WorksheetsLatihan 21_Kata Kerja
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Lai Meng pun _______________ ke hadapan apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kedua dalam pertandingan melukis.
muncul
tampil
timbul
terbit
Barang-barang tembaga yang kusam itu sudah saya _______________ sehingga berkilat.
gosok
gilap
sental
kesat
Kai Siang, Ai Ling dan Sanjeet _______________ di bawah pondok itu sementara menanti hujan berhenti.
berlabuh
berteduh
bersembunyi
berdiam
Pak Jamal _______________ buah kelapa tua untuk mendapatkan santannya.
memotong
menetak
mengupas
menghiris
Pada musim kemarau debu di tanah merah itu berterbangan apabila _______________ angin.
diusik
ditiup
dihembus
dialir
Abang Long _______________ motosikal ayah semasa pergi ke bandar sebentar tadi untuk menghadiri temu duga.
mendayung
memandu
mengayuh
membonceng
Datuk _______________ helaian surat khabar itu sambil membaca tajuk berita untuk hari ini.
mengalih
menukar
membelek
menyelak
Pemain bola sepak itu _______________ ke luar padang kerana kakinya mengalami kecederaan.
diusung
dijunjung
dijulang
diarak
Kami terpaksa _______________ semak-samun untuk sampai ke kawasan perkhemahan.
meredah
melintas
menyeberang
melalui
Bapa _______________ kelapa dengan parang sebelum dimesin.
memukul
membelah
menggunting
mengupas
Emak Martha sedang _______________ buku resepi untuk membuat kek.
membaca
menulis
membawa
menyiapkan
Encik Ahmad sedang _______________ dengan tetamu di ruang tamu.
bertegur
bergurau
berbual
bersalam
Anjing itu _______________ sepotong daging lalu berlari ke dalam kawasan semak.
memegang
menggigit
menggonggong
mengunyah
Bapa Qush _______________ lembunya pada sebatang pokok agar tidak berkeliaran ke sekeliling kampung.
menjerut
menyimpul
memintal
menambat
Adik bongsu Kareena _______________ kerana ibu tidak membelikannya alat permainan yang baru.
menjerit
mencuci
merajuk
memandu
Pekerja kedai itu sedang _________________ kelapa untuk dijual.
memotong
memarut
membeli
membelah
Aini _______________ di hadapan pintu rumah sambil melihat adik-adiknya bermain guli.
termenung
berdiri
tidur
menonton
Wak Joyo _______________ pokok getah itu pada awal pagi setiap hari dengan bantuan anak lelakinya.
menarah
menoreh
memotong
menakik
Pelayan itu _______________ sedulang air minuman yang telah dipesan oleh pelanggannya dengan berhati-hati sekali.
mengepit
menggelek
menatang
memegang
Jiran saya, Encik David Loh _______________ keretanya sehingga berkilat di halaman rumah.
menggilap
mencuci
mengesat
menggosok
