WorksheetsSISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Yang manakah yang benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia ?
i. Ketua negara dipilih dalam pilihan raya
ii. Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit
iii. Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat
iv. Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat
i dan iii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia ?
i. Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan
ii. Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan
iii. Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali
iv. Perdana Menteri dipilih melalui pilihan
i dan iii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Yang manakah pernyataan benar tentang jawatan Ketua Audit Negara ?
Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen
Saraannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pemecatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal
Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ?
Jemaah Menteri
Bahasa Kebangsaan
Keanggotaan Parlimen
Bahagian Pilihan Raya Persekutuan
Yang manakah benar tentang hubungan Parlimen dengan Perlembagaan ?
Parlimen bertanggungjawab dalam meluluskan pindaan Perlembagaan sesebuah negeri
Parlimen tidak boleh meminda Perlembagaan tanpa kebenaran khas daripada Yang di-Pertuan Agong
Parlimen boleh membatalkan undang-undang negara yang bertentangan dengan Perlembagaan
Parlimen boleh meminda Perlembagaan dengan majoriti 2/3 daripada ahli dewan
"Pindaan beberapa perkara tertentu di dalam Perlembagaan Malaysia hanya dianggap lulus jika mendapat sokongan 2/3 suara Parlimen di dalam bacaan kali kedua dan ketiga tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja"
Yang manakah tertakluk pada pernyataan di atas ?
i. Pindaan kepentingan yang sah bagi kaum-kaum bukan bumiputera
ii. Pindaan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
iii. Pindaan bilangan kawasan Parlimen
iv. Pindaan syarat pelantikan senator
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Bagi Negeri Sabah dan Sarawak, pindaan tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong seperti :
i. Pelantikan Senator
ii. Pelantikan wakil rakyat
iii. Pemberian pingat kebesaran
iv. Kawasan pembinaan perumahan
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Yang manakah benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong ?
i. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan
ii. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam
iii. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
iv. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di
Mahkamah Majistret di Johor
Mahkamah Tinggi di Kelantan
Mahkamah Syariah di Sarawak
Mahkamah Sesyen di Selangor
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat ?
Merasmikan perasmian Dewan Rakyat pada setiap penggal
Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
Meluluskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat
Antara berikut, yang manakah benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja ?
Memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah
Memberi persetujuan terhadap perlantikan Perdana Menteri
Memberi persetujuan terhadap perlantikan Yang Dipertua Negeri
Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri
Yang manakah yang diselaraskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ?
i. Penggunaan tanah rizab orang Melayu
ii. Perubahan sempadan antara negeri-negeri
iii. Amalan dan upacara agama Islam yang meliputi seluruh Persekutuan
iv. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
i dan iii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan ?
Peguam Negara
Perdana Menteri
Ahlu Suruhanjaya
Ketua Hakim Negara
Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia ?
Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat
Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya
Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara
Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan
Yang manakah antara berikut benar mengenai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ?
i. Menyediakan laporan kepada Ketua Audit Negara berhubung pengurusan wang awam
ii. Tugasnya memastikan akautibiliti pengurusan awam oleh penjawat awam
iii. Keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil parti politik utama dalam Parlimen
iv. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilantik oleh YDPA
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
