wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PBSM TINGKATAN 4

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan gambar rajah diatas menunjukkan jenis simpulan dan ikatan

a)

Simpul angka 8

b)

Ikatan Buku sila

c)

. Simpul Manok

d)

Simpul Belit Lucut

2.

Ikatan atau simpulan ini bertujuan mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga?

a)

Buku Sila

b)

Simpul Pengail

c)

Simpul Manok

d)

Tindih Kasih

3.

Ikatan tindih kasih digunakan sebagai ikatan untuk


I. Mengikat leher binatang

II. Memendekkan tali

III. Menyelamatkan mangsa untuk turun dari kawasan tinggi

IV. Digunakan untuk mengikat kain pembalut luka

a)

I dan II

b)

II dam III

c)

I dan III

d)

IV sahaja

4.

Kegunaan bagi simpul angka 8 untuk:

a)

Mendaki bukit, abseiling dan rappelling

b)

Penahan untuk mengangkat barang sebagai tali keselamatan dan mengikat khemah

c)

Menyambungkan dua tali yang tidak sama besar saiznya

d)

Mengikat leher binatang

5.

Apakah fungsi ikatan buku sila ?

a)

Digunakan sebagai pengikat kain pembalut luka

b)

Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi

c)

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.

d)

Digunakan untuk mengikat tali pada pokok semasa aktiviti panjat- memanjat

6.

Bagaimana cara untuk memastikan punca dan hujung tali senang dibuka semula ?

a)

Menyambung tali yang tidak sama besar saiznya

b)

Menyambung tali yang sama besar saiznya

c)

Masukkan hujung tali supaya bersilang untuk membentuk simpul

d)

Membelitkan tali dicelah kayu beberapa kali

7.

Apakah fungsi Ikatan Simpul Manuk?

a)

Digunakan sebagai pengikat kain pembalut luka

b)

Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak

c)

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut

d)

Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali

8.

Ikatan ini tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik tempat yang dikehendaki dengan selamat ?

a)

Ikatan Simpul Manuk

b)

Ikatan Buku Sila

c)

Ikatan Pengail

d)

Ikatan Bunga Geti

9.

Apakah fungsi ikatan bunga geti ?

a)

Menyambungkan dua tali yang sama besar saiznya

b)

Digunakan sebagai pengikat kain pembalut luka

c)

Digunakan sebagai pengikat pokok

d)

Menyambungkan dua tali yang tidak sama besar saiznya

10.

Apakah nama ikatan pada gambar rajah diatas?

a)

Ikatan Simpul Manuk

b)

Ikatan Bunga Geti

c)

Ikatan Pengail

d)

Ikatan simpul 8

11.

Gambar di atas menunjukkan jenis simpulan dan ikatan apakah??

a)

Lilik Balak

b)

Ikatan Silang Gunting

c)

Simpulan Belit Lucut

d)

Ikatan Bunga Geti

12.

Tali diperbuat daripada bahan-bahan berikut, kecuali ___________

a)

bulu binatang

b)

sabut

c)

dawai

d)

besi

13.

Biasanya simpulan menggunakan tali yang ________________

a)

kecil dan besar saiznya

b)

besar dan kecil saiznya

c)

sederhana dan besar saiznya

d)

kecil dan sederhana saiznya

14.

Ikatan digunakan untuk mengikat ___________

a)

kayu, buluh, tiang dan papan.

b)

kayu, simen, buluh dan tiang.

c)

buluh, tiang, papan dan besi.

d)

buluh, tiang, besi dan tembok.

15.

Apakah ikatan yang digunakan untuk membuat tanjul dan tidak menjerut bahkan digunakan untuk menyelamatkan orang?

a)

Buku sila

b)

Bunga geti

c)

Tindih kasih

d)

Lilit pemati

16.

Cara penjagaan tali adalah seperti berikut kecuali __________________________.

a)

tidak perlu dibasuh.

b)

perlu dikeringkan dalam suhu bilik.

c)

perlu diuji dahulu.

d)

dibasuh menggunakan sabun.

17.

Yang manakah berikut merupakan jenis-jenis khemah yang lazim digunakan untuk perkhemahan? (Pilih 3 jawapan yang betul)

a)

Khemah Satu Tiang

b)

Khemah Iglu atau Khemah Bentuk Kubah

c)

Khemah Bentuk A

d)

Khemah Bentuk T

18.

Apakah jenis khemah yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

a)

Khemah Satu Tiang

b)

Khemah Bentuk A

c)

Khemah Tiang

d)

Khemah Bentuk Kubah

19.

Yang manakah berikut BUKAN merupakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih tapak perkhemahan?

a)

Bentuk muka bumi

b)

Sinar matahari

c)

Suhu

d)

Arah laluan angin

20.

Semasa memilih tapak perkhemahan, bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering serta tidak berbatu-batu. Kedudukan tanah tersebut harus lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya untuk mengelakkan air bertakung atau banjir ketika hujan lebat.


Pernyataan di atas adalah benar atau salah?

a)

Benar

b)

Salah

21.

Mengapakah khemah yang diperbuat daripada nilon lebih popular digunakan?

a)

Harga lebih murah

b)

Ringan dan senang dibawa ke tempat perkhemahan

c)

Mudah diperolehi

d)

Lebih tahan lasak

22.

Apabila berkhemah di hutan, apakah yang perlu ditaburkan di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripada memasuki khemah pada waktu malam?

a)

Ubat nyamuk

b)

Serbuk sulfur (belerang)

c)

Serbuk soda

23.

Apakah nama bahagian X dan Y bagi khemah berbentuk kubah seperti dalam gambar di atas?X

a)

X= Pancang, Y= Pintu Khemah

b)

X= Penutup Khemah (Fly sheet), Y= Pancang

c)

X= Pintu Khemah, Y= Pancang

d)

X= Pancang, Y= Penutup Khemah (Fly sheet)

24.

Yang manakah berikut merupakan perkara yang dilarang di dalam khemah? (Pilih 3 jawapan)

a)

Memasak

b)

Mengidai atau menjemur pakaian di atas bumbung khemah

c)

Berehat

d)

Merokok

25.

Yang manakah berikut BUKAN langkah penjagaan khemah yang betul?

a)

Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan

b)

Mencuci khemah dengan menggunakan sabun

c)

Khemah hendaklah disimpan di tempat yang sesuai, selamat dan kering

d)

Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun

26.

Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti penting dalam pasukan unit beruniform. Banyak faedah yang akan diperolehi oleh anak murid atau pelajar melalui sesuatu perkhemahan, di antara ialah tujuan perkhemahan KECUALI:

a)

Berkhemah sebagai cara ibadat

b)

Berkhemah sebagai cara pendidikan

c)

Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan

d)

Berkhemah untuk menyelesaikan masalah peribadi

27.

Terdapat pelbagai jenis perkhemahan yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu. Antara yang berikut bukannya jenis perkhemahan yang dipraktikkan.

a)

Perkhemahan ringkas

b)

Perkhemahan kumpulan

c)

Perkhemahan saling ganti

d)

Perkhemahan secara besar-besaran

28.

Berikut ialah alatan individu yang perlu dibawa ke perkhemahan:

a)

Kayu pancang khemah

b)

Lampu picit dan wisel

c)

Wayar sambung elektrik

d)

Peti Pertolongan Cemas

29.

Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat dipilih bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan, berikut adalah perkara yang perlu diambil kira, KECUALI:

a)

Berhampiran dengan pantai

b)

Kemudahan asas yang mencukupi

c)

Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin

d)

Mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

30.

Khemah jenis ini sesuai digunakan di kawasan tanah rendah. Khemah ini memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. Jenis khemah ini ialah……

a)

Dome tent

b)

Igloo tent

c)

Bell tent

d)

A tent

31.

Peserta yang menyertai perkhemahan ini akan berasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Perkhemahan ini bertujuan……

a)

Rekreasi

b)

Berorientasi Sosial

c)

Menghargai Alam Semula Jadi

d)

Membuka Mata Perihal Kesihatan

32.

Surat-surat kebenaran perlu disediakan untuk semua aktiviti perkhemahan di sekolah. Antara surat kebenaran yang berikut perlu diperolehi oleh setiap individu sebelum dibenarkan untuk mengikut aktiviti perkhemahan.

a)

Surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri

b)

Surat kebenaran pihak polis

c)

Surat kebenaran ibu bapa

d)

Surat kebenaran hospital

33.

Yang manakah pernyataan berikut adalah benar tentang pertolongan cemas?

a)

Pertolongan cemas ialah bantuan perubatan.

b)

Pertolongan cemas menggunakan bahan yang ada di sekitar.

c)

Pertolongan cemas mengutamakan keselamatan mangsa.

d)

Pertolongan cemas perlu diberikan untuk semua kecederaan sebelum mangsa dihantar ke hospital.

34.

Tujuan pertolongan cemas bukan untuk...

a)

menyelamatkan nyawa

b)

memastikan mangsa selamat

c)

menyembuhkan kecederaan

d)

memberi keselesaan kepada mangsa

35.

Objek ini boleh menyebabkan luka berikut kecuali...

a)

amputasi

b)

luka terhiris

c)

luka melelas

d)

luka tikaman

36.

Luka berikut ialah luka

a)

tikaman

b)

amputasi

c)

terkoyak

d)

terhiris

37.

Rajah berikut menunjukkan kesan terbakar

a)

tahap pertama

b)

tahap kedua

c)

tahap ketiga

38.

Rawatan yang tidak betul untuk terbakar adalah

a)

menggunakan kapas menutup bahagian terbakar

b)

menyiram badan terbakar dengan air

c)

menanggalkan cincin pada jari yang terbakar

d)

letakkan bahagian terbakar di bawah air mengalir

39.

Tujuan rawatan patah tertutup ialah

a)

mengelakkan jangkitan kuman

b)

menghentikan pendarahan

c)

menghadkan pergerakan

d)

selimutkan mangsa

40.

Kedalaman tekanan dada semasa melakukan CPR untuk orang dewasa ialah

a)

3 hingga 4 cm

b)

4 hingga 5 cm

c)

5 hingga 6 cm

d)

6 hingga 7 cm

41.

Tindakan yang betul apabila tangan mangsa digigit haiwan ini adalah...

a)

menangkap haiwan ini ke hospital

b)

menenangkan mangsa

c)

mengikat tangan mangsa dengan tali

d)

menghisap darah dari luka gigitan

42.

Pilih pernyataan yang benar tentang pitam.

a)

Mangsa pitam perlu dihantar ke hospital segera

b)

Berikan mangsa panadol dan air yang banyak

c)

Baringkan mangsa dan tinggikan kaki

d)

Sapukan minyak angin pada tengkuk mangsa

43.

Peraturan mengangkut mangsa yang salah adalah...

a)

Jangan mengangkut mangsa kecuali benar-benar perlu

b)

Jangan minta bantuan orang yang tiada kemahiran pertolongan cemas

c)

Jangan alihkan mangsa dalam kedudukan meniarap

d)

Jangan mengangkut mangsa yang tidak sedar diri.

44.

Tindakan yang betul untuk mangsa disyaki termakan racun adalah...

a)

Lakukan tekanan abdomen

b)

Minta mangsa minum banyak air garam

c)

Berikan mangsa minuman air kelapa

d)

Jangan galakkan mangsa muntah.

45.

Asfiksia disebabkan oleh berikut kecuali...

a)

tercekik makanan

b)

benda berat menimpa dada

c)

terhidu gas beracun

d)

dipatuk ular