wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am S3

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah (STPM2013)

I. Menghormati kedaulatan setiap negara

II. Mengutamakan kestabilan ekonomi serantau

III. Mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi

IV. Meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

2.

Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik? (STPM2013)

a)

A Berdaya saing

b)

B Status ekonomi

c)

C Sikap keterbukaan

d)

D Pegangan ideologi

3.

Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia? (STPM2013)

a)

A Menjadi peneraju ekonomi serantau

b)

B Mempertahankan keselamatan negara

c)

C Menjadi pejuang politik bagi negara membangun

d)

D Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa

4.

Yang manakah pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa? STPM2013(U)

a)

A Menyetujui amalan perlindungan pasaran

b)

B Memperjuangkan kepentingan negara membangun

c)

C Memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian ekonomi

d)

D Menyokong langkah ketenteraan dalm membanteras jenayah

transnasional

5.

Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia? STPM2013(U)

a)

A Memperluas dasar perlindungan

b)

B Memperoleh pinjaman pembangunan

c)

C Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus

d)

D Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh

6.

Yang manakah tindakan yang menggambarkan prinsip hubungan luar Malaysia? (STPM2013 (U)

a)

A Menghantar bantuan ketenteraan ke negara yang bergolak

b)

B Memberi pandangan terhadap sistem kerajaan sesebuah negara

c)

C Menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara secara

bersama

d)

D Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa

bencana

7.

Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengamalkan dasar luar pro-Barat? STPM2014

a)

A Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara Komanwel

b)

B Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara

c)

C Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad

d)

D Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi

8.

Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengamalkan dasar luar pro-Barat? STPM2014

a)

A Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara Komanwel

b)

B Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara

c)

C Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad

d)

D Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi

9.
Yang manakah usaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat di rantau Asia Tenggara?
a)
A Forum Serantau ASEAN (ARF)
b)
B Mesyuarat Asia Eropah (ASEM)
c)
C Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
d)
D Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Malaysia-Indonesia-Singapura
10.
Antara berikut, manakah ketetapan yang dibuat dalam Sidang Kemuncak Afro-Asia 2005?
I Mengeratkan kerjasama multilateral
II Bekerjasama untuk membantu tsunami
III Menghadkan penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia
IV Membenteras penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
11.
Antara berikut, yang manakah benar tentang Kumpulan 15 (G15)?
I Menggalakkan perdagangan bebas antara negara anggota
II Menggalakkan kerjasama teknikal dalam kalangan negara anggota
III Mengadakan dialog antara negara maju dengan negara membangun
IV Menyelesaikan masalah kemiskinan dan kemunduran di sesetengah negaraanggota
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D II dan IV
12.
Antaraberikut, yang manakah faktor yang boleh mempengaruhi dalam penentuan dasar luar Malaysia?
a)
A Bekas tanah jajahan British
b)
B Fahaman politik negara jiran
c)
C Kerjasama dengan kuasa besar
d)
D Kemajuan Ekonomi sesebuah negara
13.
Yang manakah yang diperjuangkan oleh Malaysia untuk menangani isu-isu sosioekonomi antarabangsa?
I beban hutang negara membangun disemak semula
II negara-negara maju mengurangkan rintangan perdagangan
III Perundingan Ekonomi Asia Timur menjadi blok perdagangan
IV mewujudkan kerjasama ekonomi di kalangan negara Eropah Timur
a)
A I dan II
b)
B I dan III
c)
C II dan IV
d)
D III dan IV
14.
Yang manakah benar tentang Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?
I ASEAN merupakan kesepakatan serantau berkaitan dengan politik, ekonomi, dan sosiobudaya
II ASEAN merupakan saluran utama untuk meningkatkan kualiti keselamatan dan kemajuan negara-negara anggota
III ASEAN ditubuhkan untuk memperkukuhkan keselamatan serantau dan menandingi kekuatan kuasa-kuasa besar
IV ASEAN ialah sebuah badan kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang pertama diwujudkan
a)
A I dan II
b)
B I dan III
c)
C II dan IV
d)
D III dan IV
15.
Yang manakah benar tentang Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?
I ASEAN merupakan kesepakatan serantau berkaitan dengan politik, ekonomi, dan sosiobudaya
II ASEAN merupakan saluran utama untuk meningkatkan kualiti keselamatan dan kemajuan negara-negara anggota
III ASEAN ditubuhkan untuk memperkukuhkan keselamatan serantau dan menandingi kekuatan kuasa-kuasa besar
IV ASEAN ialah sebuah badan kerjasama serantau dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang pertama diwujudkan
a)
A I dan II
b)
B I dan III
c)
C II dan IV
d)
D III dan IV
16.
Matlamat Pertubuhan
X - Perdagangan bebas dan terbuka
Y - Pembangunan dan kerjasama serantau
Z -Mempertingkatkan kerjasama pertukaran maklumat dan data
Yang manakah padanan yang benar tentang matlamat dan pertubuhan berikut?
a)
A.  ASEAN - X
     Kumpulan 15 - Y
       Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik - Z
b)
B.  ASEAN - Y
      Kumpulan 15 - Z
       Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik - X
c)
C. ASEAN - Z
      Kumpulan 15 - X       Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik - Y
d)
D. ASEAN - Y
      Kumpulan 15 - X
       Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik - Z
17.
**Tidak mencampuri urusan dalaman Negara lain
** Menyelesaikan konflik secara aman
** Meningkatkan kerjasama dan menjaga kepentingan negara membangun
Penyataan di atas merupakan pegangan Malaysia dalam
a)
A Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
b)
B Perubuhan Negara-negara Komanwel
c)
C Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
d)
D Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
18.
Mengapakah negara-negara perlu menandatangani perjanjian ekstradisi?
a)
A Mengeratkan hubungan ekonomi antara negara berjiran
b)
B Menyelesaikan masalah perdagangan antara dua buah negara
c)
C Menyelesaikan masalah ketegangan politik antara negara berjiran
d)
D Menyelesaikan masalah jenayah yang melibatkan dua buah negara