wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU (PERIBAHASA)

Total questions: 43

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.

Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar

seorang diri.

a)

umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung

b)

umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

c)

umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga

d)

umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang

2.

Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

a)

bagai si kudung mendapat cincin

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai kumbang putus tali

3.

Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.

a)

melepas anjing tersepit

b)

bulan penuh purnama

c)

haruan makan anak

d)

itik pulang petang

4.

Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika

disatukan laksana ___________________________

a)

lembu kasi

b)

batik lasam

c)

kunyit dengan kapur

d)

garam dengan asam

5.

Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan

yang lalu.

a)

katak disimbah air

b)

gagak pulang ke benua

c)

melukut di tepi gantang

d)

harimau menyembunyikan kukunya

6.

Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak

mereka jauh berbeza ____________________________

a)

seperti tikus jatuh ke beras

b)

seperti langit dengan bumi

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti mentimun dengan durian

7.

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti kera mendapat bunga

d)

seperti si buta kehilangan tongkat

8.

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana

setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menyusu kera di hutan

c)

bagai anjing menyalak bukit

d)

bagai menanam tebu di bibir

9.

Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu

_____________________________ kepada jiran tetangganya.

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti menanam tebu di bibir

c)

seperti membuka pekung di dada

d)

seperti musuh dalam selimut

10.

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu

bapanya menjaganya ______________________________

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

bagai kucing kehilangan anak

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai aur dengan tebing

11.

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di

______________ kerana dia takutkan ombak.

a)

atas pagar

b)

luar pagar

c)

gigi air

d)

bawah angin

12.

Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana

dirinya yang _______________________

a)

bidan terjun

b)

bongkok udang

c)

pening lalat

d)

puteri lilin

13.

Faridatul perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya

___________________________ .

a)

pasang telinga

b)

telinga kuali

c)

pekak badak

d)

telinga lintah

14.

Mohamad Zuhairi merupakan ___________________ pasukan bola baling

Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.

a)

lipas kudung

b)

ayam tambatan

c)

orang tengah

d)

bekas tangan

15.

Semua guru tidak sepatutnya ____________ terhadap anak didiknya semasa

berada di dalam bilik darjah.

a)

pilih kasih

b)

patah hati

c)

panas hati

d)

perang mulut

16.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa __________________ bagi

menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.

a)

campur tangan

b)

gila bayang

c)

ambil ringan

d)

bulat hati

17.

Subramaniam seperti _____________________________________ kerana

banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

katak di bawah tempurung

b)

ayam disambar helang

c)

kera mendapat bunga

d)

murai tercabut ekor

18.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana

kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai telur di hujung tanduk

19.

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya

_________________________________ kerana semua nasihatnya tidak

mereka endahkan.

a)

bagai haruan makan anak

b)

bagai kambing dihalau ke air

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

20.

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti

semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya

a)

seperti lembu dicucuk hidung

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti murai tercabut ekor

21.

Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya

kerana dia yakin _________________________________

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar daripada rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

22.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong

bagai ____________________________________

a)

cincin dengan permata

b)

kucing dengan anjing

c)

aur dengan tebing

d)

isi dengan kuku

23.

Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat,

namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

sambil menyelam minum air

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

tepuk dada tanya selera

24.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika

mencari rumah rakannya di Kuala Lipis

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

25.

Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang

mencukupi kerana baginya _____________________________

a)

tepuk dada tanya selera

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

d)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

26.

Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu

menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

27.

Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah

melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________

a)

enau dalam belukar

b)

kacang lupakan kulit

c)

aur dengan tebing

d)

dakwat dengan kertas

28.

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok

seperti __________________________________

a)

bumi dengan langit

b)

aur ditarik songsang

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

29.

Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan

jiran tetangganya __________________________________

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti mendukung biawah hidup

d)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

30.

Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan

ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai berumah di tepi pantai

d)

bagai anjing buruk kepala

31.

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya

_________________________________ .

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

32.

Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat

menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

33.

Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah

maut dalam kemalangan itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai dihiris dengan sembilu

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai kaca jatuh ke batu

34.

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________

kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak

kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

35.

Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering

bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

36.

Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu

menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

37.

Air dicencang tidak akan putus.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Peribahasa ini bermaksud

a)

melakukan sesuatu untuk kebaikan

diri sendiri sahaja.

b)

berusaha bersungguh-sungguh

untuk mencapai kejayaan.

c)

melakukan kerja yang sia-sia dan

tidak mendatangkan faedah.

d)

sesuatu persengketaan tidak

mungkin dapat memutuskan tali

persaudaraan.

38.

Peribahasa yang berikut berkaitan

dengan sikap tidak mengenang budi

dan melupakan orang yang berbuat

baik kepada kita, kecuali

a)

seperti ulat lupakan daun.

b)

habis madu sepah dibuang.

c)

seperti tikus jatuh ke beras.

d)

seperti kacang lupakan kulit.

39.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.

a)

usaha tangga kejayaan/di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/yang bulat tidak datang bergoleh, yang pipih tidak datang melayang/kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

b)

muafakat membawa berkat/bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

c)

bagai aur dengan tebing

40.

Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

a)

Ukur baju di badan sendiri.

b)

Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.

c)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

41.

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

a)

Bagai tanduk diberkas.

b)

Kalah jadi abu, menang jadi arang

c)

Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.

d)

mata pena lebih tajam daripada mata pedang

42.

Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

a)

Seperti air dalam kolam

b)

asuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

c)

Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

d)

Ukur baju di badan sendiri.

43.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa sesuai dengan situas di dalam dialog:- (TANDA 3 JAWAPAN)


Dr. Hameed : Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran.


Rajesh : Betul tu Dr Hameed. Kita bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malah kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada jiran-jiran yang susah.


Mei Ling : Selain itu, kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan.


Rajesh : Saya setuju dengan pendapat Mei Ling.

a)

Indah khabar dari rupa.

b)

bagai gunting dalam lipatan/ bagai api dalam sekam.

c)

perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan

d)

bagai aur dengan tebing

e)

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya