wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B10T4 (10.1 - 10.3) KSSM

Total questions: 40

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

"Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas."

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Nelson Mandela

c)

Mahatma Gandhi

d)

Dr. Mahathir Mohamad

2.

"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Nelson Mandela

c)

Mahatma Gandhi

d)

Dr. Mahathir Mohamad

3.

"Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta"

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Nelson Mandela

c)

Mahatma Gandhi

d)

Dr. Mahathir Mohamad

4.

"Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut?

a)

Soekarno

b)

Rashid Rida

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

5.

"Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihal luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut?

a)

Soekarno

b)

Rashid Rida

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

6.

"Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut?

a)

Tun Fuad Stephens

b)

Tun Temenggung Jugah anak Barieng

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

7.

Takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan ialah bebas daripada ______________ dan ______________.

a)

naungan

b)

sekatan

c)

sempadan

d)

penjajahan

8.

Apakah peranan utama Jawatankuasa Persediaan Fizikal?

a)

Menonjolkan identiti

b)

Melaksanakan protokol

c)

Mempromosikan majlis sambutan

d)

Menghias bandar dan jalan raya

9.

Apakah tujuan pembinaan Stadium Merdeka yang dibina pada tahun 1957?

a)

Menonjolkan identiti negara

b)

Meraikan kemerdekaan negara

c)

Mewujudkan kemudahan bersukan

d)

Menganjurkan pertandingan bola sepak

10.

Siapakah yang mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Saiful Bahari

b)

Mohamed Hamzah

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tunku Abdul Rahman

11.

Siapakah yang menulis lirik lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan negara?

a)

Saiful Bahari

b)

Mohamed Hamzah

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tunku Abdul Rahman

12.

Lagu Negaraku berasal daripada lagu _____________.

a)

Pungguk Rindukan Bulan

b)

Cempaka di Rembulan

c)

Terang Bulan

d)

Wau Bulan

13.

Antara berikut yang manakah bunga kebangsaan Malaysia?

a)
b)
c)
d)
14.

Di manakah bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat pertama kalinya?

a)

Padang Kelab Selangor

b)

Padang Bandar Hilir Melaka

c)

Istana Sultan Selangor

d)

Stadium Merdeka

15.

Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

a)

Mempertahankan identiti negara

b)

Upacara pemasyhuran kemerdekaan negara

c)

Menandakan negara kita bebas daripada penjajahan British

d)

Memperlihatkan bendera kebangsaan buat kali pertamanya

16.

Siapakah yang diberi gelaran "Bapa Kemerdekaan"?

a)
b)
c)
d)
17.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman dikalungkan rantai emas dengan pingat berukir "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" oleh Pasukan Pemuda Perikatan?

a)

Menghormati ketua parti

b)

Negara kita kaya dengan emas

c)

Menandakan kemerdekaan negara

d)

Menghargai jasa Tunku Abdul Rahman

18.

Apakah kepentingan Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957?

a)

Mengisytiharkan kemerdekaan negara

b)

Membacakan syarat-syarat kemerdekaan

c)

Menandakan persetujuan untuk mencapai kemerdekaan

d)

Menjelaskan hubungan Persekutuan Tanah Melayu dengan British

19.

Antara berikut, yang manakah perasaan rakyat ketika menghadiri upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara?

a)

Bersyukur

b)

Gembira

c)

Teruja

d)

Kesemuanya

20.

Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka". Apakah mesej yang dibawa oleh gambar tersebut?

a)

Tunku Abdul Rahman pengasas Persekutuan Tanah Melayu

b)

Tunku Abdul Rahman pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang berkarisma

c)

Negara-negara lain menghormati pemimpin Persekutuan Tanah Melayu

d)

Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat

21.

Bagaimanakah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dicapai?

a)

Revolusi

b)

Rundingan

c)

Demonstrasi

d)

Penentangan bersenjata

22.

Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu ____________________.

a)

Negaraku

b)

Terang Bulan

c)

God Save The Queen

d)

Kimigayo

23.

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan memakai sejenis pakaian dari negeri Kedah, diubahsuai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok.

a)

Baju Muskat

b)

Baju Melayu

c)

Baju Cekak Musang

24.

Semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut kemerdekaan.

a)

BETUL

b)

SALAH

25.

Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yang diikuti oleh sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari.

a)

BETUL

b)

SALAH

26.

Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein.

a)

BETUL

b)

SALAH

27.

Siapakah yang mengetuai Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tun H.S. Lee

28.

Siapakah yang mempengerusikan Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tun H.S. Lee

29.

Siapakah yang mempengerusikan Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tun H.S. Lee

30.

Antara berikut, siapakah DUA tokoh yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Sardon Jubir

31.

Siapakah yang mengetuai 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat di tengah padang menghadap Jalan Raja (Menara Jam).

a)

Ismail Bontak

b)

Mohamed Hamzah

c)

Abdul Majid Othman

d)

Tahir Abdul Majid

32.

Siapakah yang melaungkan azan selepas laungan "MERDEKA" bergema di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957?

a)

Tuan Haji Massood Hayati

b)

Ustaz Hassan Azhari

c)

Abdul Majid Othman

d)

Tunku Abdul Rahman

33.

Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak ___________ kali.

a)

3

b)

5

c)

7

d)

10

34.

Sebanyak __________ das tembakan dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

a)

10

b)

57

c)

70

d)

101

35.

Pada pagi 31 Ogos 1957, ketika majlis bermula hujan telah turun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

36.

Di manakah istiadat mengangkat sumpah Yang di-Pertuan Agong diadakan?

a)

Parlimen

b)

Stadium Merdeka

c)

Padang Kelab Selangor

d)

Balairong Seri, Istana Negara

37.

Kerajaan manakah yang menghadiahkan pertunjukan bunga api kepada negara kita pada malam merdeka 30 Ogos 1957?

a)

Kerajaan China

b)

Kerajaan Thailand

c)

Kerajaan Jepun

d)

Kerajaan Arab Saudi

38.

Apakah acara yang dilakukan selepas Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sebanyak 7 kali?

a)

Nafiri dimainkan

b)

Laungan azan

c)

Menaikkan bendera

d)

Nyanyian lagu Negaraku

39.

Apakah gelaran yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman?

a)

Bapa Pembangunan

b)

Bapa Pemodenan

c)

Bapa Perpaduan

d)

Bapa Kemerdekaan Tanah Air

40.

Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad merupakan pemerintah dari negeri _______________.

a)

Kedah

b)

Selangor

c)

Kelantan

d)

Negeri Sembilan