wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UPSR TATABAHASA

Total questions: 98

Worksheet time: 49mins

Name
Class
Date
1.
Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.
a)
wawasan
b)
gagasan
c)
cita-cita
d)
hobi
2.
________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung
a)
Cadangan
b)
Cadangan
c)
Suruhan
d)
Gesaan
3.
Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi
a)
gambaran
b)
bayangan
c)
kenangan
d)
lukisan
4.
Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing
a)
pendapat
b)
dorongan
c)
hebahan
d)
arahan
5.
Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu
a)
pandangan
b)
senyuman
c)
senyuman
d)
pujian
6.
Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu
a)
huluran
b)
kutipan
c)
hantaran
d)
sumbangan
7.
_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
a)
Sokongan
b)
Imbuhan
c)
Tawaran
d)
Huluran
8.
Beberapa orang peniaga disaman kerana mengubahsuaikan alat ________.
a)
tapisan
b)
sukatan
c)
sulingan
d)
timbangan
9.
Mata saya silau apabila terkena ________ cahaya matahari pada cermin tingkap
a)
letupan
b)
imbasan
c)
pantulan
d)
panahan
10.
Abang menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat
a)
lukisan
b)
harapan
c)
gambaran
d)
kenangan
11.
Ayah dan ibu turut memberikan _______berupa barangan makanan kepada Encik Jasbir sekeluarga
a)
huluran
b)
huluran
c)
hantaran
d)
sumbangan
12.
Amir segera memberitahu ayahnya apabila ternampak akan ________ orang terhendap hendap di belakang rumah jirannya
a)
biasan
b)
lakaran
c)
imbauan
d)
bayangan
13.
Kelihatan _______ terukir pada bibir Rosni apabila diberitahu bahawa ayah akan membawanya ke Singapura
a)
pandangan
b)
senyuman
c)
kenangan
d)
nostalgia
14.
Saya suka datang ke Kundasang kerana suasananya tenang dengan _______angin nyaman
a)
tiupan
b)
hirupan
c)
bunyian
d)
hembusan
15.
Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik
a)
ukiran
b)
hiasan
c)
tenunan
d)
anyaman
16.
Nazli menemani kakaknya ke Muzium Negara untuk mencari ______ tentang sejarah kemerdekaan negara
a)
berita
b)
kajian
c)
siasatan
d)
maklumat
17.
Kerajinan penduduk desa ini telah memberi _______ kepada saya untuk memajukan lagi projek pertanian di sini,” kata pengurus projek itu
a)
kepercayaan
b)
keutamaan
c)
dorongan
d)
pendapat
18.
“Salina, _________ memang kreatif kerana dapat membuat kraf tangan yang sangat menarik ini,” kata Cindy
a)
dia
b)
kita
c)
kamu
d)
mereka
19.
Diana dan Amira berasa gembira sekali. _________ mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
a)
Dia
b)
Kita
c)
Kami
d)
Mereka
20.
Guru Besar memaklumkan bahawa ______ akan mempengerusikan mesyuarat pada hari esok.
a)
dia
b)
kami
c)
beliau
d)
mereka
21.
“_________ jangan masuk ke kawasan lombong itu. Bahaya,”kata Tok Mad kepada sekumpulan kanak-kanak
a)
Kita
b)
Kami
c)
Anda
d)
Kalian
22.
“_________ sepakat untuk mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya nanti,’kata Encik Shuib dan isterinya
a)
Kalian
b)
Kamu
c)
Kami
d)
Kita
23.
Sultan Perak menziarahi mangsa kebakaran itu serta memberikan sumbangan peribadi__________ kepada mereka
a)
baginda
b)
beliau
c)
kita
d)
dia
24.
“Marilah ______ cepat-cepat membersihkan kelas ini sebelum guru masuk,” kata ketua kelas kepada rakan-rakannya.
a)
kalian
b)
kamu
c)
kami
d)
kita
25.
“_________ sudah pergi ke Karnival Seni Budaya di Taman Tasik Jaya?” tanya Kevin kepada rakan-rakannya
a)
Kalian
b)
Kami
c)
Kita
d)
Dia
26.
Rina terpilih sebagai ketua pasukan bola jarring kerana ________ mempunyai ciri-ciri kepimpinan
a)
dia
b)
awak
c)
kamu
d)
beliau
27.
“_________ tetap menyertai pertandingan reka cipta itu walaupun tidak mempunyai dana yang cukup,”kata Susan dan Kamilia
a)
Kalian
b)
Kami
c)
Saya
d)
Dia
28.
Cikgu Lee menubuhkan Kelab Sains Teknologi kerana _______ yakin bahawa murid-murid berminat dalam bidang itu
a)
kalian
b)
beliau
c)
saya
d)
dia
29.
“_________ sudah pergi ke Karnival Seni Budaya di Taman Tasik Jaya?” tanya Kevin kepada rakan-rakannya
a)
Kalian
b)
Kami
c)
Kita
d)
Dia
30.
“Tuan Puteri, izinkan ________ ke taman sebentar untuk melihat gerangan di luar sana,”kata dayang kepada Puteri Julia
a)
beta
b)
patik
c)
adinda
d)
kekanda
31.
“Kejayaan _______ merupakan hasil usaha para guru. Tunjuk ajar _________amat berkesan,”kata murid cemerlang
a)
saya ……..mereka
b)
saya ……..beliau
c)
dia……….kalian
d)
kamu…….kami
32.
Selepas selesai merasmikan majlis tersebut, ________sultan diiring ke dewan santapan.
a)
baginda
b)
beliau
c)
patik
d)
beta
33.
Ketaatan yang ditunjukkan oleh Laksamana Hang Tuah patut diteladani oleh ________
a)
dia
b)
kita
c)
kamu
d)
mereka
34.
Penjenayah itu telah lama diburu polis kerana _______ mengganggu ketenteraman __________ semua
a)
beliau …..kita
b)
dia………kita
c)
mereka …kita
d)
kita……..dia
35.
“______ hendak beradu,” titah raja kepada hulubalangnya.
a)
Baginda
b)
Hamba
c)
Patik
d)
Beta
36.
________ diminta untuk memberikan pendapat masing-masing menerusi saluran yang sesuai.
a)
Mereka
b)
Engkau
c)
Saya
d)
Dia
37.
Raja Zulkarnain ialah pewaris takhta kerajaan negeri. ________ desenangi oleh rakyat jelata
a)
Baginda
b)
Beliau
c)
Patik
d)
Beta
38.
“Kak Mala, tolong siapkan baju ini dengan segera kerana _______ perlu memakainya ketika graduasi,” kata Yong Naemah
a)
dia
b)
aku
c)
kita
d)
saya
39.
__________ yang berada di tepi pentas itu merupakan para peserta dari negeri Perlis.
a)
Mereka
b)
Kalian
c)
Kami
d)
Dia
40.
Cikgu Mahadi akan meneruskan projek itu kerana _________ telah mendapat pembiayaan daripada pihak sekolah
a)
kalian
b)
beliau
c)
kami
d)
dia
41.
__________ diundang untuk merasmikan majlis pembukaan pasar raya itu.
a)
Dia
b)
Kami
c)
Beliau
d)
Engkau
42.
_________ harus tingkatkan usaha untuk melariskan jualan produk ini,”kata Lim kepada rakan kongsinya
a)
Kita
b)
Saya
c)
Awak
d)
Mereka
43.
Sultan Jamaludin bertitah bahawa _______akan bersemayam di istana yang baharu.
a)
beta
b)
patik
c)
tuanku
d)
baginda
44.
Adi dan Zara tidak sedar bahawa rumah ________ dimasuki pencuri
a)
kita
b)
anda
c)
beliau
d)
mereka
45.
Istana Air Mata merupakan tempat ______bersemayam bersama-sama permaisuri.
a)
beta
b)
patik
c)
tuanku
d)
baginda
46.
Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. ________ Bapa Kemerdekaan
a)
Dia
b)
Awak
c)
Kamu
d)
Beliau
47.
“Segala titah ________ akan patik laksanakan,”kata Datuk Puteh.
a)
beta
b)
patik
c)
tuanku
d)
baginda
48.
“__________ hendak mengikuti lawatan ke Pulau Tioman,”kata Munirah kepada ibunya.
a)
Mereka
b)
Kami
c)
Saya
d)
Dia
49.
“Sudah tiga hari ________ sesat di dalam hutan ini, kata Hang Lekir kepada Hang Kasturi.
a)
beta
b)
patik
c)
hamba
d)
tuan hamba
50.
“Sebelum _________ keluar, sila pastikan semua kipas dan lampu sudah ditutup,” kata Ustaz Fakrul kepada murid-muridnya
a)
mereka
b)
engkau
c)
kalian
d)
kita
51.
“Pada cuti sekolah yang lalu, ______ telah pergi ke Pulau Pinang bersama-sama ayah dan ibu. _________ berada di sana selama tiga hari,”kata Fariza kepada rakan-rakannya
a)
saya … Kita
b)
saya … Kami
c)
kami … Kami
d)
kami …Mereka
52.
Meskipun Zamri seorang budak yang nakal, tetapi ________ sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
a)
mereka
b)
kami
c)
kamu
d)
dia
53.
_________ tidak berdaya untuk menolak troli yang telah diisi dengan kotak yang berat itu
a)
Dia
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Mereka
54.
“Masalah ini akan dapat diselesaikan jika _________ bertolak ansur dan saling mempercayai,”kata Encik Rajesh kepada pekerja-pekerjanya.
a)
kamu
b)
kami
c)
kita
d)
dia
55.
Sindiket penyeludupan senjata api itu melibatkan seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’. _________ dikenakan tahanan reman selama lima hari untuk siasatan lanjut.
a)
Dia
b)
Anda
c)
Beliau
d)
Mereka
56.
________ sultan Perak merupakan sultan yang berjiwa rakyat dan sangat disayangi oleh rakyat jelata.
a)
Beta
b)
Patik
c)
Hamba
d)
Baginda
57.
“ ________ sendiri yang akan menyertai rombongan ke Majapahit,” titah Sultan Mansur kepada para pembesarnya
a)
Beta
b)
Patik
c)
Hamba
d)
Baginda
58.
“ ________ hendak ke mana ? tanya Tuan Puteri Mayang Sari kepada suaminya
a)
Nenda
b)
Adinda
c)
Kakanda
d)
Ayahanda
59.
“ Ampun, _______. Patik ingin memohon diri terlebih dahulu,” kata Laksamana Megat kepada Sultan Alaudin
a)
beta
b)
tuanku
c)
baginda
d)
tuan hamba
60.
“ ____________ ingin melihat rakyat hidup aman dan sentosa sepanjang masa,” titah Raja Mansor kepada penduduk kampung
a)
Baginda
b)
Tuanku
c)
Patik
d)
Beta
61.
“ ________ mahu tuan hamba memastikan bahawa tidak ada rakyat di negeri ini yang hidup dalam kemiskinan,” titah Sultan Mahmud Shah kepada Laksmana Hang Tuah
a)
Beta
b)
Patik
c)
Tuanku
d)
Baginda
62.
Khabarnya, _________ hendak bersiram sebentar lagi,”ujar permaisuri kepada dayang- dayang.
a)
beta
b)
hamba
c)
baginda
d)
tuan hamba
63.
“ ________ berharap agar baginda sultan dapat mengadili perbalahan itu sewajarnya,” kata Laksamana Hang Tuah
a)
Beta
b)
Patik
c)
Tuanku
d)
Baginda
64.
“ _________ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor
a)
Beta
b)
Patik
c)
Tuanku
d)
Baginda
65.
“Tun Perak, panggil Laksamana Hang Tuah mengadap _________ sekarang juga,” titah Sultan Melaka
a)
beta
b)
patik
c)
hamba
d)
tuanku
66.
“ Kalau __________ izinkan sekarang juga patik kan melaksanakan tugas itu,” sembah ahli nujum kepada sultan
a)
tuanku
b)
hamba
c)
baginda
d)
tuan hamba
67.
Setelah Sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera ___________.
a)
baginda
b)
tuanku
c)
patik
d)
beta
68.
“Jikalau begitulah titah ________, eloklah kita pergi siasat segera,”kata Hulubalang kepada Penglima Ali.
a)
tuan hamba
b)
baginda
c)
hamba
d)
patik
69.
Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ________ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
a)
Baginda
b)
Hamba
c)
Patik
d)
Beta
70.
Puan Rafidah runsing memikirkan masa depan anak-anaknya setelah __________ kematian suami
a)
dia
b)
kita
c)
saya
d)
kamu
71.
Semua murid di kelas itu telah memulangkan buku pinjaman di perpustakaan kecuali Rashid kerana ________ tidak hadir ke sekolah pada hari itu
a)
dia
b)
saya
c)
kami
d)
kamu
72.
“Tolong telefon setiausaha _________ apabila ______sampai nanti,” kata Tan Sri Mustapha kepada pemandunya.
a)
saya … kita
b)
awak … dia
c)
kita … mereka
d)
kamu … awak
73.
Wakil rakyat itu dihormati oleh penduduk kampung kerana __________ sangat mengambil berat kebajikan penduduk kampung
a)
dia
b)
kita
c)
kalian
d)
beliau
74.
Hassan selalu bergaduh dengan Halim kerana _________ tidak sependapat dalam banyak perkara
a)
mereka
b)
kalian
c)
kita
d)
dia
75.
Majlis itu dirasmikan oleh Guru Besar. __________ berharap semuanya berjalan dengan lancar
a)
Dia
b)
Saya
c)
Beliau
d)
Mereka
76.
“ _______ perlu tiba di puncak Bukit Tukul sebelum matahari terbit,” kata Cikgu Nasir kepada anak muridnya.
a)
Beliau
b)
Kalian
c)
Kami
d)
Anda
77.
“ Teruskan usaha _________ ke peringkat yang lebih tinggi,” kata jurulatih kepada pasukan bola baling sekolah
a)
kami
b)
anda
c)
kalian
d)
mereka
78.
“ __________ mesti lawan dengan bersungguh-sungguh jika ingin berjaya,”ujar ketua pasukan itu kepada ahli pasukannya
a)
Kita
b)
Kami
c)
Kamu
d)
Kalian
79.
“ _________ tolong letakkan bekas makanan ini di bawah pokok itu, Aufa,” pinta ayahnya.
a)
Kalian
b)
Kamu
c)
Kita
d)
Dia
80.
Saya sekeluarga melancong dalam negeri sahaja. Namun, kali ini _________ ke rantau makanan Tanjung Lumpur
a)
mereka
b)
kalian
c)
kami
d)
kita
81.
“ _________hendak ke mana ramai-ramai begini?” tanya Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya.
a)
Anda
b)
Kamu
c)
Kalian
d)
Mereka
82.
“ Di manakah _________ hendak tunggu mereka?” tanya salah seorang rakanku yang turut menyertai perkelahan itu
a)
aku
b)
kita
c)
saya
d)
kami
83.
Karmila sudah sampai di perpustakaan. _________ sedang menunggu rakan-rakannya
a)
dia
b)
aku
c)
saya
d)
kamu
84.
Kita mesti menghormati ibu bapa ______ kerana dia telah mendidik dan membesar kita.
a)
kita
b)
saya
c)
kami
d)
mereka
85.
“Percayalah, buku ini bukan milik ______. Aku baru beli semalam,”ujar Faiz untuk menyakinkan rakannya
a)
nya
b)
kau
c)
mu
d)
ku
86.
Tahun lepas, beliau bergelar Datuk. Tahun ini naik setingkat lagi dengan gelaran ___________.
a)
Datuk Sri
b)
Datin Sri
c)
Tan Sri
d)
Tun
87.
“Saya tidak bersalah ______ Tuan Hakim. Mereka sengaja hendak kenakan saya, percayalah,”ujar suspek kes pecah amanah itu
a)
Yang Arif
b)
Yang Berusaha
c)
Yang Berhormat
d)
Yang Berbahagia
88.
“__________ berjanji akan bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan ini,cikgu,”ikrar ketua pasukan bola sepak itu serta rakan-rakannya.
a)
Mereka
b)
Saya
c)
Kami
d)
Kita
89.
“Mari tolong ________ kemaskan bilik tidur adik ________ni,Jija,”pinta ibunya ketika Jija sedang bermain-main sendirian.
a)
aku … anda
b)
ibu … kamu
c)
saya … awak
d)
kami … engkau
90.
“__________ Tuan Guru Besar, para guru serta rakan pelajar sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan,”ujar pengacara perhimpunan mingguan itu.
a)
Yang Mulia
b)
Yang Berusaha
c)
Yang Dihormati
d)
Yang Berbahagia
91.
“Upacara perasmian penutupan majlis itu akan disempurnakan oleh _______ ADUN kawasan kita,”ujar Cikgu Salman kepada Guru Besarnya.
a)
Yang Arif
b)
Yang Hormat
c)
Yang Berhormat
d)
Yang Amat Berusaha
92.
“Ampun ______. Gerangan apakah kiranya _________ diminta datang menghadap?” ujar Laksamana Hang Tuah kepada paduka Sultan.
a)
paduka…tuan hamba
b)
tengku …baginda
c)
tuanku …hamba
d)
tuanku …patik
93.
“_________yakin, lambat laun kegiatan __________ belajar secara kumpulan ini akan membuahkan kejayaan akhirnya,” ujar Syahrul kepada rakan kumpulannya.
a)
Aku … kita
b)
Saya … kami
c)
Kami …kalian
d)
Hamba … kamu
94.
“Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga ________,”kata dayang kepada Laksamana.
a)
beta
b)
patik
c)
tuanku
d)
baginda
95.
Menurut rakan Hashimah yang juga berjaya dalam pelajaran, faktor kejayaan _________ adalah kerana kerap mengadakan perbincangan.
a)
kita
b)
saya
c)
kamu
d)
mereka
96.
“Doktor Nora ada di klinik ? ______ ingin berjumpa dengan ___________,”tanya Amran kepada jururawat
a)
Aku … dia
b)
Saya … beliau
c)
Kamu … beliau
d)
Anda … mereka
97.
“Tuan puteri, izinkan ________ ke taman untuk memetik bunga mawar itu,” kata dayang kepada Puteri Intan.
a)
beta
b)
patik
c)
adinda
d)
kakanda
98.
“Kejayaan ________ merupakan hasil usaha para jurulatih. Tunjuk ajar ________ telah mengubah corak permainan selama ini,”kata ketua pasukan bola baling itu.
a)
mereka … saya
b)
kita … mereka
c)
saya … beliau
d)
kami … kamu