NEW
Font size
WorksheetsYear 10 - TATABAHASA (KATA KERJA)
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Kapal kontena yang terbesar di dunia buat pertama kalinya .................. di Malaysia hari ini.
berhenti
mendarat
berlabuh
berada
Ibu tekun .................. daun pisang untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
membakar
memanggang
melayur
memanas
Nasi yang .................. oleh emak sangat wangi kerana menggunakan beras yang diimport dari Thailand.
dikukus
dimasak
direbus
ditanak
Ayam peliharaan emak .................. tanah untuk mencari makanan.
mengais
menguis
mencakar
menggali
Abang mengikut ayah .................. sotong di laut.
memancing
mencandat
menangkap
menjala
"Janganlah kamu berasa .................. dengan gurauan Razman itu," kata Hadi kepada Amir.
tersinggung
terasing
terusik
termalu
Setelah bersantap, baginda menuju ke kamar untuk .................. .
bersiram
bertitah
beradu
bersemayam
Lagu Negaraku ................. di udara sewaktu Perhimpunan Rasmi Sekolah.
berkumandang
berbunyi
bersiaran
berbisik
Abang sedang berjalan sambil .................. basikal.
menonton
bergerak
menjerit
menuntun
Wanita pada zaman silam pandai .................. songket.
menyulam
menjahit
menganyam
menenun
Air sungai .................. apabila adik melontar sebiji batu ke dalamnya.
bergoyang
berkocak
bergerak
berjalan
Petani sibut ketika musim .................. padi menjelang.
menyabit
menebas
memotong
menuai
Emak menegur sikap Mimi yang suka .................. percakapan orang tua.
mengekang
menyindir
menahan
menyampuk
Bancian menunjukkan bahawa rancangan drama Korea yang .................. oleh Televisyen Swasta mendapat sambutan hangat daripada penonton.
disiarkan
dipaparkan
dipamerkan
ditunjukkan
Rumah yang rosak akibat dilanda ribut itu .................. secara gotong-royong.
diruntuhkan
dibaiki
dipulihkan
dikemaskan
Barang-barang perhiasan tembaga itu .................. oleh Puan Suraya sehingga berkilat.
dilap
disapu
dicalit
digilap
Adik .................. lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.
mematikan
memetik
menghidupkan
menghembuskan
Amin .................. di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
terjatuh
tercegat
terhenti
terlantar
Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak .................. di pantai.
menguning
memutih
membiru
menghitam
Puan Idah .................. tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
mencanai
menggentel
menguli
mengisar
Encik Ramu .................. rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali
mengecat
menconteng
menghias
mengemas
Dollah sedang .................. lubang untuk menanam bangkai kucingnya yang telah mati.
menimbus
menanam
menggali
mencakar
Ketawa pelajar yang dirasuk itu umpama pontianak (ilai).
mengilai
berilai
Dumbel seberat 150kg tidak (angkat) oleh atlet negara itu.
terangkat
diangkat
Pertandingan Pidato antara sekolah-sekolah sudah pun (atur) oleh Sekolah Menengah Evergreen.
diatur
teratur
Encik Borhan .................. beberapa ekor arnab berwarna putih.
mengawal
memelihara
menternak
menyimpan
Polis trafik itu .................. lalu lintas agar pergerakan kenderaan di Pekan Meru menjadi lancar.
menyekat
menghalang
mengawal
menyusun
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau .................. ikan air tawar.
hapak
hancing
tengik
hanyir
Penyanyi yang mempunyai suara .................. itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Roziah yang ringan mulut itu sungguh .................. dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
ramah
senang
kasar
Dahi adik kelihatan .................. kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
lekuk
bengkak
botak
Kakak tidak suka akan daging kambing kerana baunya yang .................. .
hapak
tengik
hamis
haring
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada .................. pemandunya.
kelajuan
kesibukan
keberanian
kelalaian
