NEW
Font size
WorksheetsTAWANAN KOMANDER CAUCASUS
Total questions: 11
Worksheet time: 2mins
Haikal, Devnath dan Wei pergi ker rumah usang pada waktu malam tanpa memikirkan risiko yang mungkin dihadapi oleh mereka. Mereka mahu menjejaki Farhani yang hilang atas semangat setia kawan yang tinggi antara mereka.
SETIAKAWAN
BAIK HATI
KERJASAMA
HEMAH TINGGI
Kim Yong insaf akan perbuatannya yang sombong dan angkuh selama ini. Dia memohon maaf daripada Farhani. Dia juga insaf atas tindakannya mengurung kumbang dan mahu membebaskan haiwan itu.
BAIK HATI
KEINSAFAN
KASIH SAYANG
KEPRIHATINAN
Bara telah menolong Farhani membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus , kemudian Farhani pula membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.
KASIH SAYANG
SETIAKAWAN
BAIK HATI
KERJASAMA
Farhani melakukan tindakan yang bijak apabila menggunakan ‘Endosulfan’ untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus.
KEBERANIAN
KEGIGIHAN
KEBIJAKSANAAN
KASIH SAYANG
Farhani mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang.
KEGIGIHAN
KERAJINAN
KEINSAFAN
KASIH SAYANG
Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong sangat sedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.
KEPRIHATINAN
KEGIGIHAN
KASIH SAYANG
BAIK HATI
Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus.
KEGIGIHAN
KEBERANIAN
KERAJINAN
BAIK HATI
Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah dan kuat walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina.
KEGIGIHAN
HEMAH TINGGI
KEBERANIAN
KESUNGGUHAN
Puan Asmah melayani Mira dan Chea Mei yang berkunjung ke rumahnya dengan begitu mesra dan ramah.
KASIH SAYANG
KESUNGGUHAN
BAIK HATI
HEMAH TINGGI
Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berdikari dalam usahanya mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada dari rakan lelaki sekelasnya, abangnya atau ayahnya.
BERDIKARI
KESUNGGUHAN
KEBERANIAN
TANGGUNGJAWAB
Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai Komander Caucasus dan tenteranya.
BAIK HATI
KESUNGGUHAN
KASIH SAYANG
KEPRIHATINAN
