wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Teori seni

Total questions: 51

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis garisan yang digunakan dalam objek alam semulajadi di bawah?

a)

Bergetar dan berlingkar

b)

Berpusing dan bergerigi

c)

Berlingkar dan berpancar

d)

Berpusar dan bergetar

2.

Apakah nama alat perhiasan yang terkenal di Pantai Timur bermotifkan alam semulajadi dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutas rantai

a)

Dokoh

b)

Kalung

c)

Loket

d)

Anting-anting

3.

Warna harmoni juga dikenali sebagai

a)

warna asas

b)

warna bertindak

c)

warna sewarna

d)

warna penggenap

4.

Garian yang ditunjukkan dalam gambar rajah disebelah menunjukkan

a)

Ilustrasi rupa motif

b)

Olahan warna dan ton

c)

Ilusi bentuk dan pergerakan

d)

Olahan ruang dan pergerakan

5.

Jalinan corak pada binatang berikut mempunyai ciri-ciri

a)

Keselamatan

b)

Kontra dengan alam

c)

Nilai estetik

d)

Harmoni dengan alam

6.

Seni logo dapat memainkan peranan sebagai

a)

mempamerkan barangan

b)

komunikasi tanpa suara

c)

melariskan barangan

d)

mengaut keuntungan

7.

Nyatakan ciri utama bagi papan tanda

a)

Bersifat elektronik

b)

Terdapat di bandar utama sahaja

c)

Mempunyai nilai keterbacaan

d)

Mengaplikasi prinsip harmoni

8.

Apakah fungsi utama pembungkuan bagi sesuatu barangan ?

a)

Mudah dibawa

b)

Supaya nampak cantik

c)

Menjaga kualiti barangan

d)

Supaya pengguna senang memilih

9.

Langkah utama dalam proses penghasilan barangan industri adalah

a)

membuat model

b)

membuat prototaip

c)

membuat kajian dan penyelidikan

d)

mengenal pasti masalah dan keperluan

10.

Apakah yang dipentingkan dalam penghasilan sebuah poster

a)

warna yang terang

b)

reka letak gambar

c)

ilustrasi dan rupa

d)

tipografi dan ilustrasi

11.

seni bina landskap kejur di bawah dikenali sebagai

a)

gazebo

b)

pergola

c)

pejalan kaki

d)

arca

12.

berdasarkan gambar rajah di bawah, apakah sebenarnya fungsi pergola bagi taman tersebut

a)

sebagai pelengkap taman

b)

menapis pencemaran habuk

c)

memberi teduhan bagi lalau pejalan kaki

d)

mengimbangi ekosistem dan habitat serangga

13.

Dalam kraf anyaman tikar mengkuang, apakah proses yang bertujuan untuk mengemaskan anyaman supaya tidak terburai dan longgar?

a)

mengerat

b)

menyisip

c)

melagang

d)

menganyam

14.

Pilih di antar teknik berikut yang paling sesuai digunakan dalam menghasilkan karya media pen

a)

Teknik lorekan

b)

Teknik gosokan

c)

Teknik pointilisme

d)

Teknik semburan

15.

Tarikan utama pembungkusan minuman kotak adalah

a)

Warna

b)

Ilustrasi

c)

Reka bentuk

d)

Jenis bahan

16.

Gambar rajah berikut menunjukkan salah satu perhiasan pakain tradisional wanita tempatan. Apakah jenis perhiasan tersebut?

a)

Loket

b)

Kalung

c)

Dokoh

d)

Keronsang

17.

Semasa menjalankan proses anyaman pada gambar ini bertujuan untuk

a)

Daun mengkuang berubah warna

b)

Mengelakkan mengkuang menjadi kering

c)

Mengkuang dilerai-leraikan mengikut saiz yang sama

d)

Daun mengkuang menjadi lembut dan tahan lama

18.

Gambar rajah ini menunjukkan ruang dan perspektif

a)

Perspektif satu titik lenyap

b)

Perspektif dua titik lenyap

c)

Perspektif tiga titik lenyap

d)

Perspektif empat titik lenyap

19.

Jenis Pembungkusan berikut sesuai bagi menyimpan barangan jenis

a)

Cecair mandian

b)

Ayam goreng

c)

Barangan eletrik

d)

Kentang goreng

20.

Rupa corak di atas dicipta berdasarkan prinsip

a)

Rupa negatif

b)

Rupa positif

c)

Rupa positif organik

d)

Rupa Positif dan negatif

21.

Apakah media yang sesuai dan teknik catan yang terhasil jika anda menggunakan alatan seperti dalam gambar?

a)

cat minyak teknik basah atas basah

b)

cat air teknik basah atas basah

c)

cat minyak teknik impasto

d)

cat akrilik teknik hard edge

22.

bahagian pendongkok adalah

a)

Gelang antara hulu keris dan bilah keris

b)

Gelang-gelang daripada besi

c)

Bahagian mata keris

d)

Kerawang di pangkal mata keris

23.

Alatan ini dikenali sebagai kek tumpah bagi tenunan kain pua. Tenunan kain pua digunakan dalam upacara berikut kecuali

a)

Kelahiran bayi

b)

Perkahwinan

c)

Pertunangan

d)

Kematian

24.

Teknik yang digunakan untuk menghasilkan rupa baharu tersebut dikenali sebagai?

a)

Kikisan

b)

Pengurangan

c)

Tindanan

d)

Campuran

25.

apakah fungsi cucur atap

a)

memberikan pengudaraan

b)

hiasan pada rumah tradisional

c)

memberikan teduhan dan kawalan cahaya

d)

mengawal hujan dari memasuki rumah

26.

Pola yang digunakan dalam penghasilan cucur atap ini adalah

a)

Pola Bujang

b)

Pola Pemidang

c)

Pola Lengkap

d)

Pola Serentak

27.

Perbezaan ketara antara lukisan dengan catan ialah

a)

Lukisan nilainya rendah manakala catan lebih mahal

b)

lukisan di hasilkan dalam hitam dan putih manakala catan berwarna

c)

lukisan merupakan karya terawal manakala catan lahir secara era moden

d)

lukisan menggunakan media kering manakala catan sapuan warna menggunakan media basah

28.

Warna apakah yang sesuai bagi bilik tidur kanak-kanak perempuan

a)

biru

b)

merah

c)

coklat

d)

merah jambu

29.

Mengapakah iklah yang dipaparkan secara elektronik lebih berkesan?

a)

Harganya lebih murah

b)

imejnya statik dan mudah dilihat

c)

syarikat tertentu sahaja yang mampu mengendalikannya

d)

imejnya yang bergerak dan berwarna warni menarik perhatian

30.

apakah elemen yang penting dalam penghasilan arca?

a)

ruang dan rupa

b)

rupa dan bentuk

c)

ruang dan warna

d)

bentuk dan ruang

31.

Antara karya komunikasi visual yang berikut, yang manakah mempunyai penegasan yang tinggi?

a)

Logo

b)

Catan

c)

Poster

d)

Brosur

32.

Apakah nama bahagian tengah dalam kain sarung tersebut

a)

Badan kain

b)

Kepala kain

c)

Kaki kain

d)

Gigi kain

33.

Bagi melukis sebuah menara jam yang tinggi, perspektif yang manakah sesuai digunakan?

a)

perspektif satu titik lenyap

b)

perspektif dua titik lenyap

c)

perspektif tiga titik lenyap

d)

perspektif garisan kaki langit

34.

Antara berikut, bahan yang manakah sesuai untuk menghasilkan arca acuan?

a)

kaca

b)

kayu

c)

plastisin

d)

plaster of paris

35.

Apakah nama tembikar yang dihasilkan di negeri Perak?

a)

labu sayong

b)

mambong

c)

terenang

d)

geluk

36.

Megnapakah daun mengkuang dan daun pandan dilayurkan di atas bara api terlebih dahulu sebelum proses menjangka dilakukan?

a)

Menghilangkan warna asal daun

b)

memudahkan proses menjemur dan melurut

c)

menjadikan daun lembut dan tahan lebih lama

d)

memudahkan proses memotong dan membuang duri

37.

Antara berikut yang manakah benar tentang arca timbulan?

a)

contoh arca timbulan ialah ukiran kayu tradisonal teknik bunga timbul

b)

arca timbulan tidak boleh dihasilkan dengan plaster of paris

c)

boleh dihasilkan melalui dua teknik

d)

merupakan arca berbentuk 2D

38.

mementingkan kebenaran, ketepatan dan keaslian serta digambarkan secara nyata. maklumat ini merujuk kepada catan aliran

a)

realisme

b)

naturalis

c)

impresionisme

d)

ekspresionisme

39.

Antara jenis batik berikut yang manakah penghasilannya tanpa menggunakan lilin?

a)

batik tulis

b)

batik tetap

c)

batik sarong

d)

batik pelangi

40.

apakah yang penting dalam penghasilan sebuah poster?

a)

Warna dan ruang

b)

reka letak gambar

c)

ilustrasi dan rupa

d)

tipografi dan ilustrasi

41.

Antara unsur berikut yang manakah merupakan objek landskap lembut?

a)

Gazebo

b)

Lampu taman

c)

Kolam buatan

d)

Tumbuhan renek

42.

Diletak dilaluan orang ramai,berbentuk pegun, tiga dimensi atau boleh berpusing. Maklumat berikut merujuk kepada

a)

Tanda jalan

b)

papan peraga

c)

iklan persinggahan

d)

iklan persimpangan

43.

Semasa memilih jenis tumbuhan dalam hiasan landskap,aspek yang paling penting ialah

a)

saiz tumbuhan

b)

permukaan tanah

c)

bentuk dan warna tumbuhan

d)

kesesuaian tumbuhan dengan topografi

44.

Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli minuman kotak?

a)

Saiz kotak

b)

Bentuk kotak

c)

Muka taip pada kotak

d)

Ilustrasi dan warna kotak

45.

Garisan yang digunakan untuk menghasilkan tiang rumah adalah

a)

Garisan berduri

b)

Garisan berbulu

c)

Garisan menegak

d)

Garisan melengkung

46.

Pernyataan berikut benar tentang pendongkok, kecuali

a)

hiasan tatahan batu permata yang dicengkam

b)

penghasilannya menggukan teknik tebuk

c)

diperbuat daripada perak dan tembaga

d)

dipasang pada sarung keris

47.

Risalah merupakan reka bentuk grafik yang digunakan untuk mempromosi sesuatu produk. Berapakah bilangan muka maklumat yang dapat dimuatkan?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

48.

Risalah sering digunakan untuk

a)

Menyalurkan maklumat bercetak secara ringkas

b)

menyampaikan iklan dalam bentuk multimedia

c)

menyampaikan maklumat secara audio

d)

menyampaikan maklumat digital

49.

Tokoh yang dikenali sebagai "Pelukis Potret Diraja" merupakan

a)

Amron Omar

b)

Abudllah Ariff

c)

Hoessein Enas

d)

Yong Mun Sen

50.

Karya diatas bertajuk Kapal kertas. Pelukis ini sering menggunakan kisah kanak-kanak dalam lukisan. Beliau adalah

a)

Chuah Thean Teng

b)

Peter Harris

c)

Ibrahim Hussein

d)

Dzulkifli Buyong

51.

Motif bunga kekwa ini dihasilkan menggunakan seni Tekat. Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan Seni Tekat?

a)

Benang emas

b)

Benang perak

c)

Benang sulam

d)

Benang putih