wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sistem fertigasi

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.
Apakah maksud sistem fertigasi?
a)
Merupakan suatu sistem yang menggunakan tanah 
b)
Sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi
c)
Baja dalam sistem ini diberi melalui sistem pengairan ke bahagian daun secara automatik
d)
Merupakan sistem yang melibatkan aktiviti perikanan 
2.
Fertigasi ialah gabungan dua perkataan iaitu....
a)
perikanan dan pembajaan 
b)
pembajaan dan penternakan
c)
penanaman dan perikanan
d)
pembajaan dan pengairan
3.
Yang manakah BUKAN antara sistem hidroponik?
a)
Teknik Aliran Dalam 
b)
Teknik Pembandingbezaan 
c)
Teknik Pengairan Titis
d)
Teknik Aliran Cetek 
4.
Pilih salah satu tujuan menanam secara fertigasi. 
a)
Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah
b)
Menggalakkan pembaziran air 
c)
Menyukarkan pengawalan serangga dan perosak tanaman
d)
Pemberian baja kurang berkesan 
5.
Yang manakah BUKAN kebaikan menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH)?
a)
mengelakkan tanaman daripada cepat layu akibat pancaran UV daripada cahaya matahari 
b)
mengelakkan atau mengurangkan serangan penyakit yang disebabkan oleh kulat 
c)
mengurangkan penggunaan racun perosak 
d)
memudahkan penyerapan oksigen oleh tumbuhan
6.
Nyatakan media tanaman yang biasa digunakan dalam sistem fertigasi. 
a)
Tanah gambut dan tanah liat
b)
Coco peat, sekam padi dan peat moss
7.
Pilih yang berkaitan dengan TAPAK TANAH bagi sistem fertigasi. 
a)
Tidak perlu rata
b)
Mesti rata 
8.
Apakah jenis tanaman yang boleh ditanam menggunakan sistem fertigasi? 
a)
Tanaman jenis sayur dan buah 
b)
Semua jenis tanaman 
9.
Terdapat tiga jenis sistem pengairan fertigasi, KECUALI
a)
Sistem Pengairan Titis
b)
Sistem Pengairan Percikan
c)
Sistem Pengairan Semburan Kabus 
d)
Sistem Pengairan Sedutan 
10.
Yang manakah BUKAN elemen reka bentuk sistem fertigasi?
a)
Garisan
b)
Warna
c)
Pengulangan
d)
Bentuk 
11.
Pilih jawapan yang BUKAN teknik penyusunan sistem fertigasi. 
a)
Gegelang
b)
Jejari
c)
Pepokok 
12.
Yang manakah BUKAN komponen sistem fertigasi komersial?
a)
Tangki nutrien 
b)
Botol mineral
c)
Pam air 
d)
Set penitis 
13.
Apakah fungsi pH meter?
a)
Digunakan untuk mengukur kepekatan larutan baja 
b)
Digunakan untuk mengukur keasidan dan kealkalian air 
14.
Apakah maksud mock-up?
a)
Model olokan yang diperbuat daripada bahan yang mudah didapati 
b)
Model yang menyerupai objek sebenar 
15.
Ujian Penilaian Objek boleh dijalankan menggunakan dua kaedah iaitu....
a)
Ujian Titisan Model Separa Berfungsi dan Ujian Sambungan Mock-Up
b)
Ujian Tirisan Model dan Ujian Kelengkapan Model 
16.
Apakah yang digunakan untuk menggantikan tanah dalam sistem fertigasi?
a)
baja 
b)
coco peat / sekam padi
c)
air
d)
tisu basah
17.
Kelebihan sistem fertigasi adalah seperti berikut kecuali
a)
penggunaan air secara efisien
b)
masalah merumpai sangat rendah
c)
peningkatan hasil tanaman
d)
kos operasi yang tinggi
18.
Berikut merupakan komponen utama sistem fertigasi kecuali
a)
sumber
b)
medium
c)
alur masuk
d)
alur keluar
19.
Antara berikut, manakah bukan komponen sistem fertigasi
a)
larutan stok baja
b)
tangki nutrien
c)
pam air
d)
penapis
20.

Apakah kaedah penanaman yang digunakan?

a)

Tanaman konvensional

b)

Tanaman fertigasi

c)

Tanaman akuaponik

d)

Tanaman aeroponik

21.

Pilih definisi bagi komponen utama fertigasi: Medium

a)

Tempat keluaran nutrien ke tanaman

b)

Simpanan bekalan nutrien

c)

Laluan penyampaian nutrien

22.

Sistem fertigasi memerlukan modal yg rendah.

a)

Ya

b)

Tidak

23.

Pilih 2 komponen sistem fertigasi komersial

a)
b)
c)
d)
e)
24.

Apakah teknik penyusunan reka bentuk sistem fertigasi di atas?

a)

Sistem Fertigasi Gegelang

b)

Sistem Fertigasi Gegelung

c)

Sistem Fertigasi Jejari

d)

Sistem Fertigasi Bulatan

25.

Nyatakan fungsi tangki nutrien

a)

menakung larutan baja

b)

menapis benda asing

c)

menyalurkan nutrien

d)

membekalkan kuasa

26.

Paip ladang terdiri daripada paip utama, sekunder dan..............

a)

primer

b)

asas

c)

tertier

d)

utama

27.

Pilih 3 kelebihan sistem fertigasi yang betul

a)

tingkatkan hasil tanaman

b)

pembajaan tidak serentak

c)

penggunaan baja efisien

d)

penggunaan baja 30 peratus

e)

masalah merumpai rendah

28.
Reka bentuk sistem fertigasi merupakan inovasi dalam teknologi pertanian yang mengambil kira :
a)
keluasan tanah dan kemudahan untuk tapak penanaman
b)
jenis tanaman yang hendak ditanam
c)
iklim serta kos
d)
semua yang berikut
29.
Manakah antara yang berikut merupakan definisi yang tepat bagi sistem fertigasi
a)
sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi iaitu baja dalam air dibekalkan ke zon pengakaran secara serentak dengan menggunakan sistem pengairan
b)
sistem pengairannya melalui penyiraman biasa
c)
sistem yang memerlukan tanah yang subur
d)
sesuai untuk semua jenis tanaman
30.
Berapakah tempoh masa yang diperlukan dalam sistem fertigasi untuk tujuan proses fotosintesis?
a)
2 jam
b)
4 jam
c)
6 jam
d)
8 jam