wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKBBBK: BAHASA MELAYU SPM-TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

2.

Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal bagi memenuhi aspirasi rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan serta dahagakan kemajuan.

Digubal bagi memenuhi aspirasi rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan dan dahagakan kemajuan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

3.

Peraturan-peraturan peperiksaan SPM tidak wajar diketepikan oleh calon SPM kerana boleh menjejaskan keputusan mereka.

Calon SPM tidak wajar mengetepikan peraturan-peraturan peperiksaan SPM kerana boleh menjejaskan keputusan mereka.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

4.

Rancangan Selamat Pagi Malaysia disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada setiap hari bermula jam 7.30pagi.

Radio Televisyen Malaysia menyiarkan Rancangan Selamat Pagi Malaysia pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

5.

Wakil rakyat yang dipilih harus melaksanakan tugas dengan baik dan penuh integriti demi kesejahteraan komuniti.

Tugas harus dilaksanakan dengan baik dan penuh integriti oleh wakil rakyat yang dipilih demi kesejahteraan komuniti.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan sonsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

6.

Set perabot yang agak mewah dan elegan itu kami beli untuk diletakkan di rumah baru agar sesuai dengan luas dan reka bentuknya.

Kami membeli set perabot yang agak mewah dan elegan itu untuk diletakkan di rumah baru agar sesuai dengan luas dan reka bentuknya.

a)

ayat susunan biasa

b)

ayat susunan songsang

c)

ayat aktif

d)

ayat pasif

7.

"Anda telah menyebarkan berita palsu berkenaan serangan Virus Corona di negara ini," jelas Yang Arif Hakim Ahmad kepada pesalah itu.

"Berita palsu berkenaan serangan Virus Corona di negara ini telah anda sebarkan," jelas Yang Arif Hakim Ahmad kepada pesalah itu.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

8.

Para pelajar wajar mencontohi Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang berjaya menjadi Angkasawan Negara pertama.

Daruk Dr. Muszaphar Shukor yang berjaya menjadi Angkasawan Negara pertama wajar dicontohi oleh para pelajarnya.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

9.

Kami meneruskan pendakian ke puncak gunung walaupun hujan mula membasahi bumi.

Pendakian ke puncak gunung kami teruskan walaupun hujan mula membasahi bumi.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

10.

Sungai Klang telah dinaik taraf oleh kerajaan demi memastikan landskap dan imej Bandaraya Kuala Lumpur terpelihara.

Kerajaan telah menaik taraf Sungai Klang demi memastikan landskap dan imej Bandaraya Kuala Lumpur terpelihara.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

11.

Kita perlu menjaga kesihatan diri sepanjang masa kerana kesihatan merupakan aset yang paling utama dalam kehidupan.

Kesihatan diri perlu kita jaga sepanjang masa kerana kesihatan merupakan aset yang paling utama dalam kehidupan.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

12.

"Jika mahu berjaya, matlamat perlu jelas dan perancangan rapi perlu kita atur untuk merealisasikannya," kata guru kaunseling itu.

"Jika mahu berjaya, matlamat perlu jelas dan kita perlu mengatur perancangan rapi untuk merealisasikannya," kata guru kaunseling itu.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

13.

Akan menoreh getah dia pada awal pagi sebelum terbit fajar.

Dia akan menoreh getah pada awal pagi sebelum terbit fajar.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

14.

Perlu bekerja gigih setiap ibu bapa demi memastikan ahli keluarga dapat hidup lebih selesa dan segala keperluan mencukupi.

Setiap ibu bapa perlu bekerja gigih demi memastikan ahli keluarga dapat hidup lebih selesa dan segala keperluan mencukupi.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

15.

Program derma darah di Hospital Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat serta antarabangsa.

Mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat serta antarabangsa program derma darah di Hospital Kuala Lumpur.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

16.

Sedang melakukan operasi sekatan jalan raya pihak polis bagi mengesan pemandu yang cuai dan pernah memiliki saman lampau.

Pihak polis sedang melakukan operasi sekatan jalan raya bagi mengesan pemandu yang cuai dan pernah memiliki saman lampau.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

17.

Berjaya menewaskan pemain handalan dari China pemain badminton terbaik negara, Datuk Lee Chong Wei dalam Kejohanan Dunia itu.

Pemain badminton terbaik negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain handalan dari China dalam Kejohanan Dunia itu.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

18.

Menjadi pilihan ramai pekerja profesional aplikasi Telegram kerana kemudahan menghantar dokumen rasmi selain daripada komunikasi personal.

a)

ayat susunan songsang

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif

19.

Syarikat Bestari Teknologi yang berpangkalan di Kuala Lumpur berhasrat memasarkan komputer peribadi buatan Malaysia yang pertama di semua sektor awam .

a)

Ayat susunan songsang

b)

Ayat susunan biasa

c)

Ayat pasif

d)

Ayat aktif

20.

Perdana Menteri sentiasa menggalakkan penyuburan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam.

Penyuburan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam sentiasa digalakkan oleh Perdana Menteri .

a)

ayat susunan songsang.

b)

ayat susunan biasa

c)

ayat pasif

d)

ayat aktif