wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Pentadbiran Negara 1

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut, merupakan tugas Ketua Audit Negara?

a)

Memeriksa akaun-akaun Persekutuan

b)

Membuat laporan tentang perbelanjaan Persekutuan

c)

Meluluskan perbelanjaan yang dibuat oleh Persekutuan

d)

Mengurus pemberian pinjaman wang Persekutuan kepada Negeri

2.

Yang manakah antara berikut benar tentang badan berkanun?

a)

Boleh melantik kakitangan secara bebas

b)

Pentadbiran terikat dengan kawalan pentadbiran kerajaan

c)

Pegawai boleh dipinjamkan daripada Kerajaan Persekutuan

d)

Berbentuk syarikat induk yang menguruskan sesuatu perniagaan

3.

Yang manakah merupakan tugas kabinet?

a)

Melantik setiausaha politik

b)

Merancang dasar pembangunan negara

c)

Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan

d)

Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

4.

Antara berikut, yang manakah tujuan penubuhan Perbadanan Awam di Malaysia?

a)

Merangsang pertumbuhan produktiviti negara secara lebih komprehensif

b)

Melibatkan sektor swasta dalam bidang yang tidak diceburi oleh badan kerajaan

c)

Melibatkan secara terus agensi dan badan kerajaan dalam pembangunan negara

d)

Menggerakkan pembangunan sosioekonomi secara lebih cekap dan berkesan

5.

Yang manakah antara berikut merupakan kuasa budi bicara Sultan?

a)

Melantik Menteri Besar

b)

Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

c)

Menjadi pengerusi jemaah pemangku raja

d)

Merasmikan persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

6.

"Menjalankan tugas eksekutif iaitu merumus, merancang dan membentuk rancangan pembangunan negara." Tugas di atas dilaksanakan oleh

a)

Majlis Tindakan Negara

b)

Unit Perancangan Ekonomi

c)

Jabatan Perdana Menteri

d)

Jabatan Perkhidmatan Awam

7.

Yang manakah antara berikut merupakan tugas Setiausaha Jemaah Menteri?

a)

Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri

b)

Mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri

c)

Memberi cadangan dan pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri

d)

Menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri kepada badan-badan pelaksana

8.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tugas raja dan Yang Dipertua Negeri?

a)

Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

b)

Menghadiri semua perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri

c)

Menjalankan pemerintahan atas nasihat ketua kerajaan negeri

d)

Mengampuni orang yang disabitkan kesalahan di Mahkamah Syariah negeri sendiri

9.

Yang manakah merupakan corak penerimaan keputusan mesyuarat Kabinet?

a)

Koperatif

b)

Kolaboratif

c)

Koordinasi

d)

Kolektif

10.

"Menjadi pengerusi mesyuarat Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri". Penyataan ini merujuk kepada

a)

Timbalan Perdana Menteri

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri

11.

Antara berikut, yang manakah benar tentang badan tidak berkanun?

a)

Kakitangan awam boleh dipinjamkan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam

b)

Tidak boleh menubuhkan anak syarikatnya sendiri

c)

Boleh melantik kakitangannya secara bebas

d)

Menanggung sendiri perbelanjaan

12.

"Menilai dan menyemak semula dasar dan program pembangunan kerajaan". Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Unit Perancangan Ekonomi

b)

Unit Kerjasama Awam dan Swasta

c)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

d)

Jabatan Perkhidmatan Awam

13.

Yang manakah antara berikut merupakan peranan Perdana Menteri?

a)

Ketua Jemaah Menteri

b)

Ketua Whip di Parlimen

c)

Penasihat perundangan kepada Yang DiPertuan Agong

d)

Penasihat Majlis Keselamatan Negara

14.

"Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan dan mempromosikan progarm kerjasama awam dan swasta". Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Unit Kerjasama Awam dan Swasta

b)

Unit Perancangan Ekonomi

c)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

15.

Yang manakah merupakan tanggungjawab seorang Ketua Kerajaan Persekutuan?

a)

Menyampaikan keputusan mesyuarat Kabinet kepada agensi kerajaan

b)

Memperkenankan pengisytiharan darurat

c)

Menasihati Ketua Negeri hal ehwal berkaitan pentadbiran negeri

d)

Jurucakap kerajaan Malaysia dalam hal ehwal pentadbiran negara dan antarabangsa