WorksheetsKertas Pemahaman UPSR (Tatabahasa)
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Gaji sebagai pengawal keselamatan di kedai pusat beli-belah itu tidak banyak. ________, dia tidak pernah meminjam wang daripada sesiapa pun.
Jika demikian
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Oleh yang demikian
_______ dewan sekolah dengan menggunakan cat yang terang boleh menimbulkan suasana ceria.
Kemasan
Kemaskan
Kekemasan
Pengemasan
Banyak _______ menghurung buah limau yang tidak habis dimakan itu.
umang-umang
kunang-kunang
sumpah-sumpah
bari-bari
"Minta maaf. ________ tidak boleh masuk ke dalam kawasan ini kerana masih dalam pembinaan," kata pengawal itu kepada Encik Johan.
Engkau
Saudari
Tuanku
Encik
Kapal terbang yang ________ itu telah mengorbankan seramai 189 orang penumpang.
terhempas
menghempas
berhempas
dihempas
Nadia berbaring di atas sofa _________ membaca buku cerita kegemarannya.
lalu
sambil
selagi
atau
Danial terjatuh dari pokok mangga akibat terpijak dahan kayu yang sudah _________.
rapuh
rangup
reput
rosak
Peminta sedekah itu _________ tangannya untuk meminta simpati orang ramai memberikan duit.
menghulurkan
menadahkan
membuka
meletakkan
"Ampun _________. Patik rasa lebih baik sekiranya diarahkan hulubalang berkawal di sempadan ini," kata Bendahara.
beta
hamba
tuanku
baginda
Pak Hamid __________ jalanya ke dalam laut untuk meraih hasil tangkapan ikan yang banyak.
menebarkan
menghamparkan
mencampakkan
membentangkan
Kereta yang terbabas itu _________ melanggar warung Pak Halim yang terletak di simpang jalan itu.
lewat
dekat
suntuk
nyaris
Kemarahan Samad semakin __________ apabila mengetahui kebunnya dirosakkan oleh sekawan gajah liar.
memuncak
kemuncak
berpuncak
sepuncak
Pekerja yang _________ akan mendapat ganjaran yang memuaskan.
aktif
bijak
mahir
handal
Aidan dan Hilman sering memancing ikan di _________ jambatan itu.
bawah
hadapan
belakang
dalam
"_________ dikenang akan peristiwa yang pahit itu lagi," ayah memujuk adik.
Tolong
Minta
Sila
Usah
Terdapat tiga tunas pada tiga ________ tebu itu.
batang
rumpun
ruas
ikat
________, sanggup kau mempersendakan aku di khalayak ramai!
Cis
Nah
Amboi
Wahai
________ menunggu pemberita itu hingga petang, ________ saya pulang ke pejabat dahulu.
Sungguhpun ... malah
Semakin ... lebih baik
Daripada ... lebih baik
Daripada ... ataupun
_______ boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui cara menukarkan warna badannya.
Tupai-tupai
Obor-obor
Sumpah-sumpah
Labi-labi
_______ daripada alat tulis yang ada di dalam kotak pensel itu adalah kepunyaan abangnya.
Semua
Sebahagian
Pelbagai
Sebilangan
Perniagaan ayah Syakila terpaksa _________ kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
lintah darat
harga mati
paku belanda
gulung tikar
Oleh sebab Fiya dan Azam berbuat bising di dalam kelas, semua murid tahun 6 Tera telah didenda oleh guru disiplin.
Peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi itu ialah
Sudah jatuh ditimpa tangga
Belum duduk sudah berlunjur
Besar periuk besarlah keraknya
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
Johanna berasa tidak sabar untuk mengetahui klimaks cerita penyiasatan tersebut.
Perkataan seerti bagi klimaks ialah
puncak
idea
penghujung
kesimpulan
Fifi begitu berselera menikmati daging ayam yang empuk itu.
Perkataan berlawan bagi empuk ialah
lembut
liat
kasar
keras
"Kawasan hutan rekreasi itu terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana ada _________ mengatakan harimau berkeliaran di kawasan tersebut.
hiruk-pikuk
kumat-kamit
desas-desus
keluh-kesah
Diana berjanji _________ menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan penuh tanggungjawab.
masih
belum
akan
sejak
Secara umumnya, komputer dapat ________ tugas yang rumit.
dimudahkan
memudahkan
kemudahan
pemudahan
Aiman menolong ibunya menyapu daun-daun kering di __________ rumah mereka pada hujung minggu.
karangan
perkarangan
pekarangan
pengarang
__________ di kawasan luar bandar semakin rancak sejak beberapa buah kilang didirikan di kawasan berhampiran.
Bangunan
Terbangun
Pembangunan
Membangunkan
Guru besar __________ lencana pada baju Deviana semasa majlis pelantikan pengawas.
menambatkan
menyematkan
memasangkan
meletakkan
Encik Basri ________ ikan di halaman rumah untuk dijadikan ikan kering.
memanggang
menyalai
membakar
menjemur
Banyak ________ menyumbangkan tenaga untuk membantu mangsa tsunami di penempatan sementara itu.
sasterawan
wartawan
budayawan
sukarelawan
"__________ pengetahuan saya, Amran tidak akan berperangai kurang sopan terhadap ibu bapanya."
Sepanjang
Seimbas
Sejauh
Seingat
Selepas naik ke pentas, Pengerusi Lembaga Sekolah Cemara mula berucap dengan __________.
panjang lidah
panjang lebar
panjang sebenar
panjang akal
Lelaki buta itu mendapat sebuah televisyen plasma sebagai hadiah.
Peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas ialah
Seperti kera kena belacan
Seperti kera mendapat bunga
Seperti si kudung mendapat cincin
Seperti si buta kehilangan tongkat.
