NEW
Font size
WorksheetsBMA - BM (UPSR : 2016)
Total questions: 20
Worksheet time: 6mins
Semua dokumen di pejabat sekolah itu sedang __________ oleh ketua kerani agar segala urusan pentadbiran berjalan lancar.
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
dibaik pulih
Dalam ucapannya, guru besar __________ agar murid-murid tahun enam sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
mengajak
mendesak
mengajarkan
menyarankan
Soalan berdasarkan gambar di atas.
Ikan pari yang berjaya dipancing oleh Encik Badrul itu berbentuk _____________ dan mempunyai ekor yang berbisa.
tirus
leper
bujur
lonjong
Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi ____________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
riuh-rendah
simpang-siur
kelam-kabut
bengkang-bengkok
Ibu masih menyimpan koleksi barangan ______________ milik nenek sebagai kenang-kenangan.
lampau
lanjut
lama
lalu
Puan Zaleha ______________ apabila melihat baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu.
putih mata
gelap mata
mata duitan
rambang mata
"Putera raja yang berhajat untuk beristirahat itu segera ke dapur istana setelah terhidu bau masakan yang enak"
Berdasarkan petikan berikut, apakah yang akan dilakukan oleh putera raja selepas itu?
beradu
bersiram
bersantap
bersemayam
Kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa dapat mendidik murid supaya lebih berdisiplin.
Pilih perkataan sinonim bagi pengurusan.
penyeliaan
pentadbiran
pengawasan
pengendalian
Penglihatan Ridhwan menjadi silau apabila terkena pantulan cahaya matahari.
Pilih perkataan sinonim bagi silau.
cerah
kabur
kelam
jelas
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
i) Kenangan pahit itu sering mengganggu fikirannya.
ii) Adik menangis kerana tidak mahu makan ubat yang pahit itu.
iii) Buah mangga itu rasanya pahit kerana belum masak.
iv) Adik tidak lalu makan nasi goreng yang pahit itu.
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i dan iv
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Pasukan Hijau __________ setelah ditewaskan oleh Pasukan Kuning dalam pertandingan bola keranjang itu.
patah kaki
putih mata
bulat hati
putih tulang
Pilih ayat yang betul
Zailan bergegas pulang ke rumah demi hendak mengikut ayahnya ke bandar.
Shahrul bermain badminton sambil adiknya suka bermain ping pong.
Pertandingan bola sepak itu dibatalkan sementara hujan turun.
Yang berbaju kebaya merah itu tunang abang saya.
Pilih ayat yang betul.
Puan Mastura membeli berbagai barangan di pasar tani kerana harganya berpatutan.
Sebahagian besar produk kilang itu adalah untuk pasaran luar negara.
Tiap pemandu yang menghadapi kesesakan lalu lintas diminta supaya bersabar.
Banyak ikan-ikan yang mati di sungai itu akibat keracunan.
Asmira begitu _____________ ketika menggunakan pisau sewaktu meraut lidi untuk dijadikan penyapu supaya tidak cedera.
beria-ria
berhati-hati
bersungguh-sungguh
berjimat-cermat
Ayah berjalan ______________ di luar bilik rawatan ketika menunggu ibu bersalin.
mundar-mandir
kacau-bilau
bolak-balik
lintang-pukang
Adira ____________ kesakitan apabila doktor mencuci kakinya yang luka dan bernanah itu.
mengadu
mengerang
meracau
menjerit
Murid-murid ketawa terbahak-bahak apabila mendengar cerita jenaka Cikgu Faridah yang ____________ hati.
menambat
mencuit
menyentuh
menawan
Murid berwawasan ialah murid yang _____________ diri untuk menghadapi cabaran dunia teknologi.
mengiktiraf
merasmikan
mempersiapkan
menyempurnakan
Majlis Anugerah Cemerlang diadakan untuk menghargai dan ______________ kejayaan murid-murid.
menyempurnakan
merasmikan
mempersiapkan
mengiktiraf
Pemain itu berjaya _____________ tendangan penalti sebentar tadi.
merasmikan
mengiktiraf
mempersiapkan
menyempurnakan
