Anak-anak akan melawan ibu bapa dan memberontak jika mereka kurang nilai
A. Nilai Kasih Sayang
B. Nilai Rasional
C. Nilai Berdikari
Seorang peniaga runcit menghadapi kerugian dalam perniagaannya. Dia akan menghadapi cabaran tersebut dengan mencari kaedah mengurangkan belanja dan meningkatkan jualannya sehingga memperoleh keuntungan. Apakah nilai yang diamalkan?
A. Nilai Toleransi
B. Nilai Berdikari
C. Nilai Patriotisme
Azim berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Azim menunjukkan nilai ______.
A. Nilai kebebasan
B. Nilai Kerjasama
C. Nilai Patriotisme
Seorang pengawas wajar menjadi contoh kepada pelajar lain terutama dalam kepimpinan di sebuah sekolah. Apakah nilai yang patut dipegang untuk menjadi individu yang berintegriti?
A. Nilai Baik hati
B. Nilai Berani
C. Nilai Kejujuran
Shianti seorang murid tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Dia selalu membuat ulangkaji selepas waktu persekolahan. Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Shianti?
A. Nilai Kerjasama
B. Nilai Berdikari
C. Nilai Berterima kasih
Joanne seorang pemimpin yang penuh dedikasi, cekal dan berdaya maju dalam pengurusan syarikat. Hasil kerjanya sangat berkualiti. Majikan telah menaikkan gaji dan pangkatnya. Sebagai rakan kerja Joanne apakah contoh nilai yang patut dipelajari kita?
A. Nilai Hemah tinggi
B. Nilai Toleransi
C. Nilai Kerajinan
Yuan Mei mencalonkan ayahnya untuk pemilihan Tokoh Bapa Mithali kerana ayahnya mengamalkan integriti keluarga. Bapa Yuan Mei dalam kehidupan harian telah mengamalkan nilai?
A. Nilai Bertanggungjawab
B. Nilai Baik hati
C. Nilai Kebebasan
Anda dan rakan-rakan telah menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di Kuala Lumpur. Nyatakan nilai universal yang telah anda amalkan?
A. Nilai Kesederhanaan
B. Nilai Kasih sayang
C. Nilai Patriotisme
Persatuan Haiwan Malaysia menerima banyak aduan membabitkan penderaan haiwan. Rata-rata pelaku menganiaya haiwan dengan kejam dengan memotong anggota badan, memukul dengan kayu serta membakar hidup-hidup. Apakah nilai yang sepatutnya diamalkan sebagai seorang masyarakat yang perikemanusiaan?
A. Nilai Rasional
B. Nilai Kerjasama
C. Nilai Berterima kasih
Rakyat Malaysia bersama-sama memberi sokongan kepada kontinjen negara dalam pertandingan SUKAN SEA 2022 tanpa mengira kaum. Apakah nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam memberi sokongan bersama?
A. Nilai Kejujuran
B. Nilai Toleransi
C. Nilai Baik hati
Setiap kali akhir tahun, terdapat banyak pakej promosi barangan kembali ke sekolah dan jualan murah untuk pakaian sekolah. Sebagai ibu bapa, bagaimanakah anda menguruskan perbelanjaan dengan baik berdasarkan satu nilai?
A. Nilai Kebebasan
B. Nilai Kasih sayang
C. Nilai Kesederhanaan
Seorang penulis telah mengubah suai lirik lagu Negaraku untuk dijadikan lagu sendiri. Perbuatan tersebut dianggap menghina lambang rasmi negara Malaysia. Apakah nilai wajar diamalkan oleh penulis tersebut?
A. Nilai Patriotisme
B. Nilai Keberanian
C. Nilai Kerajinan
Sikap pembaziran makanan yang menjadi barah dalam kalangan masyarakat Malaysia wajar dihentikan. Nyatakan satu nilai yang wajar dipelajari bagi mengurangkan masalah ini?
A. Nilai Berdikari
B. Nilai Kesederhanaan
C. Nilai Hormat
