WorksheetsKATA BANTU
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud kata bantu?
Perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif
Perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
Perkataan yang membantu membentuk sesuatu ayat
Pilih dua kumpulan kata bantu
Kata bantu aspek
kata bantu ayat
kata bantu ragam
kata bantu frasa
Berikut merupakan pernyataan yang betul mengenai kata bantu kecuali
terdiri daripada dua kumpulan
hanya hadir sebelum frasa
menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam
boleh hadir sebelum dan selepas frasa
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Bentuk-bentuk kata bantu aspek ialah
telah, hendak
sedang, masih
belum, mahu
dapat, enggan
Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, misalnya
hendak, mahu
mesti, sudah
enggan, pernah
belum, mungkin
Kami ......... menerima sijil penyertaan pada minggu lepas.
akan
telah
sedang
masih
Shahir .......... ke sana esok bagi menghadiri mesyuarat.
masih
telah
pernah
akan
Pelajar itu .......... pulang ke rumah kerana mahu mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
mahu
hendak
enggan
mungkin
Safwan ........... lambat sedikit ke sekolah kerana kesesakan lalu lintas.
mahu
boleh
enggan
mungkin
Walaupun ketika itu ......... kecil, Najib tetap ......... menyertai forum ilmu kewangan itu.
belum, mesti
sedang, enggan
masih, mahu
pernah, mungkin
