wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET SOALAN TRIAL TB JOHOR 2020

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal


Datuk Haris membeli rumah yang besar di atas bukit itu.

a)

1.Datuk Haris membeli rumah yang besar

2.Di atas bukit itu.

b)

  1. Datuk Haris membeli rumah besar.
  2. Rumah besar di atas bukit itu.

c)

1, Datuk Haris membeli.

2.Rumah yang besar di atas bukit itu.

2.

Hanina sedang membaca buku dan Fatin sedang membuat latihan Matematik.

a)

1.Hanina sedang membaca buku

2.Fatin sedang membuat latihan Matematik.

b)

1.Hanina membaca buku.

2.Sedang Fatin membuat latihan Matematik

3.

Air sungai sangat deras kerana hujan sangat lebat malam tadi.

a)

1.Air sungai sangat deras

2.Hujan sangat lebat malam tadi.

b)

1.Air sungai sangat deras

2.Air hujan sangat lebat malam tadi.

c)

1.Hujan sangat deras.

2.Air sungai sangat lebat malam tadi.

4.

Satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.


Teater yang dipersembah pada malam itu berjaya menghiburkan hati audien yang hadir.

a)

audien - audian

dipersembah - persembahan

b)

teater - theatre

menghiburkan - menghibur

c)

audien - audiens

dipersembah - dipersembahkan

5.

Bungkusan makanan tradisional dalam pelastik itu terpaksa dilakukan semula kerana terdapat rungutan daripada pengguna tentang kebersihannya.

a)

pelastik - plastik

tradisional - tradisi

b)

pelastik - plastik

bungkusan - pembungkus

c)

pelastik - plastik

bungkusan - pembungkusan

6.

Emak sedang sediakan bahan untuk membuat mee udang sebagai juadah meraikan tetamu yang akan datang ke rumah pada petang nanti.

a)

ke rumah - kerumah

meraikan - merai

b)

mee - mi

sediakan - disediakan

c)

mee - mi

sediakan - menyediakan

7.

Satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.


Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk Sri Utara Restoran.

a)

menaikkan - membangkitkan

Sri Utara Restoran - Restoran Sri Utara

b)

menaikkan - meningkatkan

Sri Utara Restoran - Restoran Sri Utara

c)

menaikkan - meningkatkan

dipamerkan - dicatatkan

8.

Tanah lungsur yang berlaku di lereng bukit itu telah meranapkan tiga buah rumah apabila penghuninya bernasib baik kerana mereka tiada di rumah ketika itu.

a)

meranapkan - meruntuhkan

apabila - dan

b)

lungsur - mendap

apabila - ketika

c)

lungsur - runtuh

apabila - namun/tetapi

9.

Ayah menasihati agar kami mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk supaya kami tidak bersikap bongkak.

a)

menasihati agar kami - menasihati kami

tunduk - malu

b)

menasihati agar kami - menasihati kami

rasmi - resmi

c)

menasihati agar kami - menasihatkan agar kami

tunduk - malu

10.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah.


Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

c)

biar pecah di perut jangan pecah di mulut

11.

orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain yang berharga

a)

tiada beban batu digalas

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

biduk berlalu kiambang bertaut

12.

menerima nasib malang yang berterusan

a)

bukan salah ibu mengandung

b)

seperti melepaskan anjing yang terspi

c)

sudah jatuh ditimpa tangga