wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

“Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.

a)

Cakap ajuk

b)

Cakap pindah

2.

Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”

a)

Cakap ajuk

b)

Cakap pindah

3.

Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek tersebut.

a)

Cakap ajuk

b)

Cakap pindah

4.

Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.

a)

Cakap ajuk

b)

Cakap pindah

5.

Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan selama 2 minggu.

a)

Kata ganti nama diri pertama

b)

Kata gandi nama diri kedua

c)

Kata ganti nama diri ketiga

d)

Kata ganti nama arah

6.

Mereka sedang bermain bola di padang sekolah.

a)

Kata ganti nama diri pertama

b)

Kata ganti nama diri kedua

c)

Kata ganti nama diri ketiga

d)

Kata ganti nama arah

7.

Kata Dian, "lagu ini kutujukan untuk Suhana yang berada di Johor".

a)

Kata ganti nama diri pertama

b)

Kata ganti nama diri kedua

c)

Kata ganti nama diri ketiga

d)

Kata ganti nama arah

8.

"Kami melaksanakan kajian tindakan untuk memastikan pangajaran dan pembelajaran sentiasa berlaku pada waktu cuti sekolah," kata cikgu Shida.

a)

Kata ganti nama diri pertama

b)

Kata ganti nama diri kedua

c)

Kata ganti nama diri ketiga

d)

Kata ganti nama arah

9.

Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Klang itu_______ .

a)

corat-coret

b)

kusut-masai

c)

compang-camping

10.

Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung

dalam suasana ______ .

a)

huru-hara

b)

gilang-gemilang

c)

terang-benderang

11.

Peserta perbarisan yang pengsan itu ______ dengan tandu.

a)

dipapah

b)

diusung

c)

dikendong

12.

Amirul ______ ke hadapan apabila namanya disebut oleh pengacara majlis.

a)

tampil

b)

terpa

c)

terbit

13.

Sikap tolong-menolong yang ______ oleh penduduk kampung mendapat pujian daripada wakil rakyat.

a)

ditunjukkan

b)

menunjukkan

c)

pertunjukkan

14.

Janganlah kamu bimbang sekiranya kamu tidak bersalah, bak kata pepatah______ ,” pujuk Rima

kepada Raimi.

a)

kalah jadi arang, menang jadi abu

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

berani kerana benar, takut kerana salah

15.

Hati-hati apabila berkata-kata supaya tidak menyusahkan diri sendiri, bak kata pepatah ______ ,” kata ibu.

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

c)

ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis