wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM SEM. 3

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara bentuk kerjasama berikut yang menggambarkan dasar luar Malaysia yang proBarat sebelum tahun 1970-an ?

a)

Wujudnya Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara ( SEATO)

b)

Wujudnya Kawasan Bebas Daripada Senjata Nuklear di Asia Tenggara ( SEANWFZ)

c)

Wujudnya Perjanjian Pertahanan Anglo - Malaysia (AMDA)

d)

Wujudnya Persatuan Asia Tenggara ( ASA )

2.

Prinsip dasar luar Malaysia antaranya ialah

a)

Keadilan sejagat

b)

Kepentingan serantau

c)

Perkongsian sumber bahan mentah

d)

Perluasan pasaran dan antabangsa

3.

Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pernah menyandang jawatan sebagai

a)

Setiausaha Agong

b)

Ahli Majlis Keselamatan

c)

Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa

d)

Pengerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa

4.

Memorandum Persefahaman (MoU) penting dalam memajukan pembangunan serantau. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

ASEAN + 3

b)

Segi Tiga Pertumbuhan

c)

Pusat Kewangan Pesisir Pantai

d)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

5.

Malaysia dipilih memegang kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan adalah untuk membantu menyelesaikan masalah antarabangsa. Pernyataan di atas merujuk kepada sokongan Malaysia dalam menangani

a)

Masalah perubahan cuaca dunia

b)

Isu sosial masyarakat antarabangsa

c)

Masalah pengedaran dadah antarabangsa

d)

Konflik dalaman sesebuah negara dan antarabangsa

6.

Apakah tujuan sesebuah negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain ?

a)

Memelihara kedaulatan negara

b)

Mengekalkan pengurusan ekonomi

c)

Melindungi kepentingan negara miskin

d)

Menjaga keamanan dan kestabilan serantau

7.

Memupuk kesedaran awam yang lebih komprehensif Menganjurkan Gerakan Kesederhanaan Global

Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah Malaysia menyelesaikan masalah berkaitan dengan

a)

Pendatang asing tanpa izin

b)

Pemerdagangan manusia

c)

Keganasan antarabangsa

d)

Penyeludupan dadah

8.

Yang manakah benar tentang langkah untuk mencapai matlamat ASEAN ?

a)

Kerap mengadakan mesyuarat ketua-ketua kerajaan

b)

Memperkasakan amalan dan semangat perpaduan dalaman

c)

Memberi bantuan teknikal dan pinjaman mudah kepada anggota yang memerlukan

d)

Memperhebat sokongan kepada dasar membantah penggunaan senjata nuklear dan kimia

9.

Yang manakah benar tentang dasar luar Malaysia ?

a)

Malaysia menyokong langkah ketenteraan ke atas Kemboja

b)

Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dalam Krisis Teluk

c)

Malaysia menentang pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat

d)

Malaysia mengadakan hubungan dengan negara luar berdasarkan kepentingan

10.

Yang manakah merupakan faktor dalam menentukan hubungan luar Malaysia ?

I Ideologi yang diamalkan

II Karisma seseorang pemimpin

III Keanggotaan Malaysia dalam PBB

IV Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Yang manakah merupakan rancangan kerjasama ASEAN ?

I Konsep Segitiga Pertumbuhan

II Perundingan Ekonomi Asia Timur

III Perundingan Pusat Kewangan Persisir Pantai

IV Perjanjian Skim Tarif Keutamaan Sama Rata ( CEPT )

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Malaysia dan Brunei telah membuat tuntutan hak melombong simpanan minyak di luar pesisir pantai kawasan Laut China Selatan.

Penyataan di atas merujuk kepada tuntutan kedua-dua negara berasaskan kepada

a)

Zon Ekonomi Eksklusif ( ZEE )

b)

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN )

c)

Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA )

d)

Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau

13.

Yang manakah merupakan cabaran untuk mencapai matlamat Pembangunan Komuniti ASEAN ?

I Masalah pelarian dari negara-negara anggota

II Ketidakstabilan politik dan pertikaian wilayah

III Ketidakupayaan menyatu kepentingan anggota ASEAN

IV Negara-negara maju tidak berminat untuk menyalur bantuan kemanusiaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Yang manakah usaha ASEAN bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di Asia Tenggara ?

I Mesyuarat ASEAN + 3

II Forum Serantau ASEAN

III Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN

IV Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Yang manakah merupakan situasi yang membimbangkan negara anggota ASEAN yang telah mempengaruhi pembentukan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ?

a)

Perang Dingin

b)

Pergolakan politik di Vietnam

c)

Perang Kuwait - Iraq

d)

Penghapusan etnik di Bosnia