Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN OBJEKTIF (Perakaunan Kos)

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan definisi perakaunan kos menurut Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)?

a)

Sebahagian daripada perakaunan pengurusan yang menyediakan kos yang dibelanjawankan serta kos piawai dan kos sebenar bagi operasi, proses jabatan atau keluaran serta analisis varian, kebolehuntungan dan kegunaan kewangan kepada sosial.

b)

Pemprosesan dan penilaian data kos operasi untuk mengeluarkan maklumat bagi pelaporan kewangan, perancangan dankawalan dalaman dan bagi keputusan-keputusan tertentu.

c)

Proses mengumpul, mengelas, merekod dan mengintepretasi urusniaga mengikut standard yang telah di tetapkan.

d)

Penggunaan prinsip, kaedah dan teknik perakaunandan pengekosan di dalam penentuan kos dan penganalisaan simpanan atau lebih berbanding dengan pengalaman 2 standard yang lepas

2.

Berikut adalah kepentingan-kepentingan perakaunan kos kepada pihak pengurusan syarikat KECUALI...

a)

Sebagai kawalan kos

b)

Untuk membuat keputusan

c)

Penentuan dan anggaran harga

d)

Untuk mengira untung bersih

3.

Berikut adalah ciri-ciri perbezaan di antara perakaunan kos dan perakaunan kewangan KECUALI...

a)

Unit penilaian

b)

Unit pengukuran

c)

Penumpuan masa

d)

Penumpuan kepada bahagian

4.

Apakah maksud bahan langsung?

a)

Bahan mentah yang dipindahkan dari Kilang A ke Kilang B.

b)

Bahan mentah yang dapat dikenal pasti dengan jelas dan digunakan untuk menghasilkan atau memproses sesuatu produk.

c)

Bahan mentah yang tidak dapat dikenal pasti dengan jelas dalam menghasilkan atau memproses sesuatu produk.

d)

Bahan mentah yang sedia dijual kepada pembeli.

5.

Pilih tatacara pembelian barang/bahan mentah yang betul.

a)

Membuat pembayaran, Permohonan pembelian, Pesanan belian, Pengesahan invois, Penerimaan barang/bahan

b)

Permohonan pembelian, Pesanan belian, Penerimaan barang/bahan, Pengesahan invois, Membuat pembayaran

c)

Pesanan belian, Permohonan pembelian, Pengesahan invois, Penerimaan barang/bahan, Membuat pembayaran

d)

Pengesahan invois, Permohonan pembelian, Pesanan barang/bahan, Membuat pembayaran, Penerimaan barang/bahan

6.

Kos buruh langsung ialah ...

a)

Kos buruh yang terlibat secara langsung dalam proses menukar bahan mentah kepada barang siap.

b)

Kos buruh yang terlibat secara langsung dalam proses menukar barang siap kepada bahan mentah.

c)

Kos yang melibatkan pembersihan sesebuah kilang.

d)

Kos yang melibatkan pentadbiran sesebuah syarikat.

7.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kaedah merekod masa buruh langsung?

a)

Lembaran masa

b)

Tiket kerja

c)

Laporan kerja

d)

Kad kerja

8.

Berikut merupakan kos belanja langsung KECUALI ...

a)

Susut nilai mesin

b)

Kos royalti

c)

Kos reka bentuk produk

d)

Kos pendaftaran paten

9.

Belanja tak langsung atau lebih dikenali sebagai overhed dikelaskan kepada 2 iaitu ...

a)

Overhed kilang dan Overhed pemasaran

b)

Overhed pemasaran dan Overhed pentadbiran

c)

Overhed pengeluaran dan Overhed kilang

d)

Overhed kilang dan Overhed pentadbiran

10.

Kerja Dalam Proses (KDP) direkod sebagai __________________ dalam Kunci Kira-Kira.

a)

Ambilan

b)

Liabiliti semasa

c)

Aset semasa

d)

Ekuiti

11.

Apakah formula bagi jumlah kos pengeluaran?

a)

Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + Belanja langsung + Kos overhed + Kerja Dalam Proses awal + Kerja Dalam Proses akhir

b)

Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + Belanja langsung + Kos overhed + Kerja Dalam Proses awal - Kerja Dalam Proses akhir

c)

Kos bahan tak langsung + Kos buruh tak langsung + Belanja tak langsung + Kerja Dalam Proses awal - Kerja Dalam Proses akhir

d)

Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + Belanja langsung + Kos overhed - Kerja Dalam Proses awal - Kerja Dalam Proses akhir

12.

Berikut merupakan fungsi-fungsi Jabatan Belian KECUALI ...

a)

Membuat analisis masa bekerja

b)

Menerima nota minta

c)

Pemilihan pembekal

d)

Menerima sebutharga

13.

Sistem pengekosan kerja atau juga dikenali sebagai sistem kos pesanan kerja di mana kos dikenakan terhadap setiap kerja. Ia bertujuan untuk mengagihkan kos-kos input iaitu ____________________________________ kepada produk/barangan.

a)

kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kilang

b)

kos bahan langsung dan kos buruh langsung

c)

kos bahan tak langsung dan kos buruh tak langsung

d)

kos bahan langsung dan kos belanja langsung

14.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri pengekosan kerja?

a)

Produk yang dihasilkan biasanya dalam kuantiti yang kecil.

b)

Produk yang dihasilkan tidak boleh dibezakan di antara satu sama lain.

c)

Produk yang dikeluarkan adalah pelbagai.

d)

Produk yang dikeluarkan biasanya mengikut tempahan atau kehendak pelanggan.

15.

Maklumat di bawah diperolehi daripada Kilang Baju T-shirt bagi bulan Oktober 2020.


Kos bahan langsung = RM2,000

Kos buruh langsung = RM3,000

Kos overhed = RM1,000

Unit pengeluaran = 500 helai


Kirakan kos seunit bagi sehelai baju T-shirt.

a)

RM50

b)

RM10

c)

RM22

d)

RM12

16.

Berikut merupakan maklumat yang didapati daripada Kilang Kerepek Joyah bagi bulan September 2020.


Kos bahan mentah = RM2,000

Gaji buruh langsung = RM6,000

Gaji pengurus kilang = RM5,000

Gaji penyelia kilang = RM2,500

Insurans kilang = RM1,500

Sewa kilang = RM800


Kirakan kos overhed bagi Kilang Kerepek Joyah.

a)

RM15,500

b)

RM4,800

c)

RM9,800

d)

RM10,000

17.

Apakah fungsi kad perakam waktu?

a)

Menjadi sumber utama dalam urusan jual beli.

b)

Sebagai rujukan untuk membuat pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon.

c)

Sebagai peringatan kepada pekerja.

d)

Menggantikan sistem mendaftar kedatangan dan kepulangan pekerja melalui sebuah buku daftar.

18.

Pengekosan proses seperti yang dikeluarkan oleh CIMA adalah satu kaedah pengekosan asas yang boleh digunakan apabila barang atau perkhidmatan dihasilkan daripada satu jujukan kendalian atau proses yang _______________________________ dan kos boleh dikira dengan cara dipuratakan kepada unit yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut

a)

berterusan atau berulangan

b)

berpanjangan atau berlarutan

c)

berperingkat atau berturutan

d)

bertahap atau berperingkat

19.

Yang manakah di antara yang berikut BUKAN ciri-ciri pengekosan proses?

a)

Pengumpulan kos dilakukan mengikut jabatan memproses bagi setiap tempoh.

b)

Produk yang dikeluarkan boleh dikenalpasti dan dibezakan di antara satu sama lain.

c)

Produk yang dihasilkan bersifat 'homogenous'.

d)

Dokumen kawalan yang digunakan ialah Laporan Kos Pengeluaran.

20.

Perusahaan kilang Affan menggunakan sistem pengekosan proses. Berikut merupakan maklumat di Jabatan A. Firma ni menggunakan kaedah purata wajaran. Berikut adalah maklumat yang diberikan oleh Encik Affan: -


Unit KDP awal = 3,500 unit (60%) @ RM40,000

Unit dimulakan = 6,500 unit @ RM120,000

Unit setara = 5,000 unit


Bantu Encik Affan untuk mengira kos seunit setara.

a)

RM8

b)

RM24

c)

RM16

d)

RM32